December 2018 - Husniey Husain

Tuesday, 18 December 2018

Destinasi Menarik | Movie Animation Park Studio (MAPS), Ipoh
18 December 2 Comments

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Izinkan husniey berkongsi pengalaman bersama rakan rakan terjah Movie Animation Park Studios (MAPS). Lokasi maps ini letaknya di Meru Raya, Ipoh tak susah untuk ke sini berdekatan aje dengan lebuhraya. Jika naik bas sila turun di Terminal Bas Amanjaya Ipoh. Hanya 2 minit untuk ke sini. Anda seorang yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar? Haa kenalah cuba permainan yang terdapat di dalam taman tema MAPS ini, ia dibina dengan kos RM 520 juta menempatkan dengan pelbagai jenis permainan dan cabaran mengikut tahap. Pemanduan selama 2 jam jika anda bertolak dari Kuala Lumpur atau Pulau Pinang. Sila masukkan ke dalam senarai, anak anak pasti gembira jika beri kejutan bawa mereka bermain disini. Untuk ketahui harga tiket dan pengalaman sila baca hingga ke penghujung entri ini 😊

Jika anda diberikan kad, sila imbas semasa di bahagian pintu mssuk

Pemeriksaan Sebelum Masuk | Sebelum masuk ke MAPS kena spotcheck terlebih dahulu, pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan, barang berbahaya atau benda tajam masuk ke dalam taman tema. Wajiblah kita patuhi undang-undang yang ditetapkan oleh pengurusan.


Kena spotcheck dulu ye

Jangan lupa bergambar di pintu masuk. Abaikan gambar kena photobomb tu 😁

Laluan sebelum masuk ke dalam taman tema. Ada tasik buatan.

Setiap permainan ada peraturannya dan jadual ditetapkan. Masa diperuntukkan berada di dalam taman tema Maps ini agak lama, makan masa sehingga 4-5 jam. Yelah takkan nak pulun buat semua aktiviti dalam masa pendek. Permainan yang best dan selalu ramai orang ialah; Space X-plores, Hyper Spin, Asteroid Attack. Selain daripada bermain pelbagai permainan, anda juga dinasihatkan jangan melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan di sekitar MAPS ini. Cantik dan instagramable.

Bahagian depan. Memula masuk akan jumpa kawasan ini


Dah tulis sebelum ini instagramable, sesuai untuk anda yang suka bergambar 


Pengalaman Merasai Pelbagai Jenis Aktiviti: 4D Boboiboy Teater | Coral Kingdom | The Smurf Partyland & Thrill Rides 

Permainan untuk kanak-kanak juga disediakan.  Ada kawasan yang sesuai untuk bermain santai dengan anak anak kecil sambil berehat seperti Coral Kingdom. Bagi yang punyai anak kecil yang minat dengan kartun animasi Boboiboy anda berpeluang melihat 4D Boboiboy Adventure Theatre, serius best walaupun kami suami isteri tidak ada anak kecil tapi enjoy betul layan pertunjukan itu. Terhibur penonton tengok karenah Pappazola. Di slot akhir teater ini akan ditayangkan semula reaksi penonton yang comel. So bila disuruh buat aksi tu korang layan je. haha. 30 minit memakan masa 4D Boboiboy teater, ada 3 slot. The Smurf juga tidak kurang menariknya. Digalakkan masuk bawa anak anak kecil bolehla cuba ride dalam tu.


Sebelum masuk ke dewan teater Boboiboy. Ambil mood anak anak dulu

Beberapa sesi teater. Masa ini best, kelakar 

Dalam Coral Kingdom. Boleh biarkan anak anda bermain disini

The Smurf Partyland. Anak anak bawah 3 tahun sesuai masuk sini 

Rugilah kalau dah masuk ke MAPS ini tidak mencuba permainan mencabar. Perasaan gementar itu hanyalah sementara. Ada 3 permainan level thrill nya ekstrim iaitu Asteroid attack, hyperspin dan juga space x-plorer. Dalam ketiga tiga ini paling okay dan tak terlalu mencabar ialah space xplorer, rilek je kanak-kanak pun boleh naik.

