TEMPAT MENARIK YANG DILAWATI DI OSAKA - Husniey Husain

16 January 2018

TEMPAT MENARIK YANG DILAWATI DI OSAKA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 
Ini merupakan entri terakhir berkaitan travel ke Japan 
Alhamdulilah akhirnya berjaya juga siapkan
Semoga mendapat manfaat dari secebis perkongsian ini
Di akhir entri Husniey ada memberi semua pautan entri yang telah dikongsikan sebelum ini 



NAMBA, DOTONBORI, OSAKA 

๐Ÿ‰  Dotonbรถri, Shinsaibashi 
Menghayati kesibukan dan keindahan bandar Osaka
Singgah jalan jalan cari makan Takoyaki di Creo Ru
Sini okay, muslim friendly..
Kalau nak makan takoyaki di Japan silakan, tapi perlu request tak nak letak sos.
Takoyaki ialah bebola sotong, jadi takde masalah nak makan


Takoyaki di Dotonbori


Suka tengok cara mereka buat, cekap betul


Abang ni beria nyanyi sambil ajak orang beli Takoyaki
Siap dia sapa kami dengan ucapan "Selamat Datangg"
Abang ni jugak yang pernah masuk dalam rancangan Jejak Jepun Zizan. 
Dalam rancangan tersebut dia pernah mengajar Zizan Razak buat takoyaki

Peramah betul abang Takoyaki ni


NOTA : 
Dekat Japan ni kalau tersalah pilih pintu Exit semasa di stesen keretapi
Memang jauh akan berjalan kaki
Beratus meter jugak berjalan nak keluar
Kalau di Osaka, di stesen Namba besar sangat
Please take note ya, pakai sport shoes yang selesa dan sesuai 

Kurus kejap masa duk sana,
bulan puasa pulak tu.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜†

Selain itu anda akan dapat melihat keunikan kedai kedai makan di Osaka ini
Selalunya di depan kedai makan akan ada bermacam jenis replika yang bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan
Contohnya mereka menjual sushi, takoyaki selalunya akan ada dihiaskan pada bahagian hadapan kedai.. Ya kalau mereka menjual daging ke memang akan turut meletakkan replika haiwan tersebut.. Hehe
Husniey suka tengok cara japanese berniaga kreatif, persaingan secara sihat dan kita dapat membeli belah dengan selesa sungguh!


Replika ketam

Haa nampak, tengok tu unikkan.. Besar pulak tu


Things to do in Dotonbori 

Merasai ice cream di vending machine
Beli air di Family Mart my favourite is Van Houtten chocolate
Shopping di Shinsaibashi suji best jugak,
Banyak barang murah, kena pandai pilih kedai

Ice cream vending machine 

Shopping di Dotonbori, Shinshaibashi Suji

Banyak sangat kedai untuk membeli belah drug store, cosmetics, jam tangan, kasut, pakaian, convenient store (7E, Family Mart)


Cadangan : Boleh beli souvenirs di Kaison, Daiso, kedai 300 yen 

Dotonbori juga tempat syurga makanan
Cafe yang halal pun ada, jangan risau boleh tengok di apps Muslim Pro
Baca sini untuk tahu lebih lanjut


Permandangan di Dotonbori Bridge, Shinshaibashi Suji street, Glico Man

Bergambar dalam suasana kesibukan kota Osaka di Dotonbori bridge,
The Glico Man dan lain lain permandangan yang menarik

Banyak spot cantik untuk bergambar disini, cuma kena pandai cari angle dan kreatif sikit!

The Glico Man dah jadi landmark Osaka dah dia ni

Kesibukan bandar Osaka dengan beratus pelancong




Pelancong majoriti terdiri daripada China Korea 





Rivercruise, ni kalau anda ada beli amazing pass bolehla naik 


Me and husband at Dotonbori Bridge

Osaka Station (Daimaru Shopping Mall)

Terletak berdekatan dengan Osaka Station saja je jalan ke sini pada mulanya, tiba ternampak ada papan tanda ada mall di tingkat atas, agak besar dan luas rupanya..

19 TINGKAT SHOPPING MALL DI OSAKA! Macam masih baru beroperasi..
Tu dia puas hatilah penduduk Osaka duk pusing mall kan ๐Ÿ˜‚

Kebetulan suami business (toys, diecast, model lori, kereta)
So dekat Daimaru shopping mall ni ada kedai yang dia teringin sangat nak masuk,
dua kali kami repeat ke Tomica Shop disini

Memang banyak pilihan dan kata suami harganya pun murah.. Kejap je dia buka order terus ramai customer kirim nak beli.. Hihi Alhamdulilah rezeki semasa travel

Ini papan kenyataan maklumat shop lot setiap level shopping mall 

Tomica Shop


UNIQLO

Banyak juga shopping disini, 
suka seluar cotton ni husniey ada beli beberapa helai hadiahkan untuk mak dan mertua,  
selesa pakai kat rumah. Selain itu ada juga beberapa helai t shirt dibelikan untuk adik adik 
kebetulan masa pergi tu ada summer sale 
Kemain lah shopping๐Ÿ˜

Bagi anda yang travel dengan membawa beg berat, dan (baru check out penginapan,
tapi nak jalan jalan lagi) jangan risau selalunya ada coin locker dalam stesen keretapi
Saiz pun agak besar boleh muat backpack yang besar..



