Tempat Makan Best Wajib Singgah Di Tanah Rata, Cameron Highlands - Husniey Husain

Wednesday, 26 September 2018

Tempat Makan Best Wajib Singgah Di Tanah Rata, Cameron Highlands


Perkara penting yang perlu dititikberatkan jika anda ingin bercuti ke Cameron Highlands ialah; pastikan laluan yang anda perlu lalui untuk tiba ke destinasi. Kedua, pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik kerana di sepanjang laluan untuk ke sana tidak mempunyai kemudahan bengkel dan lain – lain. Bahagian ini adalah paling penting bagi memastikan anda tiba di destinasi yang dituju dengan selamat. Bawa jaket atau pakailah baju yang tebal (kalau musim hujan, memang sejuk sangat baru baru ini kami tengok suhu di telefon cecah sehingga 14°celcius. Uih sejuk sangat 

Baca bawah ini artikel menarik yang lainnya:Menginap di Resort cantik, Gili Trawangan Lombok




Seronok juga jika dapat bergambar di kawasan ladang teh, di Cameron Valley dikenakan bayaran RM 2 seorang dewasa. Okaylah not bad, tak terlalu mahal. Berbaloi apabila dapat berpuluh keping gambar dengan permandangan yang cantik dan menarik! Sila masukkan dalam senarai ya

Sebut sahaja pasal makanan, argh mesti korang lapar kan bila datang ke tempat sejuk. Ada banyak makanan yang wajib anda cuba bila datang ke Cameron Highlands bukan sahaja buah strawberi tau, ada banyak lagi buah lain. Contohnya ubi madu, jagung madu, jagung mutiara dan juga sayur-sayurannya yang segar. Nak jumpa semua ni anda perlu singgah di Kea Farm. Secara tak langsung Cameron Highlands menjadi destinasi jalan jalan sambil cari makan. Iya, in English we called it FOOD HUNTING! Jangan lupa masukkan Cameron Highlands sebagai destinasi food hunting ya

RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON BUKAN BIASA BIASA | LOKASI MAKAN BEST DI CAMERON HIGHLANDS 

Restoran Taman Apple Cameron terletak di kawasan pekan Tanah Rata. Laluannya mudah sahaja, jalan yang sama nak ke Majlis Daerah Cameron Highlands. Nampak aje Maybank tu tandanya dah hampir tiba ke restoran menarik ni. Restoran in konsepnya merupakan restoran dalam taman. Nyaman sungguh! Masuk aje kawasan restoran ini husniey rasa kagum sebab mata ni tertumpu pada pelbagai jenis tanaman yang dapat lihat terhias bergantungan. Husniey ingatkan tanamannya tu palsu seperti hiasan, rupanya ia betul tanaman yang hidup dengan baik. Serius, cantik! 

Ini buah markisa di pintu masuk restoran 


Jenis buah- buahan yang tergantung ialah markisa, buah apple cameron, buah tomato, dan lain lain lagi. Kagum betul dengan usaha pemilik restoran ini sebab bukan senang nak ketengahkan konsep restoran dalam taman seperti ini. Mak ayah husniey turut merasa teruja melihat dekorasinya. Nampak jelas diwajah mereka suka dengan keadaan suasana disini. Siap dapat cetusan idea untuk dekorasi laman dekat rumah kami, hehe.

Restoran Taman Apple Cameron ini mula beroperasi dari waktu pagi hingga ke malam; dari pukul 8 pagi sehingga 12 malam. Pada sebelah pagi perkhidmatan restoran ini dimulai dengan sarapan pagi. Ramai yang tak tahu akan perkhidmatan sarapan pagi di restoran ini. Anda patut cuba jika ke Cameron Highlands sebab harganya berpatutan dan yang penting kena dengan tekak melayu ni haa. Ada pelbagai jenis set makanan pagi di restoran Taman Apple Cameron. Jom kita lihat di bawah;



Menu yang disediakan


Highly recomendded

SET ALA CARTE
Nasi Lemak Biasa (RM 6.90)
Nasi Lemak Serunding Strawberi (RM 8.90)
Nasi Lemak Rendang Ayam (RM 9.90)
Nasi Lemak Rendang Daging (RM 10.90)
Nasi Kukus Serunding Strawberi (RM 8.90)

