2018 - Husniey Husain

Sunday, 11 November 2018

Menikmati Domino's Pizza Bersama Keluarga
11 November 8 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Bulan November di pantai timur merupakan musim tengkujuh, jadi perut ni asyik lapar je hihi. 
Husniey selalu juga membuat pesanan Domino's pizza bila tak ada idea nak memasak. Baru-baru ini bersempena cuti Deepavali, dapatlah belanja keluarga di kampung (mak ayah dan adik-adik). Hanya dengan Domino's Pizza yang husniey mampu belanja. Combo deal di Domino's Pizza berharga dari RM 34.90 akan dapat satu pizza bersaiz regular, 2 breadstix dan juga air tin. Banyak lagi promosi yang terdapat di Domino's Pizza, paling suka pizza bersaiz personal boleh dapat RM 5.55 sahaja. Murah bukan?

Pizza bersaiz regular, besar juga puashati makan dengan keluarga. Ini Beef Pepperoni. Roti tu sedap juga 


Tudiaa bukan selalu belanja gambar bersama pizza ☺

Kejayaan Domino's Pizza dari Tahun 1997
1997 Domino's Pizza lahir di Malaysia
1999 Buka cawangan pertama di Johor dan buka talian untuk penghantaran 
2001 Buka cawangan di Penang
2003 Perkenalkan pesanan atas talian. Boleh sambung baca di gambar di bawah yer 


Tahniah kepada Domino's Pizza Malaysia, kerana telah mencapai kejayaan demi kejayaan sepanjang berkecimpung dalam industri makanan. Husniey mula jatuh cinta dengan pizza keluaran domino's sejak 2 tahun lepas, selalunya husniey akan memilih untuk membuat pesanan secara atas talian dan akan take away di cawangan terdekat dengan rumah iaitu di Kuala Terengganu. Paling best bila take away kita tak perlu menunggu lama, tiba di restoran Domino's terus boleh pick up menu yang telah dipesan. Cuma beritahu nama anda sahaja. Pembayaran boleh di buat secara atas talian atau bayar secara tunai di kaunter restoran. 

Menu Kegemaran Domino's
Pizza yang menjadi kegemaran husniey di Domino's Pizza ialah Beef Pepperoni, BBQ Chicken, Aloha Chicken dan banyak lagi. Setiap kali buat pesanan pizza husniey juga tidak ketinggalan untuk menambah menu side order,
paling digemari ialah Fabulous Four dan Roasted Chicken Drummet. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. 

Sedap semua menu pizza ni

Order history. Menu yang pernah husniey order 




Jika ada promosi pasti husniey tak lepaskan peluang untuk belanja keluarga mertua, adik adik ipar gembira betul bila dapat pizza. Alhamdulillah. Korang tunggu apa lagi kini mudah tak perlu tunggu di restoran untuk merasai keenakan Domino's pizza, boleh terus buat pesanan secara atas talian. Jangan lupa pilih waktu dan lokasi cawangan berdekatan anda. Laman sesawangnya bagus dan mesra pengguna untuk anda yang ingin mencuba pengalaman buat pesanan atas talian.


Info lanjut tentang Domino's Pizza Malaysia 

www.dominos.com.my/itsallaboutyou

www.dominos.com.my


Reading Time:

Tuesday, 6 November 2018

Operasi X Filem Siasatan Jenayah Yang Sesuai Ditonton Umum
06 November 8 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Baru baru ini husniey dan tuan suami berkesempatan menonton filem baru ditayangkan di pawagam pada hari pertama November lalu. Nak tahu best tak best kena baca sampai habis entri ini :)


Filem Operasi X yang mengisahkan tentang kehidupan ASP Redzuan yang kehilangan rakannya semasa bertugas dan manakala Belut sebagai ketua penjenayah juga kehilangan adiknya pada masa yang sama. Pelakon utama dalam filem ini ialah Aaron Aziz wataknya sebagai ASP Redzuan yang mengambil cuti rehat dan membina dunia baharunya sendiri di sebuah pulau. Di pulau tersebut ASP Redzuan menyembunyikan identitinya dengan memutuskan segala bentuk komunikasi kerana tidak mahu ditemui lagi. ASP Redzuan jatuh cinta pada keindahan pulau itu. Dan di situlah dia bertemu dengan seorang gadis cantik manis, 
Cikgu Ayu.


Belut dikenali The King of Smugglers. Seorang ketua penjenayah yang tampak garang tapi beliau agak kelakar dan amat sayangkan arwah adiknya, Mat Bong. Banyak juga ayat yang kelakar dalam lakonan Dato Awie ni. Not bad. Dah lama tak tengok beliau berlakon filem, eh silap sebenarnya jarang sekali dapat lihat beliau berlakon dalam filem aksi sebegini. Belut berdendam dengan polis kerana menyangka pihak polis yang menembak adiknya Mat Bong sehingga mati.


Barisan pelakon hebat Filem Operasi X:
  1. Dato' Aaron Aziz sebagai ASP Redzuan
  2. Dato' Awie sebagai Belut
  3. Datuk Yusof Haslam sebagai Dato Mokthar
  4. Hanna Aqeela sebagai Ayu
  5. Hairul Azreen sebagai Pablo
  6. Hefny Sahad sebagai Ali Mat
  7. Hairi Safwan sebagai Inspektor Aman
  8. Shima Aris sebagai Lady Lion
  9. Amerul Affendi sebagai Mat Bong
  10. Nashra sebagai Nash
  11. Nasir Bilal Khan sebagai Bashah
  12. Rahhim Omar sebagai DSP Anwar
  13. GBob sebagai Janggut
  14. Azzahra Ahmad sebagai Aishah
  15. Zaidi Omar sebagai Wak Doyok

Sinopsis Ringkas Filem Operasi X


ASP Redzuan, seorang anggota polis yang meninggalkan dunia siasatan jenayah. Tidak menyangka bahawa operasi pada hari itu bakal menjadi operasi terakhirnya, ASP Redzuan yang telah menyaksikan kematian sahabat baiknya, Inspektor Aman di hadapan matanya sendiri. Sehinggalah pada suatu hari, ASP Redzuan dikunjungi oleh Dato' Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman yang telah sekian lama cuba menjejakinya. ASP Redzuan berkeras tidak mahu kembali kerana mengesyaki sahabatnya telah dibunuh oleh anggota polis sendiri. 