Syarat untuk permainan Hyper spin (buai pusing), minima berumur 12 tahun ke atas. Thrill level adalah ekstrim

Paling ekstrim, asteroid attack


Space xplorer tak ekstrim mana

Husniey dan tuan suami tidak melepaskan peluang mencuba permainan lain seperti bermain kereta langgar, Adventurers Bumper Blast. Menghiburkan, seronok kami laki bini drift kat dalam tu. Diberi masa dua minit. Boleh ulang kali bermain kalau tak puas hati. Seterusnya kami mencuba permainan tembak menembak, kita diperlukan untuk menaiki keretapi dan menembak sambil kereta api tersebut bergerak perlahan, ada beberapa pintu yang kena masuk. Suasana di dalam bilik permainan ini agak gelap, heee. Kalau jenis penakut macam husniey ni bolehlah naik ride tu berteman ye, pastu tembaklah point yang berwarna hijau di dalam bilik gelap tersebut. Setiap bilik-bilik berbeza suasananya ada potret animasi. Jangan terkejut siap ada sound effect seram, tapi tak adalah seram sangat. Sempat husniey rakamkan video, jemput layan video di bawah ini.

Tonton sini video di YouTube Channel


Masa inilah peluang terbaik untuk langgar bumper kereta kawan anda😜

Lupa nama permainan ini, naik train dan tembak 
Saksikan persembahan nyanyian dan tarian di Centre Stage.
Pengalaman Seram Masuk Ke Rumah Hantu di MAPS 
Sudah pasti kena rasai pengalaman masuk ke rumah hantu di MMaps. Bercampur aduk perasaan ketika masuk ke rumah hantu (takutlah😜). Kata tuan suami rumah hantu ini bagi jalan banyak dan buat kita buntu untuk jumpa jalan keluar. Dengan keadaan yang gelap dan ditemani sound effects yang kuat serta menyeramkan, terdapat pelbagai jenis hantu ada seperti pocong, langsuir, hantu cina, zombie. Si hantu zombie tu siap panggil "abang pusinglah belakang", duk ulang ulang panggil. Si suami buat tak layan kerana banyak lagi laluan yang mencabar di depan sana. Bagi anda yang belum pernah merasai pengalaman masuk ke rumah hantu bolehla cuba. Tahap takut, seram, mencabar tu rating dalam 7/10. Hantu kat dalam ni tak sentuh pengunjung. Cuma diusik takut-takutkan kita (haha memang kerja dia macam tu kan).


Kemudahan yang terdapat di MAPS Perak

Taman tema ini santai, lengkap dengan kemudahan penting seperti tandas, surau, premis perniagaan dan banyak bangku disediakan jikalau penat berjalan anda boleh berehat. Tidak lagi perlu risau bila semua kemudahan itu berada di sekeliling kita. Paling menarik perhatian ialah kemudahan seperti kafe / restoran. Banyak restoran dan kafe menarik dibina di dalam MAPS ini. 
Paling husniey suka tengok ialah Starship Cafe dan La Cremeria Cafe.


Starship Cafe 



Cantik kan kapal terbang ni
La Cremeria Cafe

Di kafe ini ada jual ice cream

Tak ketinggalan, ada beberapa premis untuk beli belah souvenirs

Unik dan sangatlah besar Starship, tak sangka ada kafe di dalam kapal terbang. Suka betul lihat reka bentuk dan hiasan dalamannya. Selain itu tak perlu risau kerana tersedianya kemudahan seperti surau berserta telekung (bagi perempuan nak solat tak jadi masalah). Nak tahu best ke tidak, kena datang sendiri rasai pengalaman jelajah taman tema ini. Ada juga beberapa permainan yang masih dalam proses pembinaan, akan datang bakal dibuka kepada umum. Semoga entri ini bermanfaat. 


  • Harga tiket promosi 4 orang dewasa atau kanak-kanak RM 220. 5 orang harga berjumlah RM 250. Untuk pembelian tiket sila terus layari website. 

Maklumat lanjut rujuk dan klik di bawah. MAPS Ipoh, Perak

  • Waktu Operasi: Isnin - Jumaat & Hari Minggu 10:00 am – 6:00 PM. 
  • Cuti umum & cuti sekolah dari pukul 10:00 AM – 10:00 PM. Tutup pada hari Rabu. 

