Day 4 South Korea | Journey to Busan From Seoul By Train Mugunghwa

Kemana lagi selepas explore di Seoul? BUSAN. Ya, Busan Korea. Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera. Meh kita sama- sama baca per...


Kemana lagi selepas explore di Seoul? BUSAN. Ya, Busan Korea. Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera. Meh kita sama- sama baca perkongsian husniey pada kali ini. Pada mula membuat itinerari husniey terfikir rasanya lebih lengkap perjalanan ke Korea kalau kita turut explore tempat menarik di Busan. [Baca - pengalaman Gamcheon Culture Village Korea].

Yelah duk baca di blog dan group travel di Facebook kebanyakanmya backpackers ke Korea tak habis banyak pun. Tak sampai dua ribu ringgit. Jadi keputusan dibuat dan husniey ke Busan jatuh pada hari keempat hingga hari kelapan. Lagi pun masa tu beli tiket balik Busan to KLIA2 dah lambat, nak balik dari Seoul kebanyakan tiket agak mahal maybe sebab peak season kot (Musim Bunga tengah peak). Best pergi negara 4 musim macam korea, jepun & australia ni. Datang tempat sama pada musim berbeza, feelingnya pun tak sama. (Lebih lanjut di Ibusyurga)

Pagi itu sebelum check out sempat sekali lagi ke Gwangjang Market untuk membeli kain yang dikirim oleh rakan-rakan. Rezeki bila travel, jadi personal shopper. Macam inilah nak berjalan di negara orang bukan mudah nak cari duit. Boleh buat tambah duit belanja.

Bergambar kali terakhir dengan business owner Omega Textile, Gwangjang Market 

Check out dari K Guesthouse sebelum jam 12 tengahari. [Baca pengalaman menginap di k-guesthouse korea]. Selepas itu bergerak ke Seoul Station dengan menaiki bas (angkut semua beg, bagasi, barang yang dah shopping di Seoul). Berat jugalah weh mengangkut barang kehulu kehilir. Nasib terus ke Seoul Station. Tiket train nak ke Busan telah beli awal sehari. Tiba di Seoul Station menanti waktu untuk berlepas ke Busan pula. Dijangka jam 3 pm.

Sedikit info tentang Seoul Station 🚉 

Seoul Station adalah terminal kereta api. Pelbagai jenis keretapi yang terdapat disitu. Kiranya macam berpusat di situ. Jenis keretapi yang ada seperti Gyeongbu (Seoul-Busan) KTX (Korea Train Express) serta kereta api Saemaul, Mugunghwa dan Nooriro. Ia juga berhubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon oleh AREX (Airport Express). Maknanya kalau anda dari Airport Incheon boleh direct ke sini. Centre dah nak kemana mana pun boleh bila dekat dengan kemudahan pengangkutan awam.


Department Store dan Lotte Mart Discount Store jadi tarikan bagi Seoul Station. Kemudahan yang terdapat di dalam Seoul Station seperti restoran, makanan segera, kedai roti, kafe, farmasi, dan banyak lagi.

Train ini agak panjang jenuh cari gerabak kami

Pukul 3pm kami dah menunggu di platform. 10 minit sebelum waktu jangkaan barulah kelihatan train Mugunghwa muncul di platform. Jadi apa lagi lekas kami mencari gerabak dan lihat nombor seat. Kalau tiket non reserved seat boleh duduk dekat tempat yang tiada penumpang. Jika jatuh weekend atau musim cuti sila beli tiket yang boleh reserved seat. Harga berbeza. Untuk tiket boleh juga beli secara online sila lihat di website



Perjalanan ke Busan amatlah panjang ya. Kena sediakan mental fizikal (agak bosan). Menaiki train Mugunghwa dari Seoul ke Busan memakan masa hampir 5 jam lebih.
Dah macam naik flight dari KL ke Seoul aje.

Serius memang lama. Jemu menunggu waktu untuk tiba di Busan. Tidur bangun tidur bangun tak sampai lagi. Ini merupakan pengalaman pertama kali Husniey dan suami merasa naik train di negara orang yang makan masa sangat lama. Dicadangkan untuk anda download dan tonton movie ke apa sebab bosan kan lama dalam train. Dari jam 3 petang kami tiba di Busan Station jam 9 malam. View sangat cantik sepanjang perjalanan, nak nak pula masa tu tengah musim bunga. Awal April masa kami nak ke Busan di sesetengah tempat dah full bloom. Cantik sangat cuma tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak masa dalam train. Di Seoul lambat sikit full bloom. Hayati dan simpan kenangan dalam ingatan aje. Kemudahan tandas turut disediakan. Bersih tandasnya. Nak solat mungkin boleh aje dalam train cuma kena pandai cari sudut yang takde orang kot. Kalau ambil wuduk dekat sinki silalah lap balik di bahagian tempat terpecik air tu, sebab negara Korea diaorang jaga tandas tu kering.