Kehadiran Dato' Mokhtar dan DSP Anwar telah membongkar siapakah dalang yang telah mengakibatkan kematian sahabatnya itu. ASP Redzuan harus kembali ke dunia siasatan jenayah bagi mengetuai operasi menumpaskan Geng Belut yang telah terbengkalai dan kini semakin berleluasa. 






Rumusan Tentang Filem Operasi X dan Review Jujur

Kesimpulan yang boleh dapat dari filem ini ialah kita tak boleh letakkan kepercayaan penuh pada seseorang walaupun seseorang itu telah rapat dengan kita dalam tempoh yang lama. Kesimpulan kedua, jadilah seseorang yang gigih dan bertanggungjawab dalam menjalankan setiap tugas yang diberikan kepada kita. 


Betul ke pihak polis yang telah menembak adiknya Belut?
Selamatkah ASP Redzuan dalam menyelesaikan misi Operasi X? Husniey suka watak yang menghidupkan dan menguatkan filem ini iaitu rakan rakan seperjuangan ASP Redzuan bertungkus lumus menjejak Geng Belut. Canggih. Boleh trace penjenayah dari nombor telefon je. Semua pelakon memainkan peranan dengan baik dalam filem ini. Cuma jalan cerita tak berapa kuat, mungkin perlu fokuskan juga kepada misi operasi tu dan tekankan sedikit lagi scene pada aktiviti Geng Belut. Itu je komen husniey, yang lain semua okay. 

Maaf ya, Husniey tak mahu berikan komen tentang ending nanti spoil mood pulak kan. Filem ini okay, tak ada aksi berat dan best sebab ada elemen kelakar. Sesuai ditonton bersama keluarga dan anak anak. Suami husniey asyik tergelak dengan lakonan Dato Awie, mukanya serius tapi lawak. 7/10 rating diberikan, moga lebih banyak filem best di Malaysia. 2018 ini menyaksikan banyak filem Malaysia yang ada nilai. Good job! 

Reading Time:

Monday, 5 November 2018

Resepi Bonda Laksa Terengganu Kuah Putih
05 November 5 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera kalian semua. Semoga November ini baik baik saja untuk kita semua. Husniey sekarang di kampung halaman, sejak haritu lagi nak taip resepi bonda kesayangan dan berkongsi di blog husniey tapi kali ini baru ada peluang itu. Husniey dalam proses nak kumpul resepi masakan air tangan bonda dan nak cuba masak juga biar sebiji sama, dengan harapan nanti bila teringin nak makan boleh buat sendiri dan teringin nak mahir memasak masakan tradisi Terengganu. 

Banyak makanan tradisi Terengganu tapi kebanyakannya agak payah nak menyediakannnya. hihi okaylah mana ada benda senang dalam dunia ni kan? Menu laksa ni kira okay lagi tak renyah mana. Laksa di Terengganu ada dua jenis. Satu kuah lemak, satu lagi berempah warna merah. Yang pasti keduanya sedap! 



Bahan Bahan Yang Diperlukan: 
  • Mee lidi 3 bungkus 
  • Bawang merah 8 ulas *
  • Ikan Selayang 6 ekor (dikukus) *
  • Santan *
  • Lada hitam 2 sudu besar *
  • Halia *
  • Limau nipis 
  • Cili boh
  • Belacan 
  • Ulam Ulaman (Timun, daun kemangi, pegaga, ulam raja) 


Cara Cara Menyediakan Kuah Laksa 
  • Ikan selayang yang direbus diambil isinya, toskan ikan dan tumbuk ikan sehingga lumat (boleh juga kisar) 
  • Kisar bahan bertanda *
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama 5 minit dengan keadaan api yang perlahan. 


Mee lidi jangan lupa direbus. 
Potong halus ulam ulaman. Jenis ulam ulaman tu boleh ditambah lagi mengikut selera masing-masing. Hidangkan bersama sedikit belacan dan cili boh sebagai penambah rasa. Lagi banyak lagi best!  


Laksa ini sesuai dimakan ketika waktu pagi hingga petang, selalunya memang jarang jumpa menu ini di kedai makan. Sesetengah kedai aje ada jual. Menu ini juga boleh dijumpai ketika ada jamuan ringan ataupun musim Hari Raya Aidilfitri. Kiranya laksa kuah putih ini seperti menu Laksam. Husniey suka laksa ni sebab aroma kuah tu pula tu dimakan bersama ulam-ulaman fresh lagi bertambah sedap. Bau daun kemangi yang power. Semoga entri ini bermanfaat kepada anda yang memerlukan.  

Reading Time:

Saturday, 3 November 2018

Dapatkan Kopi Percuma di McCafe
03 November 7 Comments
Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu semua pembaca dan rakan rakan blogger. Harini husniey nak tulis santai je, saja share sini kot lah korang  tak tahu kan. Siapa gemar minum kopi? Angkat kaki! Eh angkat kaki pulak. 

Tahun ni husniey banyak betul minum kopi, pelbagai jenis kopi suka cuba minum. 
Selalu duk ulang minum kopi di McCafe. Yang selalu jadi pilihan husniey antaranya Ice Latte, Caramel Latte, Mocha, dan ada lagi beberapa jenis tu. 


Aroma dari kopi membuatkan kita tenang dan rasa cerah mata kan? Tapi tak boleh minum selalu jugak, payah nak tidur malam (padahal memang jenis susah tidur malam). Kalau ada kerja yang nak kena siapkan di malam hari, barulah cari kopi. Hee. Oktober haritu husniey mengopi dengan tuan suami di McDonald's Kuala Terengganu, kadang tu pergi ke cawangan Gong Badak tengok pada keadaan sebab tak suka makan dalam suasana terlalu ramai orang, heee. Pada belah malam jelah baru ada masa untuk keluar bersama, yelah siangnya suami sibuk kerja. Lepas settle bayar dan ambil makanan yang dipesan di kaunter, macam biasa kalau ada minuman yang dipesan di McCafe kena ambil di kaunter tersebut.


memang suka bila dapat bau aroma kopi 



Klik pada gambar untuk membaca teks lebih jelas. 
Staf di kaunter McCafe berikan satu kad. Seperti kupon. Masa tu husniey order dua jenis kopi. Tengok pada kad tu ada ruang yang dicop. Oh rupanya sekarang ni kalau beli minuman di McCafe akan dapat satu kad dan anda akan dapat satu minuman percuma. Nak dapat percuma minuman tu, kena beli 3 kuantiti minuman. 
Nanti dah cukup 3x dicop silalah tebus (rujuk gambar di atas tu dah boleh tebus tu, tapi husniey peram dulu). Setakat ni dah dua kali dalam bulan Oktober dapat kad kupon ni, hee kuat betul minum kopi weh. Sebelum terlupa minuman yang boleh didapati bila dah tebus ialah Americano, Latte, Cappucino, Ice latte, Ice Americano.  

