Resepi Sayur Lemak Gajus (Jambu Golok) Yang Terkenal Di Pantai Timur, Khususnya di Terengganu - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Saturday, 25 May 2019

Resepi Sayur Lemak Gajus (Jambu Golok) Yang Terkenal Di Pantai Timur, Khususnya di Terengganu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Didoakan semoga sihat dan ceria selalu. Bila tiba sahaja bulan Mac, April, maka kami di pantai timur terasa sukanya. Yelah air laut pun cantik, musim tengkujuh juga tamat. Musim mencandat sotong di sekitar perairan laut Terengganu agak meriah tau. Bila tiba musim nelayan dan orang lelaki pergi mencandat sotong. Kedua musim ini datang seiring dengan musim buah gajus.




Disini husniey selitkan sekali resepi lauk sayur lemak jambu golok bersama sotong. Lagi sedap jika keduanya fresh. Jambu golok yang dah masak ranum serta sotong segar. Jambu golok ini cepat lembik, so lepas beli kena cepat gunakan ia.


Credit: Sumber wikipedia

Resepi Sayur Lemak Jambu Golok + Sotong

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Lebih 5 Bilangan Orang Makan;


  • 1 kg Jambu golok (Untuk ramai)
  • ½ kg Sotong bersaiz sederhana (Beberapa ekor)
  • Santan secukupnya
  • Bawang besar 2 biji
  • 2 biji cili merah
  • 1 inci halia


Pertamanya perkara paling lama mestilah proses menyediakan bahan-bahan. Bawang besar dipotong 6, tak besar tak kecil sangat. Cili merah di potong memanjang dan halus. Ini mak husniey yang ajar. Dari cara potong sampailah cara memasaknya.

Jambu golok mestilah dipotong dalam keadaan memanjang dan dibersihkan. Buang biji dan ramaskan ia untuk buang airnya. Letak jambu golok dalam periuk, masukkan air serta jambu golok yang dah bersih. Celurkan ia. Nak buang airnya tu je. Sekejap je tau dalam 5 minit. Toskan buang airnya.

Jangan lupa, potong dan bersihkan sotong. Masukkan sayur jambu golok tersebut bersama sotong, santan secukupnya, bawang dan lain-lain bahan ke dalam periuk. Masukkan juga air putih secukupnya. Buka api perlahan dan sentiasa dikacau kuahnya tu (masakan bersantan kan kena jaga jagalah sikit, tak boleh nak leka) 😂



Perasakan garam dan gula sikit. Tak perlu lama sangat atas dapur tu, kejap je dalam 10 minit sebab ada sotong kan. Kalau dimasak lama akan liat pulak sotongnya. Dah siap tutup api dan dihidangkan bersama lauk lain. Ada sambal belacan serta ikan goreng lagi mengancam tau. Yang tak pernah cuba, jangan takut mencubanya sedap tau.


JEMPUT BACA BAWAH INI ARTIKEL LAIN YANG MENARIK:

BAKAL BERCUTI DI KELANTAN? NAH, PILIHAN HOTEL DI KOTA BHARU YANG MENARIK UNTUK PERCUTIAN ANDA!Best Beauty Tools From Althea Korea | Review Keindahan Kampung Jambu Bongkok, Marang | Suasana Nyaman Tenang


Tuan suami husniey jenis tak makan kalau makanan yang dia tak pernah cuba, tapi katanya yang ni sedap katanya. Takde rasa pelik pun. Alhamdulillah suka juga dapat rasa air tangan mak, kena pula ini merupakan menu tradisi Terengganu. Lama betul husniey tak merasa. Semoga entri ini bermanfaat ya ❤

14 comments:

  1. Pernah dengar tapi tak pernah makan lagi..teringin juga nak masak ni..

    ReplyDelete
  2. belum pernah cuba lagi jambu golok masak lemak

    ReplyDelete
  3. looks interesting. teringin jgk nak rasa ni

    ReplyDelete
  4. skrg ni byk sudah pokok ketereh yg dah mati. masa kecik2 dulu selalu gak makan colek ketereh ni.

    ReplyDelete
  5. mama xpenah lagi makan jambu golok yg dimasak mcm ni

    ReplyDelete
  6. sayur lemak br je mkn tp yg sayur lemak kobis ngan sayur lemak cekur manis...

    ReplyDelete
  7. First time dengar menu ni. Nampak sedap sgt tu Husniey. Lapar plak tengok. Hehe

    ReplyDelete
  8. sedap nih! tambah petai lagi terangkat!!

    ReplyDelete
  9. Jambu tu boleh buat gulai ye.. first time tahu nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, sha...
      unik.
      sama la kita, first time tahu.

      Delete
  10. 24 tahun duduk malaysia first time dengar nama lauk ni

    ReplyDelete
  11. x pernah merasa ni, husniey.
    mungkin nanti ke rumah makcik, nak suruh sepupu masakkan :)
    mesti cuba kan.

    ReplyDelete
  12. uhh sedap tuh masakan...

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.