Resepi Unik: Fettucine Carbonara Meatball Berempah - Husniey Husain

Friday, 11 January 2019

Resepi Unik: Fettucine Carbonara Meatball Berempah

Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Semoga kita semua selalu dalam rahmat Allah dan dilimpahi kasih sayangNya. Maaf rasa lama betul tak berkongsi resepi disini. Selalunya masakan yang jadi pilihan husniey ialah lauk-pauk. Kalau masak dekat rumah ini mesti lauk biasa je. Tak gempak mana pun nak share resepi lauk husniey tu. Hehe okay gurau aje. 


Agak lama tak masak makanan barat, bila dah berkahwin inilah merupakan waktu sesuai gunakan ilmu yang dipelajari masa zaman Diploma di Johor dulu. Iyalah sesekali teringin juga pelbagaikan resepi. Teringin nak lebih cekap tentang ilmu masakan. Tak tahu kenapa, masuk je 2019 ni nak makan makanan barat je. Dah bosan nasi agaknya. Haa jom masuk dapur bersama husniey.. Gituuu.. 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk 4 Orang Makan 

Fettuccine - 1 pek (ambil separuh sahaja)
Prego Carbonara Mushroom - 1 tin 
Susu - Husniey guna full cream je 
Bawang Holland - 1 ulas dipotong halus
Carrot - Dipotong cube halus 
Capsicum - Dipotong cube halus 
Cili api - Dipotong halus 



Bahan Perap Meatball & Sosej Berempah 

Meatball 
Sosej 
Tepung segera Seri Aji (tak perlu banyak sikit je) 
Sedikit serbuk kari 
Sos tiram 


Cara-Cara Menyediakan Fettuccine Carbonara Meatball Berempah  

  1. Langkah pertama ialah kena rebus fettuccine, letakkan sedikit minyak supaya tak melekat
  2. Masukkan ke dalam pan sedikit butter dan tumis bawang holland bersama carrot, hirisan cili api. Carrot eloknya masuk awal sebab dia keras

Tumis sampai naik bau. Masa ni memang harum sungguh baunya. 

3. Dalam kuali sebelah, gorengkan meatball berempah yang dah diperap tu. Selesai mengoreng meatball dan sosej, toskan minyak.
Meatball Berempah setelah siap dimasak

Kemudian dah naik bau tumisan bawang yang semerbak tu, masukkan meatball dan sosej yang dah siap digoreng. Then masukkanlah sekali prego carbonara mushroom, husniey tak tambah cendawan dah sebab dalam paste carbonara ni dah siap ada cendawan halus tau.

Prego Carbonara Cendawan 

Masukkan susu

Kacau rata semua bahan itu dan jangan lupa masukkan susu
. Tak reti nak agak berapa ml, sebab sebenarnya main campak je. Senang begini, masukkan susu sampai nampak sebati dan tidak terlalu pekat, kalau nampak pekat sangat tambahkan air ye. Ini versi berkuah sederhana pekat. Kan pekat sangat kuah tu, nanti dia cepat kering. Jangan terlupa untuk tambahkan sedikit lada hitam dan perasakan kuah carbonara dengan garam. Dah siap, itu saja. Sebenarnya mudah saja tapi mengada nak letak meatball berempah. 


Nampak sedap kan? Tuan suami puji sedapnya sayang masok. Alhamdulillah ๐Ÿ˜

Ini kiranya cara husniey masak tau, mungkin tak sama konsep dengan orang lain. Mood rajin sikit macam ini lah, cuba kalau malas nak makan nasi putih, ikan dan sambal aje. Selamat Mencuba dan Semoga Bermanfaat. Tak faham pasal resepi ini boleh tanya jangan segan, malu bertanya sesat jalan. Semoga bermanfaat. 

Biasanya husniey ada berkongsi menu masakan di insta story. Jemput follow dan lihat story di instagram: husnieyhusain 

14 comments:

  1. alahai lapo mama nengoknya uiii

    ReplyDelete
  2. aduiii. kenapa tngok entry akak jam 1 pg ni.. serius sedap!

    ReplyDelete
  3. buleh arr hidang ke aku nnt ak g ganu. hahaha

    ReplyDelete
  4. Fuhh mantap.Bahaya betul.Bahaya untuk kak PC yang jenis suka makan.

    ReplyDelete
  5. kak wani cam kurerng skit masakan barat.. kalau sekali sekala makan boleh la hii. sedap nampak tu husniey

    ReplyDelete
  6. Diah kurang sket makan fettucine tapi kalau angel hair memang laju.. masak apa pun in Sha Allah boleh telan

    ReplyDelete
  7. sedapnya berempah ni tentu tak muak kan

    ReplyDelete
  8. Husniey !! len kali masak extra post laaa sini sikit !!

    ReplyDelete
  9. sedappnya..hantar sikit dekat rabia hehhehehe.

    ReplyDelete
  10. Nak try buat la lepasni rempah tu..ada beli pasta semalam, best jugak main masak2..

    ReplyDelete
  11. meat ball cabonara mmg favorite....mmg nk kena buat lagi hehe...thanks for the recipe tuuu

    ReplyDelete
  12. sedapnya perap dengan rempah tu. Boleh cuba resepi ni. Biasanya masak simple simple je

    ReplyDelete
  13. nama pun unik..tengok senang je nak buatnya..boleh cuba

    ReplyDelete
  14. nampak sedap, husniey.
    aida sgt jarang beli dan masak fitusini tu.
    always dgn spageti.
    anak2 suka spageti. yg lain, diorang jakun skit.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com