Reading Time:

Sunday, 16 December 2018

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom
16 December 5 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu hendaknya. Ini musim hujan. Musim demam juga, mungkin sebab cuaca kot. Husniey ambil masa ni untuk join pencarian bloglist. Dah lama rasanya tak join.

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom
Klik sini untuk JOIN.

Segment ini akan berakhir pada 31/12/2018 11.59 Malam. Jom join sama sama meriahkan. Bila lagi nak tambahkan bilangan pembaca blog ni 😍

Reading Time:

Monday, 10 December 2018

Restoran Chinese Muslim Abdullah | Tempat Makan Wajib Rasai di Ipoh
10 December 21 Comments

Jika bercuti ke tempat menarik dalam Malaysia pasti kita akan tercari-cari tempat makan best yang boleh dinikmati ketika bercuti. Setiap tempat ada makanan best yang perlu kita cuba, pendek kata kalau tidak mencuba seperti tidak sempurna percutian itu. Ketika percutian pendek bersama team blogger pantai timur, husniey berpeluang makan malam di Restoran Chinese Muslim, berdekatan saja dengan Taman Tema MAPS. Selepas selesai maghrib di surau dalam MAPS terus ke sini. Tak sampai 5 minit dah pun tiba di depan lokasi letaknya restoran menarik di Ipoh ini.


Menariknya di restoran ini, husniey suka pada servisnya. Ia dibuka untuk pelanggan mencari hidangan makan malam, selalunya masalah juga kalau nak cari tempat sesuai untuk makan malam. Menu disediakan merupakan masakan ala cina. Ini pertama kali husniey mencubanya tapi dah jatuh cinta. Selalunya kita cuma pernah dengar char kuey teow, kuey teow kungfu ke kan. Ini ada lauk pauk ala chinese style.

Menu istimewa yang terpapar di kaunter restoran 


Suasana di restoran ini santai, tenang sebab makan dalam restoran yang disediakan penghawa dingin. Masuk je ke dalam restoran anda boleh lihat di kaunter depan ada menu istimewa yang dipaparkan. 

Tuan suami, Izzat dan owner Encik Aiman Loh

Oh ya paling penting anda tak perlu risau ialah restoran ini halal dan owner nya Chinese Muslim. Suka tengok owner yang ramah mesra tidak lokek senyuman. Muda lagi tapi hebat orangnya. Encik Aiman Loh namanya.

MENU MAKAN MALAM YANG DIRASAI DI RESTORAN CHINESE MUSLIM ABDULLAH

  1. Nasi putih bersama;
  2. Spring onion squid 
  3. Tofu pumpkin 
  4. Chicken chop Lemon 
  5. Daging Bawang Halia 

Menu yang tersedia. Rujuk pada gambar ye

Menu di meja husniey dan sis zarini ~
Syok semua best

Meriah kan ini di meja sis awadah dan sis sheila

Tofu pumpkin dan onion squid. Nice combo

Ramai juga yang datang makan malam di restoran ini, full house malam tu. Servis okay tidak terlalu lama menunggu. Tidak dapat nak luahkan dengan perkataan, husniey suka ke semua menu. Onion squid tu rasanya ada masam pedas dan manis pada sos nya. Unik. Paling unik menu Tofu Pumpkin, husniey ingatkan macam tauhu kosong je bersama kuah kuning tu kan, rupanya tofu ini ada isi telur kat dalam, ya Allah tempting betul! Kuah nya pekat tapi sedap berkrim. 

Daging bawang halia dan chicken lemon 

Ini kalau nak cuba masak kat rumah, mesti tak menjadi. haha kena menuntut ilmu dengan guru memasak yang betul arif! Chicken chop lemon juga tak kurang hebatnya, sedap juga tapi kuahnya lebih rasa masam. Sesuai kalau anda sedang demam tidak ada selera. Menu tofu pumpkin ini kata owner disitu ia asli dari Hong kong. Uihh unik sungguh, untung orang Ipoh tak perlu susah kalau sesekali ingin merasa selera ala chinese. Pada husniey harga juga berpatutan. 