Beli kopi tapi lupa nak suruh staf McCafe cop? Cuma tunjuk resit dan nanti akan dicop pada kad. Boleh terus tebus bila dah cukup, nak tebus pada kemudian hari pun boleh juga. Korang penggemar kopi atau teh? Kalau suka kopi kopi apakah yang jadi pilihan. Jom share di ruangan komen :) 

Reading Time:

Wednesday, 31 October 2018

Filem Tempatan: Operasi X Ditayangkan Awal November 2018
31 October 6 Comments

Assalamualaikum semua dan Hai Salam Sejahtera. Moga anda selalu sihat dan ceria hendaknya. 2018 menyaksikan banyak juga filem hebat tempatan dari Malaysia yang telah dihasilkan. Operasi X merupakan filem aksi terbaru yang akan ditayangkan di pawagam awal November ini.

Dream Pictures Production 
Pengarah: Sandosh Kesavan
Penerbit: Zarina Sham

Mesti anda semua nak tahu kan siapa para pelakon yang akan beraksi di dalam filem Operasi X yang bakal ditayangkan pada awal Novemberi ini. Antara barisan pelakon yang terlibat di dalam filem Operasi X ini ialah Dato Aaron Aziz, Dato Awie, Datuk Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen, Hefny Sahad, Gbob, Rahhim Omar, Hanna Aqeela, Nashra Shah, Rafizah Shima, Zaidi Omar


Menariknya pelakon yang beraksi semua legenda tanah air. Dato Aaron Aziz tu lama dah tak tengok beliau berlakon dalam filem, hee. Kalau Dato Awie tu tahun ni kiranya rezeki melimpah ruah juga ya, baru sahaja haritu tonton lakonan beliau dalam Hantu Kak Limah 2 mesti best ni kalau ada Dato Awie. Tengok pada trailer macam ada ayatnya yang agak kelakar, haih tak sabar nak tengok nampak gaya kali ini lakonan Awie sebagai penjenayah. Jarang tengok beliau pegang watak begini. Genre bagi filem Operasi X ini ialah aksi dan jenayah. Jemput tengok video trailer dekat Youtube


Jom ramai-ramai gegarkan pawagam terdekat menyaksikan filem aksi hebat Operasi X ini yang akan ditayangkan di pawagam bermula 1 November 2018.
Pssttt tuan suami mesti suka filem bergenre aksi begini. Husniey bakal menulis review penuh setelah menontonnya nanti. Stay tune! :)

Maklumat lanjut boleh layari Facebook | Instagram | Twitter


Reading Time:

Monday, 29 October 2018

Pengikut Dajal Paling Ramai Nanti Adalah Wanita
29 October 6 Comments
Salah satu cara musuh merosakkan umat Islam, adalah dengan menyerang wanita-wanita Islam. Sebab itu macam-macam benda pelik timbul.

Baik cara untuk cantikkan diri hinggalah ke video challenge yang bukan-bukan. Yelah, nak pengaruhi lelaki susah sikit. Tapi bila perempuan dah terpengaruh. Mudah kerja. Sebab lelaki ini mudah cair pada pujuk rayu perempuan.


Kaedah Dajjal pun sama. Akan hasut kaum hawa sebanyak-banyaknya.

Daripada Ibnu Umar ra, Nabi SAW bersabda:

يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِى هَذِهِ السَّبَخَةِ بِمَرِّ قَنَاةَ فَيَكُونُ أَكْثَرَ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمِهِ وَإِلَى أُمِّهِ وَابْنَتِهِ وَأُخْتِهِ وَعَمَّتِهِ فَيُوثِقُهَا رِبَاطاً مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ

Dajjal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sehingga seseorang akan pergi menemui isterinya, ibunya, puterinya, saudarinya dan mak ciknya kemudian mengikatnya kerana khuatir keluar menuju Dajjal”.

[Hadis Riwayat Ahmad 2: 67]

Justeru, kaum lelaki perlu mainkan peranan penting. Selalulah perhatikan isteri dan anak-anak gadismu. Kasihani mereka. Usah biarkan mereka dibuai hembusan-hembusan fitnah Syaitan dan Dajjal.


Pesan tentang kebenaran agar mereka tak terhindar anasir Syaitan dan Dajjal yang sangat licik lagi halus.

Semoga Allah jauhi fitnah Dajjal Laknatullah dan lindungi kita semua. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Boleh share agar sama-sama beringat.

#UFR 
Tulisan ini oleh Ustaz Farid Rashidi 
Follow beliau di facebook banyak perkongsian ilmiah yang boleh dibaca dan jadikan pedoman. >> Facebook Ustaz Farid Rashidi <<

Reading Time:

Sunday, 28 October 2018

Bola Sepak Piala Malaysia 2018 Penuh Dramatik!
28 October 5 Comments
Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Moga ceria dan sihat selalu. Semalam 27 Oktober 2018 husniey yakin ramai yang menyaksikan pertandingan bola sepak Piala Malaysia 2018 di kaca televisyen atau pun hadir di Stadium Shah Alam. 

Pasukan Perak bertembung dengan Terengganu FC 

Perlawanan akhir bagi Piala Malaysia.
Penuh debaran, cabaran dan banyak moment yang tak disangkakan berlaku dan juga tidak kurang dengan pelbagai kontroversi. Serius memang epik gila. 
Walaupun husniey ni perempuan tak bermakna kita tak tahu tentang dunia sukan ni langsung. So tau jugaklah. Untuk Piala Malaysia ini husniey mula ikuti perkembangan masa Separuh Akhir haritu. JDT vs Terengganu di Larkin. Sokong mana? Mestilah husniey sokong Terengganu kan, orang Terengganu hokeii so hastag team penyu team keropok haha.

