Senarai Tempat Menarik Di Busan Korea Selatan Yang Dikunjungi - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Wednesday, 18 December 2019

Senarai Tempat Menarik Di Busan Korea Selatan Yang Dikunjungi

Pengalaman Mengunjungi Busan, Korea Selatan Pada Musim Bunga 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semoga baik-baik saja. Kali ini husniey mengambil masa untuk berkongsikan entri semasa travel ke negeri kedua terbesar selepas Seoul, iaitu Busan Korea. Pada entri yang sebelum ini sudah tak sabar lalu dah publish pasal tempat menarik cantik Gamcheon Culture Village di Busan. Jemput klik dan baca di link yang disediakan.

1) Haeundae Beach 


Di kawasan Haeundae terkenal dengan pantai yang luas. Suasana disini indah sungguh. Sambil menghayati laut disekelilingnya anda akan nampak bangunan pencakar langit. Unik. Teringat dulu pernah terbaca berita tentang Haeundae masa kena Tsunami dulu. Lupa dah tahun bila, haa korang google lah ya sendiri pasal tu. Tenang menikmati bayu laut di Haeundae sambil melihat Korean sedang beriadah di kawasan pantai. Walaupun cuaca nampak seperti panas terik, tapi ada juga rasa sejuk. Rasanya kalau musim panas di Busan mesti suhu panas juga sebab ada pantai kan. Jom layan gambar-gambar di pantai Haeundae.




Ada yang duk bermain layang - layang, bersenda gurau.
Di Korea kelihatan hidup rakyatnya macam seimbang ada waktu mereka bergembira bersama keluarga. Semasa bercuti di Jepun jarang dapat tengok budak kecil dengan keluarga.



Untuk ke kawasan Haeundae jika dari Busan Station boleh menaiki pengangkutan awam seperti bas dan subway. Pilih saja jenis pengangkutan yang anda suka. Macam Husniey semasa berjalan di Busan banyak menaiki bas berbanding menaiki subway, dengan bas kita boleh melihat suasana dalam perjalanan. Cuma sebab ada dapat Busan Subway Pass percuma, jadi ada juga beberapa kali menaiki subway di Busan. Semasa menginap di Haeundae hanya berjalan kaki untuk ke kawasan pantai dekat saja jarak dari guesthouse.

2) Haeundae Market 

Tak jauh dari kawasan pantai kita akan dapat melihat kawasan pasar. Terus berjalan kaki ke lokasi pasar Haeundae ini. Disini juga ada pelbagai food street cuma semestinya nak cari yang Halal atau muslim friendly susah sikit. Dari pagi sehingga malam waktu operasinya. Seronok kami lalu lalang di pasar, tengok hidupan laut yang dijual secara hidup dah macam masuk Aquaria KL, haaha. Pada mulanya terasa janggal dan pelik tapi baguslah orang Korea menjual barang basah yang masih segar molek. Husniey tidak melepaskan peluang semasa menginap di kawasan Haeundae, selalu pergi ke pasar untuk membeli barang basah untuk masak di guesthouse. Nak beli bawang besar sikit, tapi ahjumma tak jual dalam amaun yang sedikit. Bertabah ajelah nasib jumpa bawang, telur, kimchi dijual amaun sedikit di CU Mart.

Banyak jenis hidupan laut jarang dilihat

Kimchi dan Seaweed


Di pasar Haeundae jualan tidak hanya tertumpu menjual barangan basah. Menariknya turut ada terjual barangan kering. Pakaian dan lain-lain barang keperluan. Husniey terjumpa kedai yang menjual pakaian, siap ada pakaian dalam. Saja pegang 'boxer' eh macam best aje material. Kain kapas. Suruh tuan suami beli dua helai sampai sekarang dia masih pakai. Yang lagi terbaik, harga murah sahaja.


Di pasar perkara yang menarik mata husniey juga buah-buahan tempatan. Ada buah buahan juga dijual pada harga berpatutan. Selalunya bahan basah akan beli makanan laut, hanya beli udang ketika di Busan. 



Balik guesthouse masak buat kari udang dan letak juga dalam masakan seperti Tomyam Campur. Fuh serius sedap tak boleh bawa bincang. Makan panas-panas dalam suhu yang sejuk.

Baca sini artikel berkaitan:




3) Lotte Department Store, Busan 


Berpeluang untuk masuk ke mall yang gah di Korea Selatan, iaitu Lotte Department Store yang terletak di kawasan Seomyeon, Busan. Terdapat pelbagai jenis barang jenama terkenal berada di dalam Lotte mall ni. Dari luar nampak bangunan seperti biasa - biasa saja. Masuk aje di dalamnya serius mewah dan kelihatan ramai warga Korea yang duk membeli belah. Mungkin masa kami pergi waktu hujung minggu atau mereka baru mendapat gaji bulanan. Meriah juga diaorang shopping, sale sempena musim bunga disana sini. Banyak benda boleh dibeli tinggal bawa duit aje, haahaa.