Train to Busan in real. Hahaha



Train Mugunghwa ini turut berhenti di beberapa tempat seperti Busan Station, Dongdaegu Station, Sinhaeundae Station. Daejeon station banyak lagi lah stesen yan dia berhenti untuk turunkan dan naikkan penumpang. Busan Station merupakan stesen terakhir. Memang terasa betapa hujungnya Busan. Kalau anda menaiki train laju KTX lagi cepat sampai kot. Dari 5 jam mungkin akan jadi makan masa 3 jam sahaja perjalanan. Tapi agak mahal tiketnya beratus ringgit.

Setibanya di Busan Station terus husniey mencari tempat untuk menebus Baucer 'Busan Subway Pass', ia percuma. Busan Subway Pass ini husniey dapat setelah menjawab survey di website Korea Tourism Organisation (KTO). Malangnya dah lewat kan, pejabat dah tutup. Esok pagi tu baru kami datang balik ke Busan Station.

Tak sabar nak tahu more pasal cerita travel Husniey ni, boleh tonton video di Youtube Channel  👇 


Jadi malam itu kami berkira nak ambil bas aje dari Busan Station ke Haeundae Beach. Bas akan berhenti di bus stop dekat Haeundae beach la. Malam pertama di Busan memilih untuk menginap di kawasan Haeundae Beach. Perjalanan dari Busan Station nak ke Haeundae mengambil masa 40 minit lebih kurang. Masa ambil bas tu risau juga kot tersalah bas atau tersalah tempat berhenti sebab tak berapa pasti kedudukan guesthouse dekat dengan bangunan apa. Yang tahu dekat je dengan pantai.

Our guesthouse while at Haeundae 
Menu simple malam itu. Sampai aje terus panaskan apa yang patut. Sambal nasi lemak emak bertahan lama betul. Hehe sebab cuaca sejuk kot lambat basi. Kami pack kecil kecil bawa travel. Sedapp weh makan time lapar. Nasi beli yang segera di CU.
Menu kami yang lain; Telur rebus, seaweed, dan kimchi! 

Nampak sedap kann. Rindu Kimchi 😍 

Alhamdulillah mudah saja urusan mencari guesthouse di Haeundae. Walaupun dah gelap malam tapi dipermudahkan. Lenguh juga sehari suntuk dalam keretapi menuju ke Busan. Selepas check in dah tak keluar kemana pun. Sebab dah lewat malam ni risau juga. Beli makanan dekat CU aje (macam 7Eleven). Untuk entri ini rasanya done setakat ini. Nanti husniey akan sambung di lain entri part jalan jalan di Busan dan review guesthouse. Kisah jalan jalan ke Busan bersambung nanti.

Kos Belanja Hari Keempat 

✓ Gwanghuidong - Gwangjang Market
= 1200+1200won (bas)
✓ Korean silk kain pasang 100k won
✓ Gwangjang Market - Gwanghuidong
= 1200 + 1200 won (bas no 7212)
✓ Eljiro -  Seoul STT = 1200 + 1200won Bas no (202) (Kos pengangkutan itu untuk dua orang)

Total 107,200 won exclude tiket train ke Busan, dah masukkan kos itu semasa hari ketiga. Baca di entri sebelum ini Hari Ketiga Di Seoul, Membeli Belah @ Gwangjang Market | Jalan - Jalan ke Itaewon. Jadi kos RM 374 itu tukaran terkini tapi rasanya masa husniey ke sana itu tukaran macam mahal sikit. Sekian saja entri pada kali ini moga bermanfaat ya.

You Might Also Like

6 comments

  1. Jauh perjalanan luas pemandangan.. Banyak pengalaman. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Dulu plan nak naik train juga. Tapi sebab ke jeju dulu, makan naik flight je. Tp next time nk try naik train kat sana.

    ReplyDelete
  3. woww moga tahun depan turn sis gee & family pula ke Korea!!

    ReplyDelete
  4. Bestnya pergi korea. Wish list ni

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.