ALA CARTE NASI IMPIT – 
Nasi Impit Kuah Kacang (RM 5.90) 
Soto Nasi Impit (RM 6.90)
Nasi Impit Rendang Ayam (RM 6.90) 
Nasi Impit Rendang Daging (RM 7.90)
Nasi Impit Serunding Strawberi (RM 7.90)

SET BAKAR (UNTUK MAKAN TENGAHARI)
Nasi Kambing Bakar 
(Ala Carte RM 15.90) 
(Set: RM 18.90)
Bagi set tu dah siap ada minuman tau 


Nasi Ayam Bakar 
(Ala Carte RM 10.90) 
(Set: RM 13.90)

Nasi Sotong Bakar 
(Ala Carte RM 14.90) 
(Set: RM 17.90)

MENU WAJIB RASA: SERUNDING STRAWBERI YANG PERTAMA DI CAMERON HIGHLANDS

Menu sarapan pagi bermula pada pukul 8 pagi dan bersambung pula dengan menu set bakar pada belah tengahari sehingga jam 4 petang. Menu sarapan pagi yang husniey rasai ialah Nasi Lemak Serunding Strawberi! Unik sungguh rasanya serunding strawberi yang digabungkan bersama condiments nasi lemak yang lain seperti kacang, ikan bilis goreng, timun dan ayam goreng berempah. Nasi lemak biasa berharga dari RM 6.90, hidangannya pun banyak.

Tengok gambar pun, dah nampak sedap kan?
Menu lainnya yang turut ada serunding strawberi ialah Nasi Kukus. Ia dihidangkan bersama kuah kari, ayam goreng berempah, sambal belacan serta timun segar dan tomato. Sedap tak terkata! Harga bagi Nasi Kukus Serunding Strawberi ini ialah RM 8.90. 

Nasi Kukus Serunding Strawberi tak kurang hebatnya, sedap juga!

Nasi Impit Serunding Strawberi 


Tak lupa juga menu nasi impit, haa tak payah tunggu Hari Raya untuk merasai hidangan nasi impit. Di Restoran Taman Apple Cameron ini turut menyediakan aneka nasi impit dan anda kena cuba nasi impit serunding strawberi yang unik dan sedap ni!

MAKAN TENGAHARI SEDAP DAN BERBALOI

Kalau anda tidak tahu tempat hendak dituju untuk makan tengahari ketika di Cameron Highlands, bolehla mencuba di Taman Apple Cameron ni, percayalah menu disini akan buat anda teringat ingat tau! Husniey mencuba nasi set sotong bakar, paling best pasal sotong ni mestilah portion dia dan rasanya. Tak sangka besar betul saiz sotongnya. 

Dimakan bersama sambal kicap 

Nasi Kambing Bakar, isi daging kambingnya yang lembut dan enak rempahnya

Nasi Ayam Bakar - Masak elok hingga ke dalam
Nasi Kambing Bakar tu berebut rebut duk rasa dalam pinggan emak. Hihi. Kambing bakar yang diperap dengan penuh rasa dan dimasak rapi (tak ada bau hanyir pun, selalunya kalau sebut je kambing mesti terbayangkan baunya). Suami husniey bukan penggemar kambing pun suka dengan menu kambing bakar disini. Next menu ialah Nasi Ayam Bakar, ini pun sama tau portion diberikan serius puas hati kenyang sampai ke lewat petang. Gambar makanan yang terdapat di dalam menu ketika membuat pesanan sama ketika menu tiba di meja makan. Hebat! Nikmat sungguh dapat makan dekat sini setelah letih mengadap jalan berliku liku untuk tiba ke Cameron Highlands.

Minuman yang dipesan - Jagung Milkshake, Teh Tarik float, dan teh o.
Jagung Milkshake ni mesti cuba sedap sangat!
Sebelum entri ini berakhir, dijemput untuk tonton video yang disediakan dibawah;


ANEKA KEK DALAM CHILLER
Husniey ni memang suka sangat kek, tak kisahlah apa sahaja jenis kek nampak sahaja depan mata mesti nak beli. Masa menunggu pesanan makanan tengahari tiba, mata terlihat pada pada kaunter, wah terus teruja "ada chiller la".


