HATYAI THAILAND PART 1 [SIMCARD, SHUTTLE SERVICE TO HATYAI CITY] - Husniey Husain

Saturday, 7 July 2018

HATYAI THAILAND PART 1 [SIMCARD, SHUTTLE SERVICE TO HATYAI CITY]


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai Julai sudah kita rupanya. Husniey mulakan entri bulan ini dengan menceritakan kisah travel ke Hatyai pada awal Syawal baru baru ini. 18 June 2018 bertolak dari KLIA 2 pada pukul 10.50am waktu Malaysia dan kami tiba di Hatyai Thailand jam 11.50 am 
(waktu Hatyai lambat satu jam)




Beli Unlimited Internet Sim Card 


Tiba je di Hatyai International Airport, setelah selesai urusan di Imigresen,
husniey terus menuju ke booth yang menjual sim kad dan barangan telefon. 
Membeli sim kad Thailand ini perlu kerana akan memudahkan urusan bila kita nak guna khidmat internet, Google search atau google maps. Nak update perkembangan di media sosial pun boleh. Hee tu diaa.. 
Masa inilah korang nak merasa pengalaman menggunakan internet di negara orang kang? 



(Laju gila line internet disana). Husniey dapat seketul sim kad pada harga 249 baht satu, unlimited internet. network AIS BUDDY. Okaylah tak murah sangat tapi dah malas nak cari kat lain tempat, sebab keluar je airport dah nak guna. Data internet ni husniey kongsi dengan tuan suami, jadi masih berbaloilah, 
Korang pun boleh buat macam tu, kongsi je internet menggunakan hotspot. Tapi kena bersedia dengan powerbank bateri phone akan cepat berkurang :D

Shuttle Service From Airport to Hatyai City 


Dalam duk sibuk urusan beli sim kad, barulah duk terfikir pengangkutan apakah yang perlu dinaiki untuk ke bandar Hatyai, rupanya senang aje keluar pintu airport barulah husniey dapat melihat kiosk kecil menjual tiket khidmat shuttle service. Banyak jugalah destinasi anda boleh pergi. Berpatutan harganya, kos cuma 100 baht setiap seorang. Servis ini menggunakan van sebagai pengangkutan mengangkut korang untuk ke bandar. Selesa!


Perjalanan ke tengah bandar Hatyai memakan masa lebih kurang 
20 minit, pemandu van akan beritahu bila dah sampai dan berhentikan penumpang bebetul di tempat yang dikehendaki. Ada beberapa kali diturunkan penumpang. Husniey memilih untuk turun di depan Lee Garden Plaza, saja jelah nak jalan cuci mata terus kan kalau ke hotel dah check in dulu jadi malas pula nak keluar jalan jalan. Lol. Kalau korang nak ke hotel terus pun boleh, cuma beritahu nama hotel kepada pemandu (lebih senang kalau simpan screenshot alamat hotel siap siap di telefon). Kebanyakan pemandu kurang fasih berbahasa Inggeris, kalau pun fasih pasti korang kurang faham sebab lenggok bahasa berbeza


KOS HANGUS DI HATYAI AIRPORT
Sim Kad (Unlimited Internet): 249 Baht
Shuttle from Airport to Lee Garden Plaza: 200 Baht (2 Dewasa)
249 + 200 : 449 BAHT = 54 MYR

NANTIKAN CERITA SELANJUTNYA HUSNIEY MEMBELI BELAH DAN JALAN JALAN CARI MAKAN DI HATYAI :')

12 comments:

  1. hahahaha seronok betul baca bila kak Husniey tulis. I'll be waiting for the next one.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Ray! Yeay ni makin bersemangat nak update entri tertangguh :D

      Delete
  2. Uihh belum apa-apa dah habis 50 ek? Belum masuk cerita bab shopping makan ni hehe. Next? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dikira berbaloi dah sebabnya simkad tu satu je belinya, dan total tu untuk berdua.. Shuttle service 100 baht sahaja seorang, dalam RM12 duit kita.. Murahh dah kalau kat Msia tak jumpa harga tu keluar airport, dan servis van tu hantar ke tepat depan destinasi yang kita tuju :)

      Delete
  3. Thanks for sharing. Lepas ni boleh terus grab je simkad di airport.

    ReplyDelete
  4. okay
    ini ada rasa jealous sedikit
    hahaha
    seronoknya dapat pergi Hatyai
    Hans last pergi sana masa sekolah rendah
    rombongan kerja pejabat pos
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA, sabar jelah Hans lama benar dah tu.. takpe at least pernah sampai jugak kan

      Delete
  5. mmg dh save entry ni utk plan ke hatyai...

    ReplyDelete
  6. bestnya,, Del singgah sini :)

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com