Menginap Hotel Jenis Capsule Dalam Terminal Bersepadu Selatan (TBS) - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Sunday, 21 July 2019

Menginap Hotel Jenis Capsule Dalam Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Pengalaman Menginap Hotel Transit Jenis Capsule Dalam Terminal Bas. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga ceria selalu hendaknya. Walaupun cerita ini dah lama masa bulan puasa Mei 2019 haritu tapi husniey dah niat nak berkongsi pengalaman. It was my first time merasa tidur dalam capsule comel begini. Jadi inginlah ceritakan untuk kenang-kenangan. Siapa tak kenal Terminal Bas Bersepadu (TBS) itu tempat apa? Husniey yakin kalau anda merupakan warga Selangor dan Wilayah Persekutuan mesti dah pernah pergi ke sana untuk hantar ahli keluarga atau rakan sesiapa jelah berlepas menaiki bas di situ.





Banyak kali pengalaman husniey berada di TBS. Kali pertama masa zaman study pernah naik bas dari situ. Masa tu pergi rumah sepupu, pastu terus balik ke Johor tempat belajar. Sistem dalam TBS macam korang naik kapal terbang. Makin lama makin banyak benda baru dekat dalam TBS. Anda tak boleh sesuka hati untuk pergi awal ke Gate yang ditetapkan, anda dikehendaki check in terlebih dahulu. Ada kaunter check in nanti diberikan boarding pass yang tertera maklumat perlepasan berserta nama penumpang bas. Haa nanti kalau rajin husniey sambung cerita khas dekat entri lain, entah bila pulak lah tu kan :p


Menginap Beberapa Jam di Hotel Transit TBS (Capsule Hotel)

Hotel Transit dalam TBS ini dua tiga kali husniey duk perhatikan; rasa berkenan nak cuba. Selalu tengok dari jauh nampak sibuk aje suasana dalam tu. Nak dijadikan cerita akhirnya husniey dan tuan suami merasa juga menginap dalam capsule. Semasa bulan puasa haritu tuan suami baru sahaja dapat tawaran bertugas pekerjaan yang baru, iaitu Pilot Darat kepada sebuah syarikat bas ekspress. Pilot Darat saja mampu, nak bekerja as a pilot yang terbang di udara tu kena belajar pandai-pandai pulak kan, dah terlambat untuk itu, hahaha gelak jahat 

Belanja sekeping. Lawa kan bas ni ~


Suasana di tingkat bawah. Seat selesa. 

Kena lapor diri bertugas mula pada awal ramadan. Bila dah jadi pilot darat ni paling penting kena rehat + tidur yang cukup. Setiap hari dia bergerak trip berulang alik dari Kuala Terengganu ke KL, Shah Alam, Klang / Kajang / Seremban. Berpeluang mengikut tuan suami bertugas pada bulan puasa haritu sekaligus kami pergi shopping baju raya. Trip siang tak ada sempatlah kami shopping baju raya masa tu. 


Tak Rancang Pun Nak Check In Hotel Transit TBS

Kami cuma walk-in sahaja, tak ada buat apa tempahan awal. Selalunya husniey memang akan tempah awal melalui online tapi kali ini, tak. Kiranya tak ada dalam perancangan. Mungkin pada anggapan korang rugilah menginap tempat kecil macam tu, ruang tak lega langsung.

Beberapa buah capsule yang ada di dalam hotel transit 


Bilik kami, paling tinggi kedudukannya. Hehe 


Kesian dia nak tidur ya ~

Tapi pada husniey tempat itu pilihan terbaik yang ada ketika di dalam terminal itu, kami dah malas nak keluar mencari hotel bajet dekat luar. Lagi pun memang tuan suami nak tidur rehat saja bukannya kami datang nak bercuti. Bulan puasa pulak tu, tak mahu lah banyak berjalan. Bukan boleh makan minum di siang hari, hehehe.

Hotel Transit jenis capsule ini sesuai untuk pelancong / penumpang bas yang ingin berehat sementara menunggu waktu berlepas. Mudah bila anda menginap disini, boleh pilih untuk menginap minima satu jam / dua jam / tiga jam. Kami rehat di hotel transit ini selama 5 jam lebih. Dari awal pagi sampai ke lepas solat zohor. Ingat nak check out lebih awal tapi lena sungguh tidur dalam capsule.



