Dari Kuala Terengganu Ke Cameron Highlands | Steamboat Best di Cameron Highlands - Husniey Husain

Friday, 31 August 2018

Dari Kuala Terengganu Ke Cameron Highlands | Steamboat Best di Cameron Highlands



Assalamualaikum, moga sihat belaka my beloved friends and readers. Pada kali ini husniey ingin berkongsi informasi serta cerita tentang kisah pengembaraan baru – baru ini ke Cameron Highlands. Kiranya ini entri Cameron Highlands part 1 lah yer

Baca sini juga artikel menarik:


THE TRAIN HOTEL, HATYAI SENANG NAK AKSES KERETAPI! 

SJ6 ACTION CAMERA – HARGA BAJET TAPI HASIL CANTIK!

NAK BAGI BUNGA? MALAS NAK KE KEDAI. NAH BACA SINI!

Merupakan birthday trip, disebabkan ia jatuh pada tarikh hari lahir husniey. Sebenarnya trip ini agak kalut dan kami tak buat persediaan rapi pun disebabkan tuan suami agak sibuk bekerja sejak beliau bertukar karier baru sebagai pemandu bas, hee. Pagi sebelum bergerak ke Cameron Highlands barulah kami membuat tempahan penginapan untuk 2 malam. 

LALUAN ALTERNATIF KE CAMERON HIGHLANDS DARI KUALA TERENGGANU 

20 Ogos 2018- Husniey dan tuan suami bertolak dari Kuala Terengganu ke Cameron Highlands pada pukul 10.15 pagi melalui laluan ke Tasik Kenyir, anda akan jumpa Felda Aring dan seterusnya Felda Chiku. Selalunya kalau bertanyakan pada rakan rakan atau saudara di Kemaman yang pernah pergi Cameron Highlands mereka beritahu melalui jalan Simpang Pulai atau Tapah untuk ke Cameron, tetapi bagi warga Kuala Terengganu laluan Aring ini lah yang menjadi pilihan untuk ke Cameron Highlands.

Kena hati hati bila dah mula masuk ke kawasan Gua Musang akan ada banyak lori atau hilux yang ulang alik ke Cameron Highlands. Pengunjung yang datang jalan jalan pun laju kemain. Pastikan minyak diisi penuh kalau nak bergerak melalui jalan ni, sebab tidak ada kemudahan stesen minyak disediakan. Laluan ini hutan tebal je. Kalau dah masuk daerah Gua Musang baru jumpa stesen minyak, kedai makan, R&R. Laluan Felda Aring dalam 2 jam lebih, then akan jumpa Gua Musang. Laluan Gua Musang pula ke Cameron Highlands makan masa 1 jam lebih
Laluan Kenyir
Dari Kuala Terengganu - Jalan Tasik Kenyir - Felda Aring - Chiku - Gua Musang - Lojing - Cameron Highlands. Alhamdulilah selamat tiba di Cameron Highlands pada pukul 3 petang, kelajuan biasa je 80km/j, setibanya di Cameron Highlands terus menuju ke Brinchang. Menyempurnakan urusan daftar masuk penginapan di Brinchang selama 3 hari 2 malam. Di Nova Highlands Resort & Residence. Nanti husniey tuliskan ulasan tentang penginapan kami tu di entri berasingan yer


Living hall @ our residence 

Our room for two nights


Tempat yang sempat dilawati pada hari pertama ketika berada di Cameron Highlands ialah Cameron Valley Tea. Sempatlah minum petang sebelum kafe ditutup waktu operasinya jam enam petang. Kalau tak silap musim cuti lambat sikit tutup, pukul 7 petang. 
Lega rasanya dapat menghirup minuman panas sambil mata menikmati permandangan indah. Belanja hangus disini RM 23.20, kata birthday girl kan mestilah nak makan kek πŸ’ƒ



pilihan kek di Cameron Valley Tea 


STEAMBOAT BEST DI TAMAN APPLE CAMERON, TANAH RATA
 

Disebabkan belum makan makanan yang berat, jadi kami decide untuk mencari makan malam pula, kalau korang berada di tempt sejuk eloklah memilih untuk mencuba hidangan steamboat sebagai menu makan malam. Setelah puas merujuk informasi di Google Map, kami pun pergilah mencuba makan steamboat di Taman Apple Cameron atau tempat ini dahulunya dikenali sebagai Taman Abang. 


Bergambar depan Restoran TAC. Lawa kan!

Menarik sangat dekorasinya ni haa ~ 



Pelbagai jenis bahan makanan disediakan ~ Syok sangat cedok bila banyak camni 

Best gila restoran ni! Suasananya, makanannya tiptop sedap, harga pun berbaloii sangat. Terletak di kawasan Tanah Rata. Servis disini pun bagus, pekerjanya juga ramai. 
Makanan di buffet tak kedekut, selalu je ditambahnya. Kalau dekat tempat husniey stay, pernah cuba makan steamboat macam kena catu je, sikit sangat kuantiti. Dekat restoran ini memang baguslah, kambing tu kan menu hot pun sokmo ditambah. Tak kedekut pun. 