Alhamdulillah rezeki.. Thank you atas layanan baik dari pihak Restoran Chinese Muslim Abdullah 

Jika husniey bercuti lagi ke Ipoh memang akan datang ke sini lagi untuk menikmati makan malam. Sesuai sangat sesekali bawa keluarga makan kat sini ketika pay day. Ingin membuat tempahan boleh hubungi terlebih dahulu pihak restoran. Pendek kata makanan kat sini terbaik! Rating yang diberikan 4.9/5 🌟🌟🌟🌟. Selamat Maju Jaya dan semoga murah rezeki selalu. 

✔️ Halal Restaurant
Waktu Urusniaga: 4.30 pm - 12.00 am
Alamat: No. 5 & 5a & 5b, Jalan Meru Bestari A14, 
Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh Perak 

Restoran Muslim Chinese Abdullah
Facebook | 
Official Number: 05-5252350

Reading Time:

Saturday, 8 December 2018

Kempen Moodmojee Trail | Anchor Perkenalkan Menu Minuman Best Memikat Kalbu!
08 December 12 Comments


Tahukah anda, semua produk Anchor diperbuat dari New Zealand. Bukan hanya diimport ke Malaysia, malah diproses di New Zealand. Syarikat Fonterra akan memastikan makanan yang mereka jual di pasaran mestilah BERKUALITI DAN HALAL. 2018 ini Anchor fokuskan kepada memperkenalkan minuman seperti kopi, tea, ice blendded. 

Personal chef dari syarikat Anchor sendiri yang mengeluarkan idea untuk menu minuman baharu. Anchor Food Professionals (AFP) jenama perkhidmatan makanan terkenal dunia dari New Zealand. Anchor juga bertindak sebagai sebuah perunding yang bergerak di belakang tabir dalam mengeluarkan produk dan citarasa baru buat para chef, bakers, perkhidmatan katering, hotel, restoran, kafe dan sebagainyaPihak AFP turut membantu perniagaan dalam setiap aspek merangkumi operasi, front-of-house presentation, penentuan harga dan promosi dalam memperkenalkan citarasa dan menu baru. Hebat AFP ni dalam memastikan perniagaan industri makanannya berjalan dengan baik 

Minuman Best Terbaru Direka khas oleh Anchor dan bekerjasama dengan beberapa premis perniagaan makanan bagi memperkenalkan produk mereka kepada industri makanan seperti hotel, restoran dan kafe



Terdapat tiga jenis minuman yang husniey berpeluang merasai ketika majlis berlangsung di Overstepped Cafe Taman Sejati Indah, Sungai Petani dan Overstepped Perdana Heights. 



Ketiga minuman ini husniey yakin akan menjadi kegemaran rakyat Malaysia, minuman pertama yang husniey dan rakan Blogger mencuba ialah Kayanika Fusion. Dalam Kayanika Fusion ini lapisan ia dibuat daripada kaya tradisional, gula melaka, ada pulut juga kacang merah. Serius best! Macam cendol pun ye. Menggunakan produk Anchor Whipping Cream, Untuk makluman menu ini direka khas oleh Chef Firuz. 


Lemon Mint Meringue, ia kaya dengan rasa lemon mint dan dikisar bersama ice blended vanila, dihiaskan dengan fresh meringue. Ini juga minuman yang husniey suka, siap ada biskut lemon kat atas tu.. Sedap sungguh rasa yang rangup dan meringue tu seperti cair kat dalam mulut. Tak muak pun, ia juga menggunakan Anchor Whipping Cream dan menu ini turut direka oleh Chef Firuz.


Jangan pandang serong pada minuman White Chocoffee, ia juga minuman yang terbaik pernah husniey rasai. Dikisar rapi bersama white coffee serta digabungkan bersama coklat juga peanut butter. Minuman ini menawarkan ada rasa kekacang dan juga coklat. Memang menarik gabungan yang terdapat dalam minuman White Chocoffee ini. Ia direka oleh Chef Ichiro. Produk Anchor yang digunakan dalam minuman ini ialah Full Cream, Cream Cheese, serta Whipping Cream.