Antara topik hangat yang menjadi bualan penyokong bagi kedua pihak ialah mutu pengadilan yang grrr tu. Husniey sebagai penyokong Terengganu turut rasa geram dan kecewa sebab kami laki bini tengok memang macam tak berfungsi mana wisel reff tu 😂. Rasanya kedua - dua pihak tak kira Terengganu mahu pun Perak rasa tertekan dengan keadaan semalam bila tengok kelakuan reff.

Separuh Masa Pertama yang berpihak kepada Terengganu

Kipre Tchetche yang terkenal dengan sikapnya bersahaja dan banyak kali menjaringkan gol setiap kali dalam perlawanan bola sepak. Masa perlawanan dengan JDT semasa perlawanan Separuh Akhir baru baru ini Kipre adalah penyelamat dan memenangkan TFC. Namun ketika dalam pelawanan semalam nasib tidak baik, Kipre tercedera dan tidak dapat bermain sehingga ke waktu tamat. Menariknya semalam gol yang pertama dijaringkan oleh Kipre tuuu. Tak sampai 50 saat semasa baru dimulakan! Semua terpegun 😍


Husniey tahu ramai juga penyokong Terengganu rasa tak selesa walaupun ia permulaan yang baik, yelah kan awal sangat Terengganu sumbat gol. Mana yang duk kata penyokong Terengganu awal duk berlagak tu haa silaplah. Itu cuma reaksi spontan bila gembira. Oh sebelum tu mestilah antara yang suka dengan kekalahan Terengganu ialah penyokong JDT kan.. Yelah haritu team penyu tumpaskan JDT di Larkin. Sebenarnya sebelum ni pun team Terengganu banyak kali juga kalah di tempat sendiri. Jadi bila dapat menang di tempat pihak lawan tidaklah terlalu meninggi diri. Itulah dinamakan rezeki.

Perak bangkit kejar Terengganu FC pada pusingan kedua, walaupun banyak cabaran pada masa pertama bagi Perak tapi nampaknya team Perak lebih gigih menyerang. 2 gol pada masa pusingan kedua.Gol ketiga bagi Terengganu dijaringkan oleh Faiz Nasir, pemain tempatan Malaysia kecil molek orangnya.
Dari awal diperhatikan Faiz ni beri komitmen penuh. Walaupun diasak teruk dan beberapa kali beliau tergolek jatuh. Tiap kali tengok Faiz dikepung tu aduh kesian betul. Yelah pemain lain semua besar tinggi tegap. Tapi semangat Faiz tidak luntur. Kecil kecil cili padi. Gol ketiga beliau itu buat rakyat Terengganu terharu.. Yang bukan rakyat Terengganu pun pasti tak dapat nak nafikan ketangkasan Faiz Nasir dan kegigihannya. Beri perhatian sepenuhnya dari awal hingga akhir. Bagusnya Faiz Nasir ini


Peluang gol ketiga buat team Perak menang.
Igor Zonjic pemain dari Terengganu FC tersalah masukkan bola di gol milik Terengganu sendiri. Jadinya rezeki telah berpihak kepada Perak. Serius tak pernah husniey lihat perlawanan bola sepak yang begitu lama sehingga 120 minit. Gol ketiga yang jadi buah mulut orang ramai (jadi buka peluang pada Perak untuk ke masa tambahan sebab seri 3-3 kan, 30 minit penalti). Pada masa tu merupakan 2 minit terakhir sebelum masa dijadualkan tamat.

Nasihat 

Akhir kata kedua pihak bermain sehabis baik dan telah pun berusaha. Dinasihatkan kepada pihak yang kalah, kita terimalah kekalahan ini dengan lapang dada. Lagi pun Terengganu FC sudah pun cemerlang. Cuma tak ada rezeki untuk bawa pulang piala. Naib juara okay apa kan. Lagi pun Terengganu sudah banyak lagi pencapaian lain yang boleh dibanggakan. Syukurlah. Teruskan jaga akhlak yang baik seperti yang dinasihatkan oleh pemimpin negeri.




Kepada pihak pemenang pula, jangan terlalu meninggi diri sehingga mengejek ejek pihak lawan dan bergaduh dengan isu tidak sepatutnya. Contohnya dengan membuat tuduhan reff di beli oleh Terengganu. SERIUS? Mampu ke Terengganu nak beli reff. Ini semua soal rezeki. Team menang bersyukurlah dan jaga tingkah laku. Kepada penyokong kedua pihak jangan pertikaikan cara pemain berusaha. Kita tak tahu keadaan mereka yang sebenarnya. Mengejek ini suatu perbuatan yang tidak bermoral. 
Adat pertandingan ada kalah dan menang.
Yang paling best semua pemain dah usahakan yang terbaik. Kiranya tak rugi pun korang beli tiket untuk tonton di stadium tu kan. Permainan sengit dan mencabar, best tu.

Okay salam 3-3
Penalti 4-1
Tahniah Perak Juara Piala Malaysia!
Tahniah Terengganu Naib Juara Piala Malaysia!

Selamat Bercuti kepada rakyat Perak. Selamat Bercuti juga pada rakyat Terengganu. Psstt Terengganu tetap cuti peristiwa sebab MB umum gitu dah sebelum ni.. Terengganu cuti harini. Jumaat Sabtu Ahad. Ahad hari bekerja di Terengganu. 

Sekian, terima kasih baca sampai habis ulasan biasa je dari Husniey Husain, 
Komen yang murni sahaja ☺

Reading Time:

Friday, 26 October 2018

Apartment Mewah di Brinchang
26 October 10 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. 
Moga sihat hendaknya. Kalau anda mengikuti husniey di media sosial seperti facebook dan instagram pasti tahu mengenai percutian husniey pada Ogos lalu di Cameron Highlands. Birthday trip pada 20 Ogos dan turut sambut hari raya Aidiladha disana. Ketika buat carian di google dan baca blog blog lain ramai juga yang suggest untuk menginap di kawasan Tanah Rata atau pun Brinchang. Husniey dan tuan suami memilih untuk menginap di kawasan Brinchang. Okay jugalah masuk je kawasan Brinchang terus nampak bangunan apartment mewah ni.


