Bummbu Nasi Singgey - Hidangan Lauk Singgang Menu Tengahari Best Di Kuantan - Husniey Husain

Sunday, 30 December 2018

Bummbu Nasi Singgey - Hidangan Lauk Singgang Menu Tengahari Best Di Kuantan


Assalamualaikum, baru je balik dari Kuantan sempena akhir tahun ni kan apa lagi jjcm lah. Husniey jumpa tempat makan menarik, anda kena masukkan dalam senarai jika jalan jalan di Kuantan. Restoran Bummbu Nasi Singgey telah bermula operasi sejak dari 5 Ogos 2018. Dibuka dari pagi sampai petang. Jika di Kelantan atau Terengganu sangatlah sinonim dengan hidangan Kuah Singgang Ikan Tongkol. Di restoran ini pula menu istimewanya ialah lauk Singgang Daging. Eh singgang ikan tongkol pun ada juga tau! Jika anda mengidam kuah singgang bolehlah ke Kuantan singgah di Restoran Bummbu Nasi Singgey ni. Merupakan restoran baru yang best untuk anda lepak di Kuantan 


Ini merupakan kali pertama husniey mencuba menu Singgang Daging. 
Sebelum terlupa ingin ceritakan sedikit asal nama restoran ini. Apa maksud Bummbu tu? Bummbu itu perencah atau rempah dalam bahasa jawa. Singgey itu pula ialah Singgang (lauk Singgang yang ditulis dalam loghat Kelantan). Menariknya lagi di restoran ini. Resepi original dari temurun tok nenek owner dulu. Menu hidangan yang anda perlu rasai ialah Nasi dan lauk Singgey. Ia hadir sekali bersama sambal belacan dan ulam timun. 

Terdapat pelbagai jenis set nasi yang dimakan bersama kuah singgang. 
Bummbu Set
Set A: Ayam Bakar + Air Sirap / Teh O Beng
Set B: Daging Bakar + Air Sirap / Teh O Beng 

Set C: Kambing Bakar + Air Sirap / Teh O Beng

Set D: Ikan Bakar + Teh O Beng
Set E: Lemak Bakar + Air Sirap / Teh O Beng
 
Set F: Singgang Daging + Air Sirap / Teh O Beng

Adik Ida beria hirup singgang daging tu. Sedap sungguh katanya 
Rujuk sini menu yang disediakan. Klik pada gambar 

HARGA BAGI BUMMBU SET INI 

DIJUAL DARI HARGA RM 6.50 SEHINGGA 
RM 11 SAHAJA. Berbaloi bukan?

Ayam Plate. Suka ayam tu sedap tak terkata. Rempahnya terbaik πŸ‘Œ

Husniey juga tidak lepaskan peluang mencuba menu Bummbu Plate, dalam menu ini ada Ayam Plate, Daging serta Kambing Plate. Puas hati sebab hidangan besar juga, harga pun berbaloi cuma 
RM 13.50 hingga RM 17.50 sahaja. Bummbu plate ini sesuai sangat bagi anda yang inginkan kelainan atau tak teringin nak makan nasi :)

Selain itu turut disediakan menu ala pantai timur bagi menu sampingan iaitu Lempeng Nyior, Kepok Cheezy, Chicken Ball, Tuna Sandwich harga bagi side plate ini juga tidak mahal masih mampu makan dari RM 2.50 sehingga RM 6.00

Kepok cheezy yang sedap! kena cuba ni 

Menu sampingan - Tuna sandwich dan Chicken Ball 

Istimewa lagi di restoran ini adalah minumannya. Kalau anda tak ambil set nasi bersama minuman, husniey syorkan merasai keenakan minuman Bummbu Blend iaitu Kopi Bummbu Blend, Jagung Bummbu Blend, Milo Bummbu Blend yang berharga cuma RM 4.50 sahaja. Berbaloi dah dengan rasanya yang unik. 
Siap ada aiskrim diletakkan sebagai topping.

Best choice! 😍 

Jagung Bummbu Blend pilihan husniey 😍
Sedap sangat. Menyejukkan tekak

Review Ikhlas Makan di Bummbu Nasi Singgey

Untuk makluman anda, di Restoran Bummbu sekarang ini ada special offers iaitu minuman hanya berharga RM 0.50 sen bagi air sirap beng dan teh o beng. 
Ini sangatlah gempak kan? Mana nak cari minuman manis berharga dari lima puluh sen sahaja. heee. Tak ada kat tempat lain tau. Payah jumpa ni. Pihak restoran turut menyediakan masakan barat bagi memenuhi selera dan kehendak pelanggan. Alhamdulilah ini dikatakan berniaga mengikut citarasa pelanggan.

Menu best disini husniey cuba ialah Nasi Singgang dengan Ikan Bakar, Ayam Plate. Sedap sangat rempah ayam bakar bersama kuah lada hitam. Tidak ketinggalan side plates seperti Chicken ball dan kepok cheezy. Syok habis tak pandang kiri kanan dah πŸ˜‚

Port bergambar dalam restoran ❤️

Bersama rakan - rakan Blogger 

Sekeping disini untuk abadikan kenangan 😍

Kalau ke sini anda tidak perlu risau kerana kawasan restoran ini ada kemudahan parking. Waktu operasi pun sangatlah menarik anda boleh pilih nak makan pagi ke, nak makan tengahari disini. Ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Jikalau ada permintaan ramai mungkin bolehlah dilanjutkan waktu operasi hingga ke malam. Seronok dapat rasa singgang daging di sini. Daging lembut sungguh. 



Design restoran cantik. So cosy. Meja kerusi diperbuat dari kayu pallet. Alhamdulillah semua okay. Mungkin perlu ditingkatkan dari segi servis saja. Rating diberikan 4.5/5. Untuk pengetahuan anda restoran ini turut membuat servis penghantaran makanan ke beberapa lokasi berdekatan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat!


13 comments:

  1. Singgang salah satu kegemaran kak PC...tapi singgang daging blm pernah lagi mencuba..

    ReplyDelete
  2. alahai sedap la pulak bila terbayang daging tuh..

    ReplyDelete
  3. tingat time duduk Qber.. hari2 menu mesti ada ikan kayu ikan tongkol.. hahaha.. singgang ni tok belah ayah suka sangat. tapi CT makan plih ikan. kalo x hirup kuah je sukalah ^^

    ReplyDelete
  4. btw air tu kalo x baca ingat air mangga. jaaagong rupanya =D

    ReplyDelete
  5. Menariknya semua makanan! Cantik restoran dia

    ReplyDelete
  6. ikan bakar tuh menariknyaaaa

    ReplyDelete
  7. febret ikan singgang tongkol.. ikan bakar dia mengancam hahhaha

    ReplyDelete
  8. Allahu, mengancamnya lah makanan semua tu. ada masa boleh try ni. done follow back :)

    ReplyDelete
  9. menu da mengancam.. hehe. mcm2 ada. sedapnya!

    ReplyDelete
  10. menu nampak sedap...terliur kak liez tgk

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com