Menarik bukan? Terus kecur air liur ini, rasa teruja ingin mencubanya lagi. Minuman menarik ini dijual di kafe Overstepped lokasi di Taman Sejati Indah dan cawangan Perdana Heights (Sungai Petani, Kedah). Kayanika Fusion, White Chocoffee, juga Lemon Mint Meringue dijual pada harga RM 16.90. Sambil syok  anda layan minum ini boleh juga upload di instagram, sebab comel sangat! Anda semua jangan lupa rasai kelazatan minuman direka khas oleh Chef Anchor sendiri ini di premis terpilih. 


SENARAI CAFE & RESTORAN KERJASAMA DENGAN ANCHOR | MOODMOJEE CREAMLICICOUS BEVERAGES 

SELANGOR
  • Choon Guan Coffee Shop [Lorong Amarasegara, Kawasan 12, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor] 
  • Gafe Kafe [63, Jalan Semenyih Sentral 5, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih]
JOHOR
  • Love Tea F&B [No. 1206, Jalan Kasturi, 36/45 Indahpura, 81000 Kulai Johor]
  • Living Room [Plaza Mentari Sun City G-03 Jalan Kuning, Taman Pelangi Johor Bahru]
MELAKA
  • Cofeology Cafe & Restaurant [Shop Lot No 23, Ixora Apartment, Bukit Beruang, Melaka
KEDAH 
  • La Taste [Taman Gurun Jaya, Gurun & Taman Pekan Baru Sungai Petani] 
  • Overstepped Cafe [Taman Sejati Indah & Perdana Heights Sungai Petani]
PENANG 
  • Lavish Fusion Bakery  Georgetown 
  • Hive by Love a Loaf Bayan Lepas 
  • La Taste Butterworth 
PERAK 
  • Family Confectionery Kampar Perak 
  • Baker's Hut Seri Manjung, Perak 
SABAH 
  • Delight Factory [Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah]
  • Chubs Grill [Jalan Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu Sabah] 
  • Chiu's Cafe [Kampung Kepayan, Kota Kinabalu Sabah] 
  • Luck Bean [Taman Southern, Kota Kinabalu Sabah] 
Reading Time:

Wednesday, 5 December 2018

The Cedar Bidor Perak | Villa Mewah Tempat Bercuti Best Sesuai Bersama Keluarga dan Teman
05 December 13 Comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu hendaknya.
Cuti sekolah telah pun tiba paling seronok saat ini mestilah anak anak yang masih bersekolah. Musim cuti je mesti sibuk tanya destinasi mana nak bercuti kan? Jom baca sampai habis tentang tempat menarik yang husniey kongsikan di bawah. Kalau tahun ini tidak sempat anda boleh masukkan ke dalam senarai tempat best untuk bercuti pada tahun 2019 😊. Husniey dan rakan rakan Blogger Pantai Timur, memilih bercuti di The Cedar @ Bidor Perak sempena cuti sekolah. 

Tempat Menarik Untuk Anda Luangkan Masa Bersama Keluarga dan Rakan-Rakan di Bidor Perak Malaysia. Bercuti di rumah percutian menjadi tarikan, dan kini semakin trending di Malaysia, selalunya tempat menarik yang menjadi pilihan ramai mestilah anda inginkan permandangan alam semulajadi cantik dan menarik dengan pelbagai kemudahan. 
The Cedar @ Bidor adalah sebuah rumah banglo mewah dan baru dibuka pada awal 2018, ia dibina di tanah persendirian yang seluas 4 ekar dan boleh menampung bilangan tetamu dari 8 hingga 20 orang. Seronok dan sesuai sangat untuk buat family day kecil-kecilan atau gathering bersama sahabat baik yang kita dah lama tak bersua muka ☺