Nova Highlands Resort & Residence Jadi Pilihan

Memilih menginap di apartment ini sebabnya rasa tertarik hati ni melihat gambar di internet, lawa rekaan dalamannya. Memula tengok dekat aplikasi yang agak popular untuk buat tempahan penginapan; mahal weh dekat RM 1k dua malam,
memang tak mampulah husniey dengan harga sebegitu.. Husniey buat tempahan agak last minute sebenarnya, terasa nak tengok laman Airbnb lama dah tak survey penginapan disitu. Airbnb ini laman web yang anda boleh guna untuk buat tempahan Guesthouse / Rumah Tumpangan / Rumah Percutian. Selalunya rumah yang disediakan diiklankan di Airbnb ini tersangatlah moden, rapi dan bersih. Yang penting harga juga berpatutan dan sesuai bagi semua traveller tak kisahla kalau korang yang jenis travel bersama keluarga, kawan kawan. Sesuai je nak menginap di guesthouse

Ruang tamu yang luas, lega sangat  Suka ruang tamu dalam apartment ni, disediakan sofa yang besar boleh duduk dengan selesa (*tuan suami siap tertidur kat sofa lagi, selesa sangatlah tu). TV juga turut disediakan di ruang tamu


Suka ruang bilik dia boleh tengok ruang tamu, selak je langsir ni. Bilik macam ni comel je untuk pasangan bulan madu. Hihi

Di Nova Residence ni husniey dapat bilik jenis studio, ia menawarkan reka bentuk terkini dengan akses Wi-Fi, dan rumah ini sempurna untuk pasangan dan keluarga kecil. 
Bilik studio ini dilengkapi dengan 1 katil queen, ruang tamu, dapur kecil dan bilik mandi. Dapur dilengkapi dengan peti sejuk, microwave, cerek, pinggan, mangkuk dan cawan. Tak ada dapur disediakan untuk memasak tapi setakat untuk panaskan lauk atau makanan segera boleh guna microwave. Paling penting tempat sejuk seperti cameron ni elok sangatlah hos apartment ni sediakan pengering rambut. Senang nak keringkan rambut. Seterika dan papan seterika juga ada disediakan, tak payahlah susah bawa dari rumah kan. Husniey tengok baru lagi masih berbalut plastik. Datang Cameron Highland tak perlu cari penginapan yang ada aircond, sebab dengan kipas pun dah sejuk gigil tau! Banyak kali kami suami isteri duk on off kipas, terus tutup.

Senang, kesemua kemudahan asas ada disediakan. Syampu, gel, itu razor serta sikat pun ada. Ni kalau tertinggal barang keperluan gini tak perlu resah 

Balkoni  menghadap ke bukit yang kehijauan menjadikan anda menikmati angin pagi yang menakjubkan. Serius best suasana pagi di sini. Bagi anda yang memandu, ruang parking ada banyak tak berebut la dengan tetamu lain. 
Ada restoran dan kafe terletak di dalam pusat membeli-belah, sangatlah dekat hanya beberapa minit jalan kaki dari apartment naik turun lif aje, heee. Kami haritu tak sempat nak tea break dekat Old Town Cafe kat situ, haha. Kami cuma pergi 7 Eleven aje duk cari bekalan makanan dan minuman. 



View dari balkoni awal pagi. Indah sungguh😍


Di kawasan luar apartment. Walking distance

Apartment ini dekat juga dengan tempat tarikan lain seperti Bee Farm, Butterfly Farm, Strawberry Farm, Orchid & Rose Garden dan Kea Farm Fresh Vegetable. Tempat tarikan yang popular dengan lokasi penggambaran filem atau drama tu terletak dekat je dengan kawasan apartment. Hari kedua barulah kami perasan, hee nak pergi ke Boh Sungai Palas tu beria duk rujuk guna Google maps sekali tengok lorongnya tu depan bangunan kami menginap ni je.. Kelakar betul bila ingat balik reaksi kami masa tu.. "Oh kiranya BOH Sungai Palas ni simpang nak masuk tu dekat depan bangunan apartment ni je, laa ingatkan jauh" - Suamiku Izzat berkata 

Kemudahan yang disediakan dalam apartment

  • Peti sejuk mini
  • Cerek elektrik
  • Perkakas dapur asas (pinggan, mangkuk, sudu, gelas)
  • 1 katil saiz queen, 2 bantal dan 1 selimut
  • 1 bilik mandi dengan pemanas air
  • Almari dengan hanger
  • 2 Tuala (tuala tambahan dikenakan cas)
  • Gel mandian & Syampu, Razor, Sikat 
  • Pengering rambut
  • Kipas siling (Kawasan ruang tamu)
  • Kipas Berdiri (di Bilik)
  • Kemudahan lif
  • Tempat parkir kereta percuma


Husniey suka kawasan ni permandangan dari balkoni rumah ni boleh buat kita tenang sebab nampak berkabus dan ada kehijauan serta udara segar masuk dari pimtu balkoni. 
Rasa menyesal husniey tak bawa laptop, bukan lupa tapi fikir 'arghh malaslaa berat nanti banyak barang'. 

Harga yang husniey dapat ketika buat tempahan last minute RM 199 semalaman, dua malam jumlahnya RM 398 kan, itu belum termasuk cleaning fee dengan service fee yang dicas oleh Airbnb tu.. Total bersih dua malam menginap termasuk pelbagai kemudahan dan servis cas RM 486Haa tak adalah mahal sangat nak dibandingkan dengan website lain yang husniey survey cecah RM 1K huuihh :D

Rujuk sini harganya 

So rumusan tentang penginapan ini husniey beri 9/10 bintang. Servis hos pun okay sangat, nak check in pun senangCollect je kunci nanti hos tu beritahu semua maklumat selepas buat pembayaran tempahan. Kalau diberi peluang serius rasa nak duduk lama je apartment ni, luas dan selesa. Lengkap dengan pelbagai kemudahan penting. Boleh masuk dua dewasa dan dua kanak - kanak. Ini kali keempat husniey menggunakan khidmat Airbnb, 
setakat ni harga masih berpatutan. 


