9/25/2019 09:00:00 am
AIDILFITRI 1440H | HARI RAYA BERSAMA FAMILY #TEAMRAYATERENGGANU
9/25/2019 09:00:00 amAssalamualaikum semua para pembaca blog husniey, didoakan semoga semua sihat walafiat. Raya 2019 ini merupakan giliran husniey berhari r...
Assalamualaikum semua para pembaca blog husniey, didoakan semoga semua sihat walafiat. Raya 2019 ini merupakan giliran husniey berhari raya dengan keluarga husniey. Tahun lepas 2018 team raya dengan keluarga mertua. [Baca pengalaman beraya di Kobe Jepun]. Kampung husniey dan tuan suami agak jauh lebih kurang 3 jam, tapi kalau naik highway LPT 2 lajulah sikit, cuma ambil masa 1 jam ½ je dah sampai. Hari terakhir Ramadan husniey baru bertolak balik ke Kemaman Terengganu, sempat berbuka puasa bersama keluarga. Agak lewat balik sebab tuan suami kena kerja dan hanyalah cuti pada hari terakhir berpuasa. Tiba aje di kampung halaman, terus dah mengadap task pertama iaitu; cucuk sate ayam yang dah siap diperap bersama bahan-bahan 💕
Suasana Pagi Syawal Yang Sayu
Cerita di pagi hari raya, mesti ada pelbagai ragam kan. Yang pasti disebalik kegembiraan kita berjaya habiskan puasa di hari ramadan, pasti ada terselit moments sedih sayu kan. Raya kami tahun ini bersama dengan pak saudara (yang sedang sakit, dibawah jagaan keluarga husniey). So jadi agak sayulah tengok keadaannya Yelah siapa je tak sayu, dari sempurna fizikal sekarang beraya dengan keadaan tak mampu berdiri dan pelbagai kekurangan. Lepas makan awal pagi, bersiap pakai pakaian yang baru dan cantik kita pun pergi solat sunat Aidilfitri. Pagi raya kami bersalam-salaman bermaafan bersama mak ayah, suami, adik-adik sebelum pergi solat. 2019 ini husniey berkenan dengan warna Mustard. Eh tetiba ku berkenan warna baju yang nampak terang ni, selalunya suka yang warna gelap je. Siapa baju raya dia ada warna mustard kita geng ya! 😉![]() |
Collage jelah gambar pagi raya ni, banyak nak upload satu persatu |
![]() |
Di tanah perkuburan Jabur Kubur, Kemaman Terengganu |
![]() |
Ramai lagi yang tak cukup ni |
![]() |
Masa nak balik dah ni |
![]() |
me and husbaby..ini jelah tempat bermanja |
Raya Kedua Di Rumah Ayah Bonda 💝
Cerita Syawal bersambung. Emak sediakan menu Nasi Dagang dan jemput keluarga saudara mara terdekat datang. Haah lama betul dah emak tak buat jamuan kecilan sempena hari Raya. Menu hanya Nasi Dagang dan ada kuih muih jelah. Ramai juga yang datang menyerbu. Meriahlah kejap suasana rumah tu. ![]() |
Nasi Dagang itulah namanya 😚 |
![]() |
Raya kedua baru sempat snap gambar OOTD ~ |
![]() |
Bersama tuan suamiku, lokasi depan rumah emak je |
![]() |
fuh bau ayam bakar tak menahan masa ni |
![]() |
With mommy buyung. Ada tiga disitu yang mengandung. Doakan husniey berjangkit raya tahun depan berempat berlima terus. Aaamiiin |
![]() |
Saudara mara yang memeriahkan, turut hadir sahabat tersayang lama tak jumpa. Beranak satu Aya Aida. Moga ukhuwah kita berpanjangan |
![]() |
Di ruang depan dan di ruang dapur. Dekat dapur tetamu bahang Nasi Dagang |
Raya Ketiga tak ada apa aktiviti sangat, kami suami isteri duk standby nak balik dah sebab tuan suami dah kena kerja malam tu. Nasiblah siang hari sempat lagi pergi beraya dengan sahabat Hasmida namanya duk sekampung je kami ni tapi setahun sekali baru jumpa. Yelah masing-masing ada life, susah nak jumpa sekarang. Raya je baru ada berjodohan berezeki.
![]() |
Raya ketiga vs Raya Kesebelas. Raya ke 11 dia selamat melangsungkan pertunangan. Moga dipermudahkan urusan nak kahwin nanti sayang ~ |
![]() |
my happy pilss #menumpangkasih. Husniey gelarkan dua beradik ini UpinIpin. Comel kan |
Love,
Husniey Husain