Terapi Kulit Wajah Dengan Claigio LED Magic Eye Patch | Made In Korea - Husniey Husain

Thursday, 31 January 2019

Terapi Kulit Wajah Dengan Claigio LED Magic Eye Patch | Made In Korea

Portable LED Claigio Magic Eye Patch | Assalamualaikum dan Salam sejahtera kalian semua. Semoga sentiasa ceria dan berbahagia. Masih berusaha mengejar impian untuk tahun baru ni? Ada impian yang dah tercapai? Husniey masih ada banyak wishlist belum tercapai untuk tahun 2019. Sedang berjuang untuk pastikan impian tercapai. All the best you all! Ayuh kita baca tentang produk yang tengah trending di Korea Selatan.



Seperti mana yang kita tahu dan sedia maklum telah banyak produk kecantikan yang berkualiti tinggi dan terbaik diperbuat dari Korea. Mari husniey perkenalkan devices comel elok ini namanya; Claigio LED Magic Eye Patch. Ia sangatlah efisyen. Pertama kali husniey melihat produk ini macam tak sangka, rupanya ia merupakan alat kecantikan. Maju betul Korea keluarkan produk canggih seperti ini. 

Alat ini pernah ditayangkan dalam scene drama Korea popular bertajuk Encounter / Boyfriend. Drama itu dilakonkan oleh pelakon popular iaitu Song Hye Kyo & Park Bo Gum. Husniey turut berpeluang layan drama berepisod tu. Nak cantik macam Song Hye Kyo kena cari satu alat ni.



Keistimewaan Claigio LED Magic Eye Patch 

Siapa kat sini mengidamkan kulit wajah awet muda dan tidak kusam? Haa angkat tangan bersama husniey! Yes, kita serupa mengidamkan perkara yang sama. Tahukah anda bahayanya apabila kulit banyak terdedah matahari tetapi tidak dirawat. Ia bakal meninggalkan kesan jeragat dan gelap. Husniey pernah lalui situasi murung bila tengok kulit gelap dan kusam. Istimewanya alat Claigio LED Magic Eye Patch ini ialah ia membantu menjadikan kulit wajah anda kelihatan lebih cerah juga merawat kawasan gelap, mengurangkan kedutan (kulit akan kelihatan lebih anjal) serta berfungsi juga menyegarkan semula kulit. Hebat fungsinya! 😍 


Lengkap dengan sambungan USB. Pengguna Android mahu pun IOS boleh buat sambungan,
USB Type C juga turut disediakan. 


Bacaan Lampu Merah (630- 660 nm) ia mampu meningkatkan produksi kolagen

Pengalaman Menggunakan Claigio LED Magic Eye Patch 

Sepanjang mengenali alat ini, husniey jatuh cinta pada kecanggihannya dan kemampuannya itu. Kagum sungguh. Korang tak perlu guna bateri tau, cuma sambungkan sahaja pada smartphone. Ia didatangi bersama USB, jadi tak perlu fikir panjang cuma pilih je USB yang sesuai dengan telefon dan sambungkan. Tidak ada rasa sakit dan tidak ada getaran elektrik. Pendek kata ia selamat digunakan untuk rawat kulit muka dan tidak ada kesan sampingan. 






Pernah ke spa tak? Kalau di spa ada sesetengah rawatan untuk repair kulit terasa sakit. Tetapi bila husniey menggunakan Claigio LED Magic Eye patch ini rasa tenang, sebab ia selamat. Masa diperuntukkan ialah 8 minit satu sesi dan lampu akan menyala sepanjang kita guna dan terpadam sendiri selepas 8 minit. Sudah ada auto timer, mudah sangat. Paling husniey suka tentang alat ini, ia mudah disambung menggunakan telefon je dan boleh digunakan bila-bila masa, di mana sahaja. Paling penting patch tu boleh dibasuh dan diguna semula. Dinasihatkan menggunakan alat ini 2-3 kali sesi seminggu untuk kesan lebih baik, 
perlu guna lebih 3 kali seminggu. Tak sabar nak punya kulit awet muda seperti Wanita Korea.. 


Muka ada senyum, sebab tak ada rasa sakit pun

Cara menggunakan dan mengendalikan patch tersebut

JEMPUT TONTON VIDEO DI YOUTUBE 

Husniey ada berita baik untuk anda yang teringin dan berminat untuk dapatkan Claigio LED Magic Eye Patch ini. Boleh dapatkannya dengan menggunakan kod diskaun, ' HUSNIEY30 ' ketika membuat pembelian. Kod diskaun sah hanya untuk 30 pembelian terawal sahaja sehingga 28 Febuari 2019. Anda semua juga tak perlu risau tentang kos penghantaran, ia percuma. Waranti 1 tahun tau. Jangan lupa ye masukkan kod tersebut untuk dapatkan diskaun besar sehingga RM 30.


Clagio LED Magic Eye Patch RM 249

8 comments:

  1. Menariknya husniey LED magic eye ni. Dekat mana2 pun boleh guna as long ada hp atau power bank kan.

    ReplyDelete
  2. Mudah dah ringkas. Simple jekan tapi kesannya tu yang buat rasa puas hati.

    ReplyDelete
  3. Menarik guna teknologi macam ni..

    ReplyDelete
  4. first time tengok😂 peqak sat hahaha. harga dia ;(((

    ReplyDelete
  5. Wah hebat lah
    Makin cantik lah kak husniey nanti

    ReplyDelete
  6. Wah, senang la kalau boleh connect dengan phone..nak cantik kat memana pun boleh camni..

    ReplyDelete
  7. canggih loni eye mask boleh connect dengan phone pulak

    ReplyDelete
  8. oh nama je eye patch tp boleh letak kat part lain jugak eh

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com