Harga mungkin berubah ubah mengikut musim. Jika musim weekend, cuti sekolah jadi mahal. Mana mana website pun macam tu sebenarnya. Lagi best di Airbnb kita boleh dapatkan penginapan yang terlihat mewah dan lengkap tapi harga biasa je. Kalau rasa mahal boleh cuba chat direct owner atau host untuk diskaun. Jemput tau tengok video di bawah ini, jangan cakap husniey tak payung pula kan 😄



Alamat Lokasi
Nova Highlands Resort and Residence
The Square, Jalan Aranda Nova, Darul Makmur, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
 


Reading Time:

Monday, 22 October 2018

Nasi Dagang Kak Jah Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu
22 October 6 Comments





Nasi Dagang Menu Wajib Rasa di Terengganu
Kalau datang bercuti ke Terengganu menu Nasi Dagang antara menu yang kena rasa. Nasi Dagang merupakan menu hidangan pagi di negeri negeri Pantai Timur. Untuk menyediakan menu Nasi Dagang ini agak sukar, selalunya akan banyak jumpa di rumah saudara mara pada Hari Raya sahaja. Pilihan lain untuk merasai Nasi Dagang (selain musim perayaan) ialah makan kat kedai jelah. Hee tapi tak semua kedai ada tau.





Terliur tak tengok nasi dagang ni? 😅

Warung Nasi Dagang Kak Jah Bukit Besar menjual menu istimewa ini. Hari minggu dan cuti sekolah merupakan hari dimana orang ramai datang untuk bersarapan pagi di sini. 
Warung ini tidaklah sepopular mana berbanding Nasi Dagang Atas Tol tu, tetapi anda bolehla masukkan dalam list sebab sedap juga nasi dagangnya ni. Sebenarnya husniey ada beberapa kali nak makan di atas tol tapi masyaAllah ramai sungguh orang. Padahal dah sampai sana jam 8 pagi macam tu, penuh pelanggan duk beratur. Heehe tak sanggup nak menunggu lama. 

Rasa Nasi Dagang Kak Jah juga memikat hati. Husniey suka gulai ikan aye (tongkol) dia tuuu, sedap secukup rasa pekat sungguh. Nasi dia pun jadi molek. Lembut je nasi tu walau bersama beras pulut  


Kuah boleh ambil sesuka hati banyak mana pun. 

Keluarga tercinta 

Siap boleh refill kuah gulai tu dan tambahkan cili jika suka lebih pedas. 
Harga nasi dagang dekat warung Kak Jah murah cuma RM 3 kalau tak silap husniey. 
Yang terbaru haritu husniey dan keluarga makan disini kos hangus hanya RM 30+ aje pun. Kami makan tujuh pinggan Nasi Dagang dan bersama air. Seronok jugaklah sesekali dapat belanja keluarga. Kebetulan mak ayah dan adik adik datang jalan jalan ke Kuala Terengganu. 

Ramai juga orang yang datang ke warung ini untuk sarapan pagi. Ada yang siap bungkus banyak kot. Kena beratur jugak konsep kat sini. Beratur dan ambil nasi bila tiba giliran anda. Menu lain yang turut ada ialah Nasi Kunyit dan pilihan lauk pauk yang lainnya juga.

RECOMENDDED:
Sedap, harga yang berpatutan, resepi kuah dan Nasi Dagang yang warisan turun temurun. Servis adakalanya agak lambat (pesanan minuman lambat sikit tiba, bila ramai orang tapi okay boleh ditimbang rasa lagi sebab makanan pure Terengganu). 
Yang berniaga ni orang tua pasangan suami isteri, nice baik orangnya. Suka tengok pak cik tu bantu isterinya di warung. Cool je orangnya. 


Servis
Layan Diri

Waktu Operasi
7.00am - 11 am

Lokasi Premis
1139 Jalan Pasir Panjang 
Kampung Pasir Panjang 21080
Kuala Terengganu 

Reading Time:

Friday, 19 October 2018

Bercuti di Gili Trawangan, Lombok April 2018 (part akhir)
19 October 12 Comments


Baca juga artikel berkaitan:

HARI KETIGA - 19 APRIL 2018 | JALAN JALAN DI GILI TRAWANGAN + BERBASIKAL KE SUNSET BEACH 

Malam kedua dah berada di Gili Trawangan, tapi belum sempat explore hanya jalan keluar cari makan. Untuk pengetahuan anda di Gili Trawangan tidak ada pengangkutan seperti motorsikal dan kereta. Hanya ada Cidomo (kereta kuda) dan basikal. 
Kalau tak nak keluar duit bolehlah bakar lemak degil dengan berjalan kakiMakan malam boleh dicari di sekitar pasar malam di Gili Trawangan, ada banyak kedai atau warung kecil dibuka. Kalau tengok ada arak ke apa tu pandailah fikir ya.Gili Trawangan ni pulau dan destinasi popular jadi agak ramai pelancong asing datang. Makanan dan minuman tak halal tu mestilah ada, kita muslim kena hati hati. Husniey makan di warung yang muslim punya nampak mak cik pakai tudung baru yakin sikit nak makan. Nak basuh baju kotor boleh hantar ke dobi. Husniey hantar cuci di Suci Laundry hantar malam esok pagi dah boleh ambil. Disebabkan baju kami terhad so kenalah basuh. Baca sehingga ke akhir entri untuk melihat jumlah kos yang dibelanjakan. 


Pengangkutan di Gili Trawangan

Pagi pada hari ketiga dimulakan dengan sarapan pagi di resort. Lepas makan baru keluar jalan jalan di sekitar Gili Trawangan, melihat keindahan pantai dan permandangan disini. Jalan kaki je dulu. Sejam kami berjalan menikmati permandangan sekitar pantai dan pulang semula ke resort, tak tahan cuaca panas sangat. Heee. Tertidur lena, bangun solat zohor dan jamak asar lepas tu husniey dan tuan suami keluar lagi untuk jalan jalan dan cari makan serta nikmati panorama indah di kawasan pulau. Misi kami di Gili Trawangan ini lebih kepada nak santai je, kalau sukakan cabaran bolehla pergi snorkeling dan macam macam aktiviti boleh dibuat. Boleh tanyakan dekat kaunter travel agensi di sekitar Gili. 

MAKAN DEKAT WARUNG, BERBASIKAL, NAIK KUDA DI SUNSET BEACH

Mengayuh basikal menuju ke Sunset Beach pada pukul 3.15 pm. Mulanya saja je jalan jalan, nak tengok apa yang best. Hampir 30 minit mengambil masa untuk sampai ke kawasan Sunset Beach dengan basikal. Sebelum tiba ke Sunset Beach kami berhenti rehat seketika di sebuah warung. Banyak juga pilihan makanan siap ada lauk pauk. Makanan ringan pun ada. Terus rasa lapar bila tengok lauk pauk. Warung nampak biasa saja. 