Menariknya lagi restoran ini mendapat markah A bagi kebersihan kedainya. Hebat bukan? Tema pula seperti restoran dalam taman. Lawa sungguh!
Sos yang disediakan sos blackpepper, sos thai yang best. Kami pilih kuah tomyam 
Antara menu lain yang ada
  • Nasi Lemak
  • Nasi Goreng
  • Bihun goreng
  • Pelbagai jenis juadah yang disediakan, siap ada ABC, aiskrim dan aneka jenis minuman air keladi, jagung, strawberi, anggur 
All you can eat! 😍 

Hidangan kami pada malam itu ~ Yeayy happy me!
Husniey suka kambing bakarnya sedap. Siap ada dua pilihan menu kambing BBQ dan kambing blackpepper. Seafood pun ada disediakan seperti sotong, udang, lala, ikan dory lagi syok bila di Cameron ini sayur sayurannya segar belaka. 


Puasnya hati dapat menikmati steamboat disini. Hampir 2 jam meluangkan masa makan steamboat disini, hehe. Sebelum terlupa harganya untuk dewasa RM 39. YES ALL YOU CAN EAT. 

Lokasinya berdekatan dengan Agrobank Tanah Rata, kalau dari Brinchang anda kena masuk ke simpang kiri bila nampak Agrobank. Pastu terus balas kiri lagi, kedainya masuk ke dalam sikit. Cuba ikut google map mesti dapat punya. Husniey jumpa kedai ni pun sebab tengok review di Google map. Okaylah boleh rujuk lokasi Restoran Steamboat Taman Apple ni dibawah


4.2 rating di Google Map. Hebat jugaklah ni

Belanja pada hari pertama di Cameron Highlands 20 Ogos 2018

  • Minum teh (2) dan 1 slice kek di Cameron Valley - RM 23
  • Steamboat Dinner di Taman Apple Cameron - RM 78
Jumlah belanja RM 101.20 (Untuk 2 orang) 

24 comments:

  1. Suka makan steamboat yang tak kedekut...rasa berbaloi bayar kan...berkenan la deco Restoran TAC ni...yang payung-payung tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak PC, berbaloi rasanya bila selalu refill makanan. Memang lawa dekorasinya tu,unik

      Delete
  2. Replies
    1. Sedap makan makan, cameron ni sejuk kan so perut berlagu sokmo πŸ˜‚

      Delete
  3. hari tu nak p taman abang ni ya rabbi manusia hahaha.. x jadi terus cari tempat lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sini memang ramai orang. Masa pergi haritu kebetulan awal nasiblah dapat tempat duduk

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dapat rasa yang sedap

      Delete
  5. rabia tak pernah makan lagi steamboat tau...oh inilah steamboat ye.bru kenal dah.hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye inilah steamboat konsep makannya kita masak sendiri

      Delete
  6. Eh, dekat Taman Abang ni la yang kitorang makan steamboat sampai dekat RM500 tu. Tertukar pulak dengan Abang Strawberry. Awat ye diorang letak nama abang2 semua ni? Gigih makan sampai tak tinggal sisa takut kena charge kalau tak habis time tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak nama tempat atau nama kedai abang dekat Cameron ni. Tak pastilah kenapa pulak πŸ˜‚

      Uih meriah makan ramai ramai sampai 500

      Delete
  7. rindunya nakg cameron lagi...
    jauh juga erK dr KT nak ke CAM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah rindu jugak ni kak liez, takde lah jauh mana kalau dari Kuala Terengganu. Kami lalu Gua Musang. Dekat 4 jam lebih je

      Delete
  8. memang sentiasa teruja nak ke Cameron...walau perjalanan tu meletihkan heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak fuzy, walau jalan berliku akhirnya terasa manis dan nikmat sungguh

      Delete
  9. Ehh Taman Abang dah tukar nama? Hmm kalau saya ke Cameron memang akan pergi makan sini je, dari Sarapan, Lunch sampailah Dinner .. sampai sempat berkenalanlah dengan tauke dia.

    Lama tak gi cuti kat Cameron ni.

    Lagi satu, lama gak tak lalu jalan Felda Aring tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tuan dah tukar nama jadi Taman Apple boleh rujuk Google map. Seronok tu makan situ je sampai kenal tauke dah. Hehe

      Felda aring ni best tak sibuk sangat laluannya tapi agak sunyi saya berkesempatan jumpa gajah liar dekat sini haritu waktu maghrib

      Delete
  10. Terima kasih Husniey kerana share info yang menarik sebab minggu depan akak sekeluarga buat short family trip ke Cameron.. Bolehlah pegi ke tempat-tempat yang menarik di Cameron, tapi yang penting makanan tue.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama akak, haih syoknya family trip. Happy holiday! Yer makan makanlah antara yang paling best moment di Cameron Highlands. Ni duk teringat dah πŸ˜‚

      Delete
  11. Menarik ni, kalau pi Cameron Highland boleh singgah, lagi pun sangat sesuai makan menu camni di tempat sejuk

    ReplyDelete
  12. Insyaallah ada rezeki nak bawa isteri ke CH nanti :)

    ReplyDelete
  13. Pi hari tu tak sempat nak pi mana..orang ramai sngat..

    ReplyDelete
  14. banyak lagi tempat tak explore, baru ni gi pun x sempat nak explore sangat..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com