McDonald's Prihatin | Sumbang lebih RM 480,000 Kepada Golongan Asnaf Di Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Satu  majlis komuniti oleh McDonald’s dan RMHC telah diadakan di Pengkalan Chepa, Kelantan. McDonald’...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Satu majlis komuniti oleh McDonald’s dan RMHC telah diadakan di Pengkalan Chepa, Kelantan. McDonald’s Malaysia mengumumkan sumbangan berjumlah RM484,100. Sumbangan yang melibatkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin tegar di Kelantan. 


Majlis Komuniti Yang Penuh Kemeriahan 

Beruntung rasanya berpeluang berada dalam majlis komuniti seperti ini. Majlis dimulakan pada jam 10.30 pagi, dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kelantan juga tidak ketinggalan bacaan doa bagi memastikan program ini mendapat rahmat dan berkat. Meriahnya apabila majlis ini diserikan lagi dengan tarian oleh kanak kanak. McDonald's turut menyediakan makanan kepada hadirin yang berada dalam majlis pagi itu.

Persembahan tarian menghiasi majlis 
Bersama blogger jemputan

Jamuan makan selepas majlis

Antara inisiatif-inisiatif yang diumumkan baru baru ini termasuk sumbangan zakat, pelantikan belia asnaf ke program perantisan McDonald’s, dan penyerahan pek "Kembali ke Sekolah" kepada 841 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga miskin bandar di Kelantan untuk persiapan sesi persekolahan tahun 2019. Sekalung tahniah diucapkan kepada McDonald's Malaysia kerana berusaha menyalurkan bantuan. Begitu prihatin McDonald’s terhadap golongan yang kurang bernasib baik ❤️

Sumbangan Zakat McDonald’s Kepada MAIK

Tetamu kehormat bagi acara komuniti ini ialah, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi dan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad

Pengarah Kanan Sumber Manusia Mcdonald's Malaysia Azhar Darbi
dan YDP MAIK Dr Haji Nik Mohd Azlan 
“Kami berterima kasih kepada McDonald's Malaysia kerana memenuhi kewajipan zakat kepada negeri Kelantan hari ini. Bukan itu sahaja, inisiatif lain yang diumumkan hari ini juga menunjukkan komitmen McDonald’s dalam melibatkan diri membantu golongan yang kurang bernasib baik," kata Dr Haji Nik Mohd Azlan.
"McDonald’s Malaysia, di bawah pemilikan baharu Kumpulan Reza, telah memenuhi kewajipan zakatnya sejak tahun lalu, kerana ia merupakan entiti perniagaan yang 100% dimiliki oleh umat Islam. Kumpulan Reza adalah syarikat yang memiliki dan mengurus kesemua cawangan McDonald’s di wilayah barat dan selatan Arab Saudi secara eksklusif sejak 20 tahun lalu," kata Pengarah Kanan Sumber Manusia, McDonald's Malaysia, Azhar Darbi.

Azhar Darbi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, turut berkata bahawa McDonald’s akan terus melaksanakan kewajipan zakat apabila tiba masanya, kerana zakat adalah kaedah untuk mengurangkan kemiskinan dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai umat Islam.


Program Perantisan McDonald's Malaysia

Tahukah anda bahawa McDonald's mempunyai program yang dianjurkan untuk melatih belia? Ia dikenali sebagai program perantisan. Program ini adalah sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Pensijilan SLDN oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) yang merupakan salah satu usaha restoran khidmat segera ini untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat serta memupuk bakat baharu.

"Kami mengalu-alukan para belia dari golongan asnaf di negeri Kelantan untuk menyertai program perantisan kami. Tempoh latihan adalah selama 18 bulan di mana para perantis akan menerima latihan praktikal dan pembelajaran teori di dalam kelas. Sebaik sahaja mereka menamatkan program ini, mereka layak untuk bekerja di restoran McDonald's sepenuh masa. Di samping itu, program ini juga membolehkan mereka untuk mempelajari kemahiran sepanjang hayat," kata Azhar.

Selain mendapat manfaat dari penajaan penuh program latihan, setiap perantis juga diberi elaun bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma. Wah hebat program ini bukan? 