The Cedar at Bidor ini terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan hanya 10 minit dari Bandar Bidor. Husniey bertolak dari Pantai Timur dan sebelum bergerak husniey merujuk google maps, diberitahu jalan paling terdekat ialah melalui jalan ke Cameron Highlands - Tapah - Bidor. Dalam 1 jam 40 minit perjalanan ke Bidor jika anda dari Cameron Highlands. Tapi dinasihatkan berhati-hati melalui jalan Tapah agak berbahaya. Rumah percutian The Cedar ini menawarkan percutian yang damai, membolehkan para tetamu berehat sambil layan alam semula jadi. Syok tau, boleh mandi manda di kolam renang dan udara sekitar yang segar dikelilingi kehijauan alam. Menarik lagi, The Cedar dibina secara strategik untuk menangkap pemandangan matahari terbenam & matahari terbit. Lagi menarik rumah ini juga dekat je dengan Air Terjun Sungai Gepai, 5-7 minit saja dari rumah percutian ni. 

View tenang ini hanya di The Cedar @ Bidor 

Villa Mewah The Cedar @ Bidor ini Mempunyai Pelbagai Kemudahan
  • 8 Bilik tidur berserta 8 Bilik Mandi
  • 2 Tandas dan bilik air di tingkat bawah 
  • Kawasan Tempat Makan Luar
  • Dapur basah + Dapur Kering
  • Bilik Main Kanak-kanak
  • Meja panjang dekat pool
  • Karaoke Lounge 
  • Kawasan Barbeku 
  • Sound systems
  • Kolam Renang Infinity Edge
  • Penghawa dingin 
  • Tuala / Linen disediakan
  • Televisyen 
  • Microwave
  • Tempat letak kereta  

Bilik tidur kami suami isteri. Selesa. Suka sangat! 😍 

Dapur. Ini dapur kering. See, peti sejuk, peti beku juga disediakan. Senang nak simpan barang makanan

Tingkat atas. Lawa ruangan ini kan 😍

Meja makan. Dekat luar tepi kolam. Syok lepak sini. 
Sampai je di The Cedar Bidor, husniey terus explore keseluruhan villa mewah ni. Cantik. Teruja semua melihatnya. Kemudahan yang hampir lengkap. Nak masak nak makan pun tak susah. Pinggan mangkuk bekas semua disediakan secukupnya. Bagus servis pihak The Cedar ni. 

Kami menggunakan semua jenis barangan yang ada disediakan, mudah urusan.
Ada 8 keluarga so bila nak makan tu macam mencabar tapi jangan risau di villa mewah ini lengkap, nak masak boleh nak BBQ sambil layan lagu pun boleh di laman belakang rumah. Syok habis! 

Jatuh cinta dengan reka bentuk rumah yang sangat cantik. Gaya rumah ini moden dan saiz keluasan rumah ini besar boleh menampung ramai. Maksima hanya 30 pax sahaja termasuk kanak-kanak. Sesuai sangat buat keluarga yang inginkan percutian santai tapi bermakna. Laman rumah ini pun besar boleh buat sukaneka kecil kecilan. 


Tangga cantik ❤️ yang hitam tu tangga belakang. Kalau dah mandi pool tu sesuai sangat naik ikut tangga belakang.. 

Inilah ruangan yang paling disukai oleh kaum lelaki. Husniey dah lewat malam baru dapat cuba main snooker ni. Hihi 🀭 

Kemudahan untuk karaoke, apa lagi kan cubalah nyanyi lama betul tak pegang microphone 🎀 
Terdapat juga bilik permainan. Meja dan peralatan snooker, juga ruangtamu yang dilengkapi TV dan set lengkap karaoke. Husniey sempat merasai pengalaman karaoke di villa ini. Nasiblah 'juri jemputan' semua cakap best, kalau tak best mesti dah hujan lebat di Bidor! 🀣

Datang tempat cantik, mestilah kena selfie seketul dua

Mandi manda di kolam renang. Malam baru sempat mandi! Hehe hampir pukul 12 tengah malam baru sedar diri. Tak sejuk berendam di kolam, airnya suam je


Besar saiz kolamnya! Syok husniey bersama kak Zarini dan kak Sheila, kami berendam di kolam renang walaupun dah larut malam. Tuan suami turut tidak melepaskan peluang untuk berenang di kolam. Bangun pagi terus terjun ke dalam kolam. 