Mulanya cuma membeli minuman dan makanan ringan, sekali terasa lapar pulak sebab belum makan nasi tengahari. Lauk pauknya sedap sungguh. Sambal pedas molek. Selera orang Lombok ni kuat pedas juga. Wajib rasa. Husniey ambil ikan dan tempe goreng dan sedikit sambal kering, fuhh pedas merecik. Usai makan bersembang dengan pemilik warung ini, dengar akak ni cakap tak pekat mana bahasa Indonesia nya. Rupanya dulu pernah tinggal di Malaysia. Siap dia tanya agak agak berapa kos datang bercuti ke sini sebab keluarga angkat nya teringin nak jalan - jalan ke Lombok (boleh tengok video di akhir entri ini). Duit rupiah hangus disini cuma air 3 dan makanan ringan 38k dan nasi putih berlauk (2) 45k. Total 85k rp (lebih kurang RM 23)Gendang genduk tali kecapi, kenyang perut suka hati. hihi 


Barulah ada tenaga nak mengayuh basikal ke Sunset Beach, rasa kagum tengok kawasan Ombak Sunset Beach Resort. Disini ada buaian, permandangan sunset disini memang terbaik, sangat cantik. Haa sebelum layan sunset tu husniey ambil peluang untuk merasai pengalaman menunggang kuda, first time weh try naik kuda seram jugaklah rasanya kuda pulak macam tak boleh duk diam tiapkali ada kuda betina lalu lalang haha. Serius korang kena cuba. Boleh la shoot gambar sambil menunggang kuda + view lawa. Kuda ni simbolik bagi Gili Trawangan. Banyak sangat kuda kat sini dah macam lembu je kalau kat tempat kita ni 


Waktu terbaik untuk layan sunset di Gili Trawangan ialah pada pukul 5.45 pm
Disini masuk waktu malam agak cepat dan malamnya lebih panjang. 
Jom kita sama sama hayati keindahan alam di sekitar Gili Trawangan. 

Sweet moment with you ~

Sunset Beach

HARI KEEMPAT - 20 APRIL 2018 | 
CHECK OUT GILI TRAWANGAN

Hari Keempat merupakan hari terakhir di Lombok dan masih belum habis terjah ke tempat menarik yang ingin dikunjungi. Selepas sarapan di Gili Amor Resort kami check out dan kayuh basikal serta mengembalikan basikal tu semula ke tempat sewa dan berjalan kaki menuju ke jeti untuk naik bot pulang semula ke tanah besar Lombok. 

Suasana pagi di jeti 

Tiket dibeli awal sehari sebelumnya. Berjumlah 170K rp. RM 46 berdua. Kali ini merasa naik fast boat pula. Perjalanan dari Gili Trawangan menaiki fast boat ke tanah besar Lombok dalam 20 minit sahaja. Cepat sikit dari naik feri awam yang memakan masa 40 minit. Selesa sungguh fast boat tu tak rasa hanyut pun. Oh ya nama syarikat bot ini Karya Bahari. Suka dengan struktur bot ni terasa kukuh je. Hehe

SHOPPING DI PRADJE, VILLA HANTU, TANJUNG AAN, MAKAN TENGAHARI 
Tiba di jeti Pelabuhan Bangsal kami dijemput oleh Encik Irfan iaitu tour guide yang diupah sudah menunggu kami di kawasan jeti. Destinasi pertama beli belah oleh oleh di Pradje. Ada banyak pilihan barangan untuk dijadikan cenderamata buat keluarga dan rakan rakan. Harga juga berpatutan.  Singgah di Villa Hantu, permandangan disini sangat menarik. Nampak pantai dari Vila ini. Melihat keindahan pantai di kawasan Bukit Setanggi. 
Villa Hantu ini sebenarnya dicadangkan oleh Encik Irfan, not bad lah cantik tempatnya boleh tengok view laut. 


Shopping di Pradje



kedai cantik besar nampak eksklusif tapi harga biasa je


Villa Hantu namanya tempat ni




Nama aje Villa Hantu, tapi permandangan dari sini indah sungguh

Untuk pengetahuan anda:
Sini kuat juga pengaruh agama Islam. Perempuan ramai juga yang bertudung litup lelaki yang memakmurkan masjid. Lombok dikenali dengan Pulau Seribu Masjid oleh kerana disini terdapat banyak masjid yang dibina berdekatan. Ada yang kurang dari 100 meter sahaja lepas tu akan nampak masjid lagi. Besar pula masjid tu. SubhanaAllah masjid banyak dan dimakmurkan makanan halal pun banyak.. Dalam perjalanan dapat lihat keunikan yang husniey tulis ni.. I'm in love with Lombok! 😍

TANJUNG AAN YANG INDAH:  
DESTINASI PANTAI TERAKHIR DI LOMBOK


Perjalanan seterusnyaa diteruskan ke Tanjung Aan. Destinasi paling husniey teringin nak lawat. Sebelum ini asyik tengok orang belanja gambar dekat instagram je. Hee. Tanjung Aan ni terletak agak jauh dari bandar. Itu sebab husniey upah khidmat pemandu. Berbaloilah kalau nak memandu sendiri mungkin tak sampai kot. Kalau korang teringin nak bergambar di Tanjung Aan sila rancang dengan teliti ya sebabnya husniey ada tersilap sikit patutnya hari pertama landing dah datang ke sini dulu (kawasannya dekat area airport, masa tu tour guide yang diupah lupa nak bawak kami. Hmm padahal dah tulis nak ke Tanjung Aan). 

Okay bersambung.. Tanjung Aan agak jauh masuk ke dalam, jalan pun masih belum di naiktaraf (April 2018). Mungkin tak lama lagi akan naik banyak pembangunan seperti hotel dan resort disini. 