Program "Kembali ke Sekolah" Untuk Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik Di Seluruh Negara 

Majlis yang berlangsung di McDonald’s Pandu-Lalu Pengkalan Chepa ini turut menyaksikan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” yang merupakan program tahunan McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Penyampaian sumbangan pek Kembali Ke Sekolah. Tetamu kehormat memakaikan pakaian sekolah pada anak-anak yang menerima bantuan.

Dari kiri; Encik Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia, McDonald’s Malaysia; Tuan Haji Abdullah bin Mat, Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan; Dr Haji Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK); Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Pegawai Zakat bersama kanak-kanak sekolah rendah yang menerima pek “Kembali ke Sekolah”. Program “Kembali ke Sekolah” ini merupakan program tahunan McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia

Turut memberi sumbangan beg sekolah.
Cantik beg sekolah berwarna merah!

Program "Kembali ke Sekolah" mendapat sokongan francais dan rakan-rakan perniagaan McDonald’s, di mana ia bertujuan menghulurkan bantuan kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar di seluruh negara dengan pemberian set pakaian sekolah baharu. Setiap kanak-kanak menerima 1 set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, dan sebuah beg sekolah untuk persediaan memulakan sesi persekolahan tahun 2019. Keseluruhan sumbangan di bawah program "Kembali ke Sokolah" tahun ini adalah melebihi RM1.7 juta. Di Kelantan pula seramai 841 orang kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar menerima pek ini.



Bergambar kenangan. Alhamdulillah Syabas McDonald's Malaysia. Seronok sangat lihat senyuman anak anak ini.
Menurut Azhar, program "Kembali ke Sekolah" adalah amat penting untuk McDonald's dan RMHC kerana ia memberi bantuan kepada kanak-kanak sekolah rendah dari golongan kurang berkemampuan dan miskin bandar.
“Kanak-kanak adalah pemimpin masa hadapan negara, dan pengalaman pembelajaran yang mereka lalui adalah sesuatu yang amat penting bagi kami. Melalui program “Kembali ke Sekolah”, kami berharap usaha ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan keluarga kanak-kanak yang terlibat dan memberi motivasi kepada kanak-kanak ini untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu dengan penuh keyakinan,” tambah Azhar.


Rumah Ronald McDonald ke-2 di HUSM Kubang Kerian Dijangka Siap Awal Tahun 2019

Menurut Azhar lagi, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) turut meluaskan inisiatif kemasyarakatan di Kelantan dengan penubuhan Rumah Ronald McDonald (RMH) kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan. Rumah ini merupakan rumah persinggahan yang menyediakan kemudahan penginapan kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang menjalani rawatan di HUSM atau hospital lain di sekitar Kota Bharu. RMH yang dijangka siap pada awal tahun hadapan merupakan kediaman berkelengkapan penuh dengan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik TV, bilik permainan, dan lain-lain kemudahan untuk penghuni.


Penubuhan rumah ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan keluarga pesakit kanak-kanak yang terlibat di samping menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga dapat berada dekat dengan anak-anak mereka. Semoga pelbagai usaha dijalankan Mcdonalds berjalan dengan lancar. Orang ramai yang ingin turut menyumbang dan mengetahui maklumat lanjut boleh berbuat demikian di laman sesawang:

You Might Also Like

8 comments

  1. Usaha murni McDonalds ni patut ditiru oleh badan korporat lain kan. Mereka boleh dapat pengecualian cukai untuk program CSR yang dijalankan, jadi boleh membantu insan memerlukan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tahniah RMHC atas sumbangan yang diberi. Semoga lebih byk insan kurang berkemampuan terbela.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah McDonald's.. satu usaha yang memang patut dipuji

    ReplyDelete
  4. trbaikkk. teruskan dalam memberi sumbangan.

    ReplyDelete
  5. Macam tak percaya, Pencapaian Mcdonald sampai tahap ni,, apapun mudah - mudahan ramai lagi orang yang kurang bernasib baik di luar sana yang dapat manfaat .. :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Tahniah McDonald atas usaha murni

    ReplyDelete
  7. smoga berterusan sumbangan yang dapat diberikan =)

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.