Review Ikhlas Sepanjang Menginap di Villa Mewah The Cedar @ Bidor
Review ikhlas sepanjang menginap disini husniey jatuh cinta pada binaan rumahnya yang sangat cantik, bukan saja luas tapi mesra pengguna (mesra pengguna sebab ada banyak pintu dan tangga so macam senang nak keluar masuk pintu mana-mana pun, hehe). Bayangkan ada 8 bilik tidur, memang selesa sangat biliknya besar dan dah siap ada bilik air sekaligus. Tak payah nak berebut dengan orang lain. Di setiap pelusuk ruang di rumah ini dipasangkan aircond. Yes, dalam setiap bilik juga ada. Kami tak ada merungut panas ke rimas, serius suasana best tenang. Tengok anak-anak team Blogger Pantai Timur enjoy bermain-main. Ruang yang paling disukai? Eh rasanya macam hampir setiap ruang di rumah percutian The Cedar ni best. Suka kawasan pool boleh lepak di buaian dan bangku, malam tu kami buat acara BBQ di laman belakang. Siap ada sounds system boleh tuju lagu kat situ jugak. Syok betul! 


Ruang makan Barbeku ~ Kat sinilah boleh pasang lagu tu. Best lepak sini sambil layan karenah rakan rakan. Haha

Memori tercipta. 26 November 2018. 

Inilah kawasan dapur basah ~ masa ni lah seronok bersatu padu sediakan makanan dan membawang di dapur hehe 
Bilik permainan kanak-kanak. Banyak juga mainan. Seronok si cilik duk sepahkan. Tapi sebelum check out jenuh juga husniey mengemas. Tak boleh tinggalkan bersepah nanti kena cas πŸ˜‚

Kemudahan di dapur terbaik, semua barangan lengkap. Tetamu dibenarkan memasak di dapur basah. Kuali, periuk, nasi, sudu, garfu semua ada. Tinggal korang bawa barang basah dan bahan-bahan lain. Peti sejuk, peti beku, pinggan mangkuk semua dah disediakan. Nak simpan barang-barang makanan pun tak susah. Cuma kekurangan yang ada tidak disediakan mesin basuh dan seterika. Haha nasib baiklah kak Zarini ada bawa so kami pinjamlah dia punya seterika. Kemudahan lain, semua okay sangat. 


Rating diberikan 4.8 / 5 🌟🌟🌟🌟

Baju oren itu Pak Adi staf The Cedar, terima kasih layanan baik kepada kami. Semoga murah rezeki selalu! 

Suka dengan layanan oleh penjaga The Cedar, baik orangnya dan bertungkus lumus melakukan tugasan memastikan kami menginap dengan selesa. Pak Adi dan ada lagi pekerja lain, tinggal di dalam kawasan villa tersebut. Mereka menjalankan tugas dengan baik. Jika perlukan pertolongan atau pertanyaan, boleh panggil mereka. Seronok duk santai petang hari pertama tu, pak Adi hantarkan buah nangka. Dua biji! Besar jugalah. 


Alhamdulilah. Semoga pihak The Cedar sentiasa maju dan mengekalkan servis yang baik. Bagi yang bertanya bagaimana cara nak buat tempahan, anda juga boleh terus ke laman web yang tertera di bawah. Klik Book Now dan pilih tarikh serta masukkan bilangan tetamu. 
Harga satu malam bermula dari RM1,100. Sila baca juga segala terma dan syarat. 



Semoga artikel ini bermanfaat! Husniey dan rakan rakan masih dalam mood tak boleh move on dengan percutian kami di The Cedar Bidor, heehe :D
Pssst.. Husniey duk berangan kalau-kalau lah ayah nak beri sebidang tanah di kebun, akan kubangunkan sebuah rumah besar cantik seperti ni. hehee amboiii jauh berangan kan. 


Jemput tonton video yang disunting 
di YouTube Channel ~

Untuk maklumat lanjut sila layari;

Website: www.thecedarbidor.com Facebook Page: The Cedar at Bidor Instagram: @thecedarbidor 

Email: thecedarbidor@gmail.com Phone: 0126839979

Alamat: Lot 1852, Jalan Paku, Kampung Chang, 35500 Bidor, Perak, Malaysia


Reading Time:

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com