Pantainya agak luas. Cantik dan tenang suasana disini. Pasir pantainya berwarna putih, air biru jernih. Aktiviti yang boleh dilakukan disini, mandi manda di pantai (kalau suka boleh berjemur, hahaha). Panjat Bukit Merese dan bergambar di atas bukit bolehla buat music video ala hindustan seperti Aeril dan Wawa Zainal tu heehe. Dekat sinilah lokasi shooting Wawa dan Aeril tu. Korang boleh jugak ke Batu Payung lawa juga situ boleh tengok kat google, tapi kena naik bot akan ada penduduk tempatan yang datang tunjuk pakej mereka dan pujuk rayu untuk kita guna servis mereka. Perlu pandai tawar menawar kalau betul nak pergi ke sana. Husniey dengar harganya dekat 250k rp juga. Kalau ramai mungkin murahlah sikit  


Berjalan kaki di Tanjung Aan. Husniey dan suami panjat bukit disini semata mata nak dapatkan angle terbaik nak nampak keseluruhan pantai. Hee. Sampai atas bukit tak sedar kena follow. Kena berhati hati dengan penduduk tempatan yang datang menjual, serius tak berapa suka sebab diaorang ada yang agak memaksa. Banyak kali ke negeri lain di Indonesia, memang ginilah perangainya. Rasa kesian jugak melihatnya, kalau ysang datang sorang je bolehla beli. Kalau tak nak, cakap aje dengan nada baik "nggak mau terima kasih ya". Kami siap buat alasan cakap tak sempat nak ke Batu Payung tu kami dah nak balik ke Malaysia. Sabar jelah nasib tak cair dengan pujuk rayu mereka.

Menu menu yang ada di rumah makan ini 

Hampir sejam berjalan jalan di Pantai Tanjung Aan pukul 2.15 pm kami meneruskan perjalanan untuk pergi makan tengah hari. Pemandu bawa kami ke Rumah Makan yang terletak tidak jauh dari kawasan airport. Jumlah hangus makan disini 121k. 
Hari terakhir baru merasa Ayam Taliwang yang merupakan menu patut dirasai di Lombok kira macam signature dish Lombok lah ayam ni. Serius sedap rasa macam ayam bakar tapi ada rasa pedas dan manis. 

Ayam taliwang ~

Habis je makan terus ke airport, flight kami lewat lagi tapi saja nak rehatkan diri di airport. Semoga perkongsian ini dapat membantu bagi yang merancang untuk ke Lombok. Semoga Lombok cepat bangkit dari kesan gempa bumi yang teruk baru - baru ini. Kalau diberi peluang memang nak ke sana lagi sebab tak puas mata ni melihat keindahan alam yang Allah ciptakan. 

Nah jemput layan video dulu boleh tengok karenah kami berdua huhu ☺


JUMLAH PERBELANJAAN KE LOMBOK SELAMA 4H 3M HANYA RM 1200+ SEORANG ALL IN. RUJUK DI BAWAH 

Belanja Hari Pertama 
  • Sim card Telekomsel 9gb 50k Rp (RM 14.10)
  • Derma di Desa Sasak Sade 20K Rp (RM 5.60)
  • Beli tshirt 10 pcs di Gandrung  500k (RM 142)
Total Expenses IDR 570k | RM 159.60

Belanja Hari Kedua 
  • Nasi goreng + banana pancake di hotel 40k Rp (RM 11.30)
  • Beli minuman herba tolak angin jahe 25k Rp (RM 7.06)
  • Ojek @ Benang Kelambu (2) 70k Rp (RM 19.70)
  • Tips Tour Guide Irwan 100k Rp (RM 28.20)
  • Tips Driver Yusuf 100k Rp (RM 28.20)
  • Tiket feri umum ke Gili 45k Rp (RM 12.70)
  • Beli di Gili Mart 55K Rp (RM 15.50)
  • Aiskrim Gili Gelato (2) 60k Rp (RM 16.90)
  • Dinner at Intan Inn - 95k Rp (RM 26.80)
Total IDR 590K Rp | RM 166.59 

Belanja Hari Ketiga 
  • Beli Rojak 15k
  • Tiket bot laju (2),Pelabuhan Bangsal 170k rp
  • Basikal (2) 100k
  • Air 3 dan makanan ringan 38k 
  • Nasi putih berlauk (2) 45k 
  • Naik kuda dan bergambar 50k 
  • Beli minuman 2x di Ana Mart 104k 
  • Suci Laundry (5kg baju kotor) 125k 
  • Gili Mart beli barangan 105k 
  • Makan nasi berlauk (2), teh botol (2) 80k
Total IDR 832K Rp | RM 232.9

Belanja Hari Keempat 
  • Tips staff Gili Amor Resort 50k rp 
  • Shopping di Pradje 294k rp
  • IndoMaret 12K
  • Beli gelang di Tanjung Aan 5k rp
  • Makan tengah hari 121k rp
  • Souvenirs 90k rp 
  • Tips to driver 50k rp
Total IDR 622k Rp | RM 174

Penginapan, Tiket Kapal Terbang, Pengangkutan + Pemandu + 2 Day Tour Package in Lombok + Tour Guide

Penginapan di Lombok 
RM 123.65 + RM 181.82 + RM 190.56 
=  Jumlah RM 496 (3 malam) 

Tiket Penerbangan
Kuala Terengganu - Kuala Lumpur RM 122.24
Kuala Lumpur - Lombok Indonesia RM 262
Lombok - Kuala Lumpur RM 178
Jumlah RM 562.24

Pakej di Lombok + Driver 
Ground Package 2D1N 
Harga per couple: RM 545
* private avanza transport
* 2X Lunch
* 1X dinner
* entrance fee
* Local guide at traditional village
* Local guide for soft trek to waterfall
* parking fee { Jimat 2 hari 1 malam full day guna pakej ini siap jalan jalan ke tempat menarik pantai pantai dan air terjun } 
Tour guide kedua (jalan jalan separuh hari dan drop ke airport): RM 142.50 

JUMLAH PERBELANJAAN KE LOMBOK4H 3M 
  • TIKET PENERBANGAN + PENGINAPAN + PENGANGKUTAN DI LOMBOK TERMASUK TOUR GUIDE & PAKEJ + BELANJA SELAMA 4 HARI 3 MALAM TERMASUK BELI SOUVENIRS 
  • RM 562.24 + RM 496 + RM 545 +RM 142.50 + RM 733 
= RM 2478.74 
💰RM 1239.37 / pax 

Kalau tak shopping souvenirs boleh murah lagi. Huhu lepas nih tak beli dah tshirt. Belajar dari pengalaman 😂


Reading Time:

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com