Dari luar Lotte

peminat Kpop mesti suka part ini

Tapak tangan artis popular Korea di ruangan
Busan Star Avenue. Anyeong Lee Min Ho!

Masuk ke Lotte tujuannya untuk membeli barangan skincare yang dikirim kawan. Nature Republic Store bila google ada dalam Lotte mall ini tak jauh dari jarak pemginapan ketika menginap di kawasan Seomyeon. Kos hangus shopping di store Nature Republic ialah 20400 won. Paling suka shopping di sini kerana terdapat banyak kemudahan water dispenser berjenama popular; Coway, setiap level disediakan boleh minum percuma.

Syok repeat minum air brand popular ini. It's free


Keluar dari department store singgah di Cafe Starbucks, dah banyak hari teringin nak mencuba kopi edisi terhad mengikut musim, Cherry Blossom. Sedap sungguh, berharga 6600 won.

Waktu Operasi
Monday to Thursday: 09:30 ~ 20:00

Friday to Sunday: 09:30 ~ 20:30

Alamat: LOTTE Department Store Busan,

Bujeon-dong, Busanjin-gu, Busan

4) Nature Republic Store Seomyeon Station, Busan 

Sebelum terlupa ingin juga husniey kongsikan Nature Republic Store yang murah untuk korang beli barangan skincare keluaran Korea. Rupanya disini harga sangat murah berbanding husniey beli di Myeondong.


Semasa husniey singgah ke Nature Republic Store Seomyeon Station sedang ada promosi potongan hingga 50%, siap ada buy 1 free 1 then macam mask tu beli 10 dapat percuma 10. Fuh rambang mata husniey shopping di dalam Nature Republic Store, Seomyeon Busan.


Belanja gambar produk ajelah. Hihi. Husniey grab lipstik, face mist dan beli mask untuk buat souvenirs. Puas hati betul shoppping murah murah. Kebetulan aje lalu tengok kedai nya ni. Then cuba banding harga dengan store di Myeondong, memang ada beza.

5) Jagalchi Market Bukan Pasar Biasa 


Destinasi menarik seterusnya ialah Jagalchi Market. Terletak di bandar Busan, kawasan Nampo Dong. Husniey menaiki bas berwarna biru untuk ke pasar Jagalchi terus boleh nampak deretan kedai disitu, dan berjalan ke pasar. Pasarnya ada beberapa tingkat. Tingkat bawah menjual ikan segar, belut, abalone, ketam, dan lain-lain lagi. Pasar ini sangat meriah dengan makanan laut dan hasil laut. Di bahagian Floor 1F kelihatan majoriti kaum wanita menjual bahan basah hasil laut. HEBAT. 

Kalau anda Google pasal Busan, mesti akan keluar pasar ini sebagai cadangan tempat wajib untuk dikunjungi. Semasa berjalan di dalam pasar, kedengaran penjual ahjumma ahjussi menyapa kami dengan memanggil "Malaysia, Malaysia". Mereka panggil seperti itu , rasa macam kagum pun ada. Pandainya ahjumma ahjussi ni mengenali rakyat Malaysia. Macamana kalau Indonesia, haha sebab tak jauh beza orang Malaysia dengan Indonesia. Ramai antara penjual yang tak fasih berbahasa inggeris, jadi makanya kita perlu guna bahasa isyarat. Yang buat husniey kagum pasar ini tidak berbau busuk walaupun menjual hidupan laut yang segar dan masih hidup. Pasarnya juga bersih selesa nak berjalan.

Mr Crab.. geramm tengok 

Abalone, Prawn. Kawasan zon restoran.
Di tingkat atas terdapat zon restoran dan zon menjual makanan kering. Macam ikan kering sotong kering. Ada husniey melihat blogger lain yang mencuba makanan di restoran dalam pasar. Pilih seafood dan minta dimasak. Sebelum itu kena tanya harga dahulu. 


Husniey cuma beli udang dan bawa balik guesthouse masak dekat rumah aje. Buat lauk sambal udang dan letakkan bersama dalam tomyam campur.  Nikmat betul makan panas-panas. Ada lagi tempat menarik yang husniey terhutang untuk berkongsi disini iaitu ke Jinhae Chery Blossom Festival. Insyallah jumpa di entri seterusnya ya. Semoga bermanfaat!😊

6 comments:

  1. menariknya semua tempat. subhanallah ^_^

    ReplyDelete
  2. wah bestnya.. bilalah mama nak sampai sini

    ReplyDelete
  3. Adoii.. terliurnya tengok kimchi tu. tqq sharing husniey, best sangat tgk

    ReplyDelete
  4. Tak berkesempatan explor3 busan hari tu gara2 flight delay. Sob sob. Mungkin ada rezeki akan dtg untuk ke sini balik. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Seronok gila baca, tak skip langsung! Serious tak tipu. Korea duduk dalam wishlist tapi tak tau lah bila ada rezeki nak pergi. Thanks for sharing! Boleh buat reference untuk masa depan insyaAllah, hehehe

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.