๐ŸŒธ OSAKA MUSEUM AND LIVING HOUSE ๐ŸŒธ


Untuk ke sini perlu turun di Temma Station dan jalan kaki beratus meter
Perlu rujuk pada google map semasa jalan jalan supaya tak sesat tersalah masuk lorong ke apa
Memang tepat lokasi google map bagi. Kalau tanya pada local people mereka tak tahu sangat, sebab muzium ni terletak di dalam bangunan



Dalam bangunan kelabu ni, masuk ke dalam baru ada info tentang muzium ni.
Naik lif ke tingkat atas, akan ada kaunter depan
Bayaran masuk 600¥ tiap seorang

Boleh merasai pengalaman memakai pakaian tradisional Jepun
Istimewanya di sini boleh tengok pameran lengkap dengan bangunan struktur
rumah lama, replika bangunan dulu kala dan lain lain lagi keistimewaannya muzium ni..  


Ni lah muziumnya..

Luas jugak la kat dalam ni siap ada beberapa buah rumah 


Ni dari atas.. 

Ini pihak muzium akan buat suasana jadi seperti malam hari.. 
Memang gelap dan ada bunyian seperti suasana zaman dahulu kala umpama berada di dalam sebuah desa.. Siap ada bunyi ayam burung dan lain lain


Dah pakai baju tradisional tu bolehlah bergambar di dalam pondok rumah yang ada
Baru rare! Tapi masa kami sampai dah lewat..
Ramai orang.. Kimono dah sold out tak dapat nak sewa ramai sangat orang masa tu



Dah puas pusing rupanya ada lagi tarikan dalam muzium ni.. 
Boleh tengok pameran yang digambarkan kehidupan dulu kala


Comel kan..  




๐ŸŒธ Tenjinbasshisuji Shopping Street๐ŸŒธ

Merupakan shopping street terpanjang di Japan, terletak di kawasan Kita, Osaka 

Untuk ke sini perlu turun di Temma Station dan akan nampak banyak kedai 

Sebenarnya jalannya sama dilalui untuk ke Osaka Museum House and Living yang Husniey ceritakan di atas

Jadi cadangan Husniey, balik dari melawat muzium boleh ke shopping street ni untuk cuci mata. Pelbagai jenis pakaian, barang keperluan rumah, beg, kasut dan lain lain dijual disini





Banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati di Japan
Terpulang kepada mode travel anda, kalau Husniey dan suami lebih kepada santai santai
dan ingin melihat keindahan permandangan serta budaya dan sikap manusia di negara tersebut

Jadi tak semua tempat menarik husniey akan pergi lawati 
Alhamdulilah ia tetap menjadi kenangan terindah dan pengalaman yang berharga untuk melalui liku kehidupan di masa akan datang 




BACA ENTRI BERKAITAN BAWAH INI 

- Ke Japanlah kita part 1
- Tempat Menarik Dilawati Di Kyoto Japan 
Penginapan di Osaka 6H 5M
- Beraya di Japan 2017
-Pembelanjaan Di Japan 6H 5M
- Apps yang Digunakan ketika travel

GADGET: 




20 comments:

  1. wow bestnya husnieyyyy pi japannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best country ever sis Wani ๐Ÿ˜

      Delete
  2. ala seronoknya laaa pegi japan.. nk pegi jugak.. serius jeles.. syoknya kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok Alhamdulilah.. InsyaAllah nanti ada rezeki NAJ tu ๐ŸŒธ

      Delete
  3. Confirm sedap takoyaki tu kan husniey. Seronok pula ana baca entri rasa. Rasa macam ke jepun pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, 2 kali beli masa kat Osaka tu.. hehe ๐Ÿ˜‚

      Alah tulisan travelog Ana hebat juga

      Delete
  4. ya Allah, bestnya. terasa macam dah sampai kat sana je bila baca setiap patah ayat tu. inshaAllah hasrat hati tu nak jugak ke Jepun ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah saya doakan nanti dapat merasa bercuti ke Japan ๐Ÿ˜Š

      Delete
  5. Thanks for sharing!!! ^^ Inshaallah kalau panjang umur,ada rezeki Hana akan jejak jugak Japan ^^ sekarang ni mampu tengok je lah huhuhu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome MS ๐Ÿ˜Š

      Haha takpe berangan dulu pun takde salahnya

      Delete
  6. Wahhh... bestnya dapat jalan2x ke Jepun. Best bangat. :D

    ReplyDelete
  7. bookmark dulu! kot2 nak pi sana nanti. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dialukan.. Silakan aira ๐Ÿ˜๐ŸŒธ

      Delete
  8. bestnya melawat negara orang.

    ReplyDelete
  9. Rindu Osaka tp kyoto lagi best ๐Ÿ˜ฌ

    ReplyDelete
  10. Syokknya tgk husniey g jenjalan tmpt orang. Moga ada rzki utk CR berjalan ke sana lak

    ReplyDelete
  11. daebak! kasi park dulu. for future reference ๐ŸŽŒ๐ŸŽŒ๐ŸŽŒ

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan blogwalking

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com