Apartment Menarik di Kota Bharu | Harga Bajet Dapat RM 30 sahaja - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Wednesday, 22 May 2019

Apartment Menarik di Kota Bharu | Harga Bajet Dapat RM 30 sahaja

Apartment Menarik di Kota Bharu | Paling Murah Pernah Dapat, RM 30 sahaja! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga berbahagia selalu. Mengambil sedikit masa untuk menulis tentang pengalaman menginap di apartment area Kota Bharu. Balik sahaja dari bercuti di Korea, hajat di hati memang nak berehat daripada travel kejap haha maklum sajalah duit dah banyak habis ๐Ÿ˜…

Last minute ada kerja di Kota Bharu. Sehari sebelum travel tu jugalah baru husniey kalut mencari penginapan murah di sekitar Kota Bharu. Ada je jumpa hotel bajet. Tapi harga pula tak berapa nak bajet sangat. Hehee.


Lalu husniey teringatkan website Airbnb. Haa kalau tak silap ada travel credit ni. So masa poket tengah sempit inilah eloklah tebus kan dan Alhamdulillah dapatlah murah bila buat tempahan penginapan. Cuma kena pandai cari harga yang berpatutan. Jumpalah penginapan ni, harga sewaktu jumpa itu RM 90 per night. Okaylah kan, tebus travel credit yang bernilai RM 60 husniey dapat jimat.
Plus siap dapat diskaun, maybe sebab apartment ini baru dibuka kot. Alhamdulillah rezeki kami berdua.

Apartment Baru Best D Kiara, Kota Bharu 

Apartment Best D'Kiara ini dalam 5-10 minit nak ke sekitar bandar Kota Bharu. Tak jauh pun. Masa mula membaca maklumat tentang penginapan, husniey macam rasa gusar juga dalam hati ini "eh okay ke tempat ni" , nampak macam tempat baru je. Satu lagi risau kalaulah tetiba tak dapat nak booking ke kan. Sebab tempahan dibuat agak lewat. Alhamdulillah everything was fine.

BACA SINI JUGA ARTIKEL MENARIK:

Pengalaman Menginap K-Guesthouse Dongdaemun Premium Seoul, Korea Selatan


Bahagian depan apartment. Masih macam kosong maybe belum siap dekorasinya.. tapi okaylah ada juga orang lain stay sini 


Our studio room for 1 night ๐Ÿ˜

Tiba di Kota Bharu waktu petang, husniey minta tuan suami hubungi owner kemudian kami diberitahu perlu jumpa security guard dekat bawah dan kami diberi kunci, lalu naik lif ke tingkat atas terus check in. Bangunan apartment ini dari luar nampak belum dihias sepenuhnya. Mungkin masih ada kerja di apartment tu yang belum settle. Tapi okaylah takde nampak seram pun.

Kami dapat rumah jenis studio apartment. Simple tapi lawa. Suka betul homestay jenis studio apartment ni. Rasa macam mewah dah kalau dapat ruang begini, yelah kalau hotel ruang sempit kot. Ini ruang sesuai untuk dua orang dewasa. Kemudahan tak lengkap sepenuhnya. Tapi okaylah ada televisyen, mini kitchen dan perkakasan dapur seperti gelas pinggan cawan. Tak boleh masak. Seterika dan iron board turut tersediakan.

Mestilah siap ada aircond 


Ruang tamu dan Mini kitchen 

Kemudahan yang ada disediakan di dalam studio apartment 

Paling husniey suka bila terjah dekat tempat tidur, rupanya bilik kami mengadap dengan permandangan indah. Cantik. Boleh nampak Sungai Kelantan. Nampak kesibukan bandar. Wahh serius rasa fresh je tengok view macam ni. Almari yang tersediakan agak besar. Meja serta kerusi untuk ruang kerja turut disediakan. Bilik mandi serta tandas juga besar ruangya.

Selesa ๐Ÿ˜

Lawa kan, inilah view dari tingkap bilik kami. 
Cantik sangat view waktu petang. Nampak suasana bandar Kota Bharu


Boleh beriadah bersama family disini 

Haa masih belum habis ni, ada lagi kemudahan best. Sesuai untuk yang menginap disini bersama keluarga. Apartment ini turut mempunyai kolam renang kanak-kanak dan kolam renang dewasa. Berlainan level. Ada juga bilik sauna. Syok juga sesekali kalau dapat sauna kan. Heee.

Sesuai tempat beriadah bersama family 

Bagi yang nak santai boleh bawa anak bermain-main di playground mesti happy kan.. Kami naik ke tingkat paling atas iaitu tingkat yang ke 19.. Indah betul layan view dari sini. Owner yang suggest kami untuk layan view lawa kat atas ni. Syok juga duk tengok kesibukan bandar Kota Bharu Kelantan dari atas.

With my sweetheart ❤️

Cantikk, bukan? 

Harga husniey dapat cuma RM 30! Teruja betul bila dapat menginap tempat okay macam ni dengan harga murah. Kalau anda turut nak merasa harga murah begini, hanya di Airbnb saja. Kalau korang nak bercuti serta nak dapatkan rate penginapan murah teruk, nah sila sign up Airbnb. Nanti korang akan dapat travel credit bernilai RM 120 dan boleh digunakan semasa buat tempahan guesthouse.

Amaun dibayar RM 30.32 sahaja bila buat booking redeem travel credit: RM 60 ๐Ÿ˜

Berbaloi tak? Sekian, sampai disini sahaja perkongsian husniey pada kali ini. Mudahan, semoga ia memberi manfaat ya. Thanks for reading!

Jarak Dengan Lokasi Popular
๐Ÿ“Siti Khadijah Market - 1.01 KM
๐Ÿ“Cahaya Bulan Beach - 6.45 KM
๐Ÿ“Sultan Ismail Petra Airport - 8.19 KM

๐Ÿ“ Best D'Kiara Apartment 
Jalan Sultanah Zainab, 
Kota Bharu City Centre, Kota Bharu, 
Kelantan, Malaysia, 15050

13 comments:

  1. harga bajet rm30 is insaneeeeee

    ReplyDelete
  2. wow..murah dan berbaloi..:)

    ReplyDelete
  3. Berbaloi giler harga tu Husniey. Bilik pun ok sangat.

    ReplyDelete
  4. Woww memang berbaloi sangatlah husniey..tapii ni yang dekat mana ye. Xnampak lagi kat mana ianya ni

    ReplyDelete
  5. wah bestnya, dah pernah sign up belum pernah cuba book

    ReplyDelete
  6. biar betul. murah sgt2 tu dan sgt berbaloi

    ReplyDelete
  7. Berbaloinyaa husniey harga nii

    ReplyDelete
  8. berbaloi sangat ni kak.. dah la murah.. penginapan pun selesa ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/05/trip-family-ke-hatyai-thailand-part-1.html

    ReplyDelete
  9. wah...
    boleh cuba nanti ni.
    aida kalau ke kb, setia dgn holiday villa.
    siap request bilik yg sama tiap kali gi :)

    ReplyDelete
  10. perghhhh ~~ boleh la jejak sini pula singgah.Mewah nampaknya,berbaloi tu harga serendah macam ni

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.