Spagetti Segera Mudah Disediakan Keluaran Master Pasto - Husniey Husain

Monday, 8 April 2019

Spagetti Segera Mudah Disediakan Keluaran Master Pasto


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Semoga sentiasa sihat walafiat dan dimurahkan rezeki.
Makanan yang senang disediakan kini menjadi trending untuk kita semua. Lagi lagi jika sedang mengembara atau tidak punya waktu seperti sibuk bekerja) sukar menyiapkan makanan. Begitu juga bagi anda yang mengembara ke luar negara, agak sukar mencari makanan halal.


Makanan antara part paling penting kita perlu fikirkan jika ke luar negara. Menjadi lumrah sebelum travel pasti husniey siapkan beberapa menu makanan serta bahan-bahan kering hendak dibeli dan akan dimasak ketika berada di luar negara. Jom kita berkenalan dengan jenama Master Pasto yang mengeluarkan produk Spageti Halal dan mudah disediakan. Setiap packaging dalam tu terdapat dua paket. Satu paket berisi mee spaghetti dan lagi satu paket berisi sosnya.

Cara Penyediaan Spagetti Master Pasto 

Buka paket rendam ia selama 3 minit dalam air yang mendidih. Then, buka kedua dua paket dan sedia untuk dihidangkan ke dalam pinggan.
Cara kedua pula anda juga boleh menggunakan microwave untuk penyediaan.

Review Mengenai Rasa Spagetti Bolognese

Terdapat tiga jenis rasa spagetti. Ketiga-tiganya unik. First impression cuba rasa Bolognese, wah sedap. Rasa sos dia secukup rasa, sos mmg cukup untuk satu paket spagetti. Ada rasa masin, pedas, masam semuanya lengkap. Beberapa ketul ayam dalam sos yang tersedia, ayam tu sedap dan senang dikunyah yelaa ni kan spagetti segera, so boleh telan dan juga boleh diratah begitu saja






Mengenai Spagetti Aglio Olio Dan Spagetti Mushroom Cream Sauce

Kalau makan dekat kedai biasanya aglio olio ini kita terbayang dia keringkan, so ini macam sedikit berkuah. Sos dia pedas dek kerana lada hitam dalam tu. Sesuai untuk anda yang suka makanan pedas. Ayam juga beberapa ketul dalam sos dan boleh diratah begitu saja. Nak lagi cantik, just tambahkan hiasan atas spagetti yang dah siap hidang.


Bagi Mushroom Cream Sauce pula disediakan banyak cendawan sesuai dengan namanya, dan ada cream sauce. Sos yang pekat. Sesuai je makan sekali dengan spagetti dia tuh. Hidangan bagi spagetti Master Pasto ini satu paket itu dah puas untuk seorang makan, malah itu pun dah kira agak besar. Hanya perlukan masa 3 minit untuk menyediakan. Senang bukan? Lepas ni dah tahu kan mana nak cari makanan murah, mudah selain mee segera. Paling best ia halal ๐Ÿ˜Š


Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari:

Website: 

8 comments:

  1. sdapnya..kita pun dah cuba..:)

    ReplyDelete
  2. Sangat memudahkan kan Husniey.. dahlah mudah..ada pilihan..boleh tukar-tukar rasa ikut citarasa.

    ReplyDelete
  3. akak x puas makan husnieyy, rasa nak laggiiii ..apapun memang the best lah spageti segera ni

    ReplyDelete
  4. wow mudah saja mama suka ni

    ReplyDelete
  5. mudah sungguh. siap terus hahaha.. senang nak bawa jalan =D

    ReplyDelete
  6. sedapnyaa.. mudah pulak tu nak bwk travel..

    ReplyDelete
  7. wahhh,sedapnya.Ada yang baru lagi kan? Nak cuba juga lah satu.. Utk stok bulan ramadon.Ehh,dari makan meggie,baik simpan ni makan.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com