Sempat lagi bergambar dekat cermin dalam capsule


Nampak sangat muka penat tuu :)

Rujuk harga capsule disini 

Ada juga lihat sebuah keluarga menginap disitu bersama anak-anak, rasanya tak ada masalah nak bawa anak-anak sebab disitu ada pilihan Large Capsule. Husniey memang inginkan jenis capsule biasa saja yang boleh muat dua orang.  Lepas tu terus buat bayaran penuh untuk bayar rate sehari. Bila kira balik kalau menginap kira rate per jam macam rugi sikitlah. RM 15 sejam x 5 jam dah RM 75. Rate sehari bagi capsule jenis Regular Capsule RM 70.  Deposit diperlukan RM 15 nanti dah check out dapat balik duit deposit.


Seronok duk main tekan tekan kat sini, macam nak bawa kapal je ni


Tempat letak access card, boleh adjust lampu, USB port, ada jam

Jangan risau walaupun dalam hotel tersebut tidak ada kemudahan tandas dan bilik air, tapi dekat aje nak pergi ke tandas. InsyaAllah okay tandas di TBS. Selalu dibersihkan oleh cleaner. Kemudahan surau pula terletak beberapa meter sahaja dari hotel transit. Nak solat pun senang ada kemudahan surau yang sangat dekat. 
Terdapat kemudahan dalam capsule tersebut seperti port untuk anda cas telefon, aircond, bantal tilam, selimut, safety box serta TV



Semua berfungsi dengan baik. Tekan door lock setiap kali nak keluar,
automatik terbuka sendiri


Safety box

Suka tengok design dalamnya macam dalam kapal UFO. HAHAHA, IMAGINASI TINGGI SANGAT. Lampu dalam capsule kita boleh pilih nak buka lampu yang belah mana satu. Kalau dah tak ada benda nak buat, anda boleh terus tekan pada tombol yang tertulis Sleep Mode. Capsule akan gelap suram sikit so boleh tidur dengan nyenyak. Pintu capsule tersebut boleh dikunci dan dibuka juga kena tekan pada papan kekunci dekat mirror tu. Capsule tu takdelah sempit sangat, masih muat bawa masuk backpack dan handbag. Letak kat penjuru kaki. Korang yang bawa bagasi besar tu boleh simpan dekat kaunter depan.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

📍Journey to Busan From Seoul By Train Mugunghwa 
📍 Menginap Guesthouse Di Haeundae Busan 
📍 Hari Ketiga Di Seoul, Membeli Belah @ Gwangjang Market | Jalan - Jalan ke Itaewon


Okay jelah stay beberapa jam macam ni, bila check in takdelah buang masa nak jalan jauh untuk ke bilik tidur. Masuk capsule terus fokus untuk rehat tidur, kalau duduk hotel besar tu buang masa jugak kan dah kena tour bilik lagi. Kangg tak jadi nak tidur nak rehat. Sekian semoga ber
manfaat perkongsian pada kali ini. 


Rest & Go Hotel Transit | 
Simpanan Bagasi 
Jumlah Penginapan: RM 70
Lokasi: Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan.

9 comments:

  1. Kalau Kak Diah mau menjerit kelemasan.. penakut sempit

    ReplyDelete
  2. wahhh luas jugak dekat dalam and nampak selesa! Nanti boleh try kalau nak tidur & rehat sekejap

    ReplyDelete
  3. Wah semakin banyak kemudahan di TBS ye..dulu kerap juga ke TBS hantar adik ipar nak balik kampung.Bila masing-masing dah ada kereta makan tidak lagilah ke TBS ni..terima kasih Husniey perkongsian.

    ReplyDelete
  4. amboi dalam diam-diam dia dah nginap dekat sini. hari tu sempat ushar je kan. Haha.

    ReplyDelete
  5. Wahh..walaupun bilik kapsul kecik, tapi ok je lah kan untuk transit kejap2..tengok pun selesa je. Jimat pun jimat..nanti nak try jugak lah!

    ReplyDelete
  6. Yeay akhirnya update jugak citer bilik kapsul ni. Lama tgu. Hehe.
    .
    Sng la kalo nk rht skjp kan.. Murah pun murah

    ReplyDelete
  7. Wahh pestime dgr ade bilik mcm ni. Btw sy follower br, jmput follow my blog ya.

    ReplyDelete
  8. Nak tanya akak, boleh kunci tak? Agak2 selamat tak utk perempuan tidur sorang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kunci dik, insyaAllah selamat stay hotel capsule macam ni..

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.