Explore Lombok [Penginapan Yang Selesa dan Murah di Sengigi Lombok] - Husniey Husain

Friday, 29 June 2018

Explore Lombok [Penginapan Yang Selesa dan Murah di Sengigi Lombok]

Penginapan Pertama di Lombok, Sengigi

Best and Cheap Hotel in Sengigi, Lombok
Hotel pertama husniey menginap semasa misi explore Lombok April lalu ialah di kawasan Sengigi. Sengigi terletak di Lombok, Indonesia, Nusa Tenggara Barat. Berada di bahagian belah pantai barat Lombok. Mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dari Lapangan Terbang, dan kedudukannya ditengah - tengah, senang nak melawat ke mana-mana destinasi menarik.
Selalunya Sengigi menjadi lokasi pilihan untuk pelancong menginap
semasa mengembara di Lombok selain menginap di Gili Trawangan


Lombok Sengigi Hotel

Selepas seharian berjalan melawat beberapa pantai yang indah pada hari pertama,
husniey dan tuan suami dibawa driver yang kami upah ke hotel yang telah ditempah awal.
Kali ini husniey menggunakan khidmat Airasiago. Kalau nak jimat rasanya AirasiaGo murah.
Kalau ada bajet lebih husniey akan guna Agoda tu pun sebab nak kumpul Airasia Big Point.

Okay dah bersambung cerita mengenai hotel pertama yang kami bermalam di kawasan Sengigi, Lombok. Setelah penat berjalan jalan mengadap terik mentari, haa lega rasanya dapat rehatkan diri dan bersihkan diri ๐Ÿ˜


Kemudahan di Lombok Sengigi Hotel

Hotel 3 bintang ini menyediakan kemudahan
  • Sarapan pagi
  • WiFi percuma
  • Restoran
  • Kolam
Seperti kebiasaan hotel lain, hotel ini turut menawarkan WiFi percuma di bilik (WiFi laju), ada balkoni, TV berskrin rata dengan saluran kabel, air mineral percuma, peti keselamatan.
Terdapat juga kemudahan asas seperti bilik dilengkapi penghawa dingin, tuala, tempat sidai pakaian, almari dan lain lain


Dalam bilik dan kelengkapan yang ada ~

Husniey suka hotel ni walaupun tak besar mana dan ia seperti sebuah villa je (ada 14 bilik)
tapi husniey suka suasananya, bilik bebetul mengadap kolam renang.
Haih tenang tau duk lepak luar bilik tu sambil duk layan wifi
Kiranya kalau anda stay sini kebanyakan bilik ialah; Garden view + Pool view ๐Ÿ˜


Laluan ke bilik ~
Nak sarapan pagi pun tak payah keluar mencari dah, sebab dah tersedia sarapan pagi sekaligus dengan bilik, dan juga ada restoran. Pagi hari kedua sebelum check out kami sarapan pagi di tepi kolam berhadapan bilik. Syok betul suasana tu! Masakannya sedap. Paling suka nasi gorengnya, secukup rasa. Nak breakfast ala English style pun boleh, cuma pilih je. Sini takde pilihan buffet style. Ala Carte sahaja. Layanan staf terbaik. Sopan betul orang Lombok ni, senyum sokmo ❤️


Sarapan Pagi di Lombok yang super sedap!

Harga satu malam menginap di Lombok Sengigi Hotel ini ialah RM 123.65 ๐Ÿ’ฐ
Berbaloi bukan? Tak perlu belanja penginapan terlalu mahal. Pilih yang mampu sahaja sudah cukup puaskan hati

Lokasi Hotel Ini

Terletak berhampiran Pantai Sengigi, berjarak 10 minit berjalan kaki dan
Pasar Seni Senggigi. Pura Batu Bolong adalah 1.1 batu (1.7 km) jaraknya
Boleh rujuk ke peta yang dikongsikan dibawah ini




27 comments:

  1. dah la cantik..murah plk tu...berbaloi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah cantik jugak hotel ni, simple but nice!

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulilah best tengok tempat orang, banyak dapat belajar

      Delete
  3. wahhh boleh tahan murah hotel dia. rasa nak ajak husband bercuti sini la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah dan berbaloi lah siap breakfast lagi. Ajak jangan tak ajak. heeh seronok sesekali honeymoon ni ~

      Delete
  4. nice harga hotel dengan servis tu!

    ReplyDelete
  5. harga berbaloi dengan kekemasan bilik dan facilities yang ada. cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah CT, mana nak dapat harga macam tu dekat Malaysia ni.. Di Indonesia dan Thailand baru dapat rasa :')

      Delete
  6. Cantiknya view, makanan pun nampak sedap. Bilik pun selesa dan cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer, makanannya paling tak boleh lupa. Sedap sangat breakfast tu macam makan dekat 5 star hotel je

      Delete
  7. lombok ni bersih kan husniey. mek entah bile nk smpai sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah bersih dan masih virgin mat salleh kata :P
      Bulih tu, insyaAllah one day

      Delete
  8. wahh bestnyaa.. cntik dan bersih ja tngok. kalau mcm ni mmg berbaloi la menginap ditempat mcm ni. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sungguh busyra, berbaloii.. tak jumpa lagi kat M'sia ni harga macam ni :D

      Delete
  9. Murah je harga dia Husniey. Bilik dah lah cantik, view pun ohsem. Kat malaysia xde ke tempat mcm ni ye. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Ana.. haha kalau ada tiap tiap bulan husniey pergi :P
      Mungkin ada dekat Malaysia ni tapi harganya mahal lah Ana taraf pulak mesti 4-5 bintang.. Di Thailand Indonesia taraf tu harga tak sampai 200 satu malam

      Delete
  10. haven't gone to lombok, husniey.
    ari tu ada la ofis buat trip. tapi tak dpt join.
    ada kelas. menarik juga la aida tgk lombok dari kaca mata diorang.
    reading this, terasa double menarik :)
    in shaa Allah, akan ke sana for holiday.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah ada rezeki tu nanti kak aida :)
      Setakat pergi pada April baru ni Lombok memang cantik dan bersih. Sesuai sangat nak tenangkan fikiran, nak honeymoon tu. Ramai orang islam disana berbanding di Bali

      Delete
  11. bestnyaa husniey gi jalan2.
    wawa tag husniey join GA jom..")

    http://www.vitaminwawa.com/2018/07/assalamualaikum-wbt-pagi-ni-kita.html

    ReplyDelete
  12. Murah penginapan tu...menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, murah dan menarik. Alhamdulilah rezeki dapat yang okay

      Delete
  13. wow
    serius murah tu
    kalau pergi 2-3 orang dah seorang keluar RM30 jer semalam
    best nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Hans, pergi berdua pun rasa dah berbaloi apa lagi kalau pergi dengan kawan2, sorang baru berapa kannn

      Delete
  14. bestnya dpt g lombok.. antara tempat nak sgt pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tu nanti rezeki kak liez, insyaAllah :)

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com