Aneka menu kek yang terdapat di Restoran Taman Apple ialah Chocolate Indulgence, Oreo Cheesecake, Lemon Cake, Red Velvet, Brownies Icecream, Pavlova dan ada lagi beberapa jenis kek yang tak sempat dikenalpasti sebab banyak sangat pilihan.

Red Velvet, Oreo Cheese cake, Chocolate Indulgence, Brownies Icecream

Chocolate Indulgence yang menggoda kalbu 

Sebelum terlupa husniey nak beri markah penilaian untuk restoran ini. 
9.8 dari 10 bintang. Tu dia sebab hebat sangat kalau dekat dengan rumah ni mahu tiap minggu akan repeat sini. Servis layanan dari staf Taman Apple Cameron memang terbaik sentiasa senyum dan nampak tenang dalam bertugas. Bagi shift sebelah pagi kaum perempuan yang bertugas sampai petang dan bagi sebelah petang pula sehingga tengah malam kaum lelaki pula bertugas


Bersama tulang belakang Restoran Taman Apple Cameron

Kagum dengan pengurusan restoran ni, kebersihan bergred A. Tak percaya? Kenalah datang tengok sendiri. Ruang yang selesa, boleh memilih ruang yang anda inginkan, nak duduk bersila pun boleh.



Suasana malam ~

Slideshow - Port wajib bergambar di restoran ni 

DAH NAK HABIS MAKAN, BARU INGAT NAK SELFIE. Hee

Kawasan tempat letak kereta yang luas 

Jika anda datang pada musim cuti, dinasihatkan sila berada awal di restoran jika ingin menikmati steamboat dengan tenang. Datang lambat alamatnya kena ambik nombor. 
Nak baca entri tentang >> Pengalaman makan Steamboat di Taman Apple Cameron disini ya 

Untuk maklumat lanjut sila layari;
Hotline: 016 225 0315 / 010 664 0315
Waktu Urusniaga: 8 am – 4 pm (Ala Carte), 
5 pm – 12 pm (Steamboat & Grill) 
Hari Rabu ditutup

21 comments:

  1. cantiknya restoran ni! Haritu ada pergi tapi tak perasan pulak restoran ni. Kalau tak, memang dah singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restoran ni memang cantikk, ala dalam taman gituu style nya..

      Delete
  2. Nasi kambing bakar tu..terpikat pulak..kalau kek tu jangan cakap...hehehe..mahu di rasa semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEDAP SANGAT NASI KAMBING BAKAR tuuu teringat ingat dibuatnya..hihi boleh geng ni suka kek juga!

      Delete
  3. perhhhh sedap sguh nampak ayam ngn nasi lemak tu + velvet cake... uhhh... menggongcang jiwa ku... buah markisa rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syokk layan nasi lemak dia tuu.. semua secukup rasa, pedas manis ada masam sikit pada serunding strawberi tu.. Serius sedap kak sheila kalau ke CH kena rasa menu unik yang ada ni

      Delete
  4. Perut lapar punya pasar bila tengok menu dan makanan tu pun rasa macam semua sedapppp -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapar sangat ni ira, haha sampai jadi *pasar dah :D

      Delete
  5. bila ke CH nanti pasti akan pi ke restoran ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi abam kie, serius kena dengan tekak semua menu kat sini

      Delete
  6. apesal boleh tengok kek memalam buta ni dah lapar

    ReplyDelete
  7. lama dah rabia tak pergi ke cameron highlands

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ada masa dan rezeki lebih boleh pergi rabia ;)

      Delete
  8. Amboi meriah kek dia. Nasi ayam pun nampak sedap. Nak cuba lah nanti kalau ke CH lagi. Lapar pula tetiba tgk nasi ayam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah sangat menu chiller dia tu, nasi ayam bakar dan kambing bakar menu wajib dirasai bila lunch.. masukkan restoran TAC ni dalam list tau Ana :)

      Delete
  9. tengok gambar, terus teringat keenakan makanan di TAC. nanti kena repeat lagi..

    MZ follow sini ya #327

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh samalah kita terus teringat bila tiapkali belek gambar.. Aduhaii sedapnyaa menu di TAC

      Thank you follow husniey. Salam kenal ya

      Delete
  10. tengok gambar makanan di TAC, terus rasa nak pergi lagi... huuu

    MZ follow sini ya #327

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com