Menginap di Apartment Mewah, Kuala Lumpur - Husniey Husain

Sunday, 26 November 2017

Menginap di Apartment Mewah, Kuala Lumpur


Pada penghujung September lalu husniey dan suami bawa keluarga mertua jalan jalan ke KL percutian santai. Nak bawa bercuti ke pulau tak mampu nak sponsor, adik adik ipar agak ramai. Semua masih bersekolah. Eh sebenarnya salah satu sebab kena pergi, Husniey dah pun beli tiket flight Airasia semasa promosi free seat pada bulan Mac. 

Nak tahu lebih lanjut pasal husniey grab tiket semasa promosi AA boleh baca entri sebelum ni (KLIK SINI)

🌸 Hari Pertama 27 September 2017

Bertolak dari Kuala Terengganu ke KL flight pada waktu tengahari. Seronok tengok adik adik ipar teruja betul sepanjang dalam perjalanan tu. Husniey buat tempahan online makanan pesan Nasi Lemak Pak Naseer 2, dan Nasi Ayam 1. Buat tempahan awal secara online lebih berbaloi. Satu menu cuma RM 10 sahaja. 



Dalam kapal 


Yummy! 

Tempat duduk semasa penerbangan tak beli pun. Biarkan saja pihak pengurusan AA yang tetapkan. Alhamdulilah banyak dapat jimat disitu, walaupun tak dibeli tempat duduk. Tetap kami semua dapat je duduk berdekatan. (Ini tips jimat untuk beli tiket penerbangan pada harga yang murah, tak perlu beli tempat duduk. Baggage pun tidak dibeli). Bawa beg galas je setiap seorang. Tapi kena alert, tak boleh melebihi 7 KG kalau nak bawa naik beg ke cabin). Sila patuhi arahan penerbangan

Total beli tiket flight untuk tujuh orang hanyalah RM 120+ termasuk surcharge semasa buat pembayaran, tak termasuk makanan dalam flight.

🌸 Tiba di KLIA 2, Kuala Lumpur


Jalan jalan di dalam airport.
Teruja husniey terjumpa kedai Family Mart, dapatlah merasa aiskrim jenis green tea teringin sangat. Di Terengganu tak ada Family Mart. 7E aje yang banyak. 





Aiskrim Matcha


Dari KLIA 2 untuk jimatkan belanja kami menaiki bas untuk ke tengah bandar,
bas selalu ada setiap 1 jam (kalau tak silap). Tiket bas dibeli semasa keluar di ketibaan kat airport. Akan jumpa kaunter tiket bas. Harga tiket bas dalam lingkungan RM 9 -11 seorang. Boleh pilih destinasi yang ingin dituju. Ke KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Perjalanan memakan masa 1 jam dari KLIA2 untuk ke KL Sentral. Dari KL Sentral agak dekat jarak untuk ke tempat penginapan kami. 

Sepanjang di sana pengangkutan awam yang jadi pilihan untuk kami bergerak 😊
Tiba di KL Sentral, husniey memikirkan cara untuk ke penginapan kami yang teletak di Jalan Sultan Ismail
Pada mulanya ingat nak naik LRT je,
tapi macam jauh pulak kena jalan kaki ke tempat menginap tu. Kesian pulak adik adik. 

Masa tu barulah terfikir, "alah apa susah zaman dah maju pengangkutan di KL ni kan banyak". Detik hatiku. Husniey cuba install Grabcar. Tengok tambang.. Ohh baru tahu, di Grabcar siap ada pilihan saiz kereta yang kita mahukan. Memandangkan kami agak ramai so pilih saiz kereta jenis XL (6-7 seaters). Good apps, pertama kali Husniey menggunakan applikasi Grabcar memang rasa kagum. Dari KL Sentral ke Jalan Sultan Ismail. Tambangnya RM 17 kereta jenis Proton Exora. Berbaloi kan tambang tu untuk 7 orang


MENGINAP DI BANGUNAN PLATINUM SUITESπŸ“

Setibanya di bangunan Platinum Suites memang tak sangka mewah betul tempat ni. 5  BINTANG bukan biasa biasa 
🌟 🌟 🌟 🌟 🌟



Terserlah kami berpakaian biasa aje bukanlah orang kaya, staf di lobby tetap sudi menyapa dengan senyuman mesra
Dari ruang lobi kami perlu naik lif dan ke tingkat 50, mencari kaunter pejabat Victoria Home. Keluar aje lif terus nampak
Sekejap je urusan check in. 

Untuk akses ke tempat kemudahan yang ada kena bawa selalu kad yang diberi.. Nak guna lif pun kena bawa. Memang mewah sangat, tak biasa tau πŸ˜‚
Tak sangka besar juga suite home ni, 
kami menginap di tingkat 50


Cantikkan design mewah 5 bintang 😍
Ini gambar dari website





Ini dari kamera telefon husniey, bilik kami suami isteri 😍
I'm in love. Cantik sangat!
Ada dua buah bilik dalam rumah kami menginap ini. Bilik utama pintu bilik  attach sekali dengan bilik air

Sorry gambar agak blur

Dari website Airbnb 

Bilik kedua sesuai juga untuk pasangan, kawan kawan sejantina tu. Atau sesuai untuk menginap bersama keluarga. Sebab bilik kedua pun sediakan double bed. 



Bilik, ruang tamu, dapur semua dilengkapi dengan penghawa dingin.. Selesa sangat! Dapur yang moden,
boleh memasak, perkakasan memasak semua disediakan cukup lengkap. Mesin basuh dan pengering. Kami malam tu basuh baju di rumah ini aje tak perlu nak cari dobi dah. 

Dapur. Mewah dan lengkap. 




Suka bilik kecil macam wardrobe gitu. Dalam tu ada iron, iron board,tuala, hanger, almari. Laluan untuk ke bilik air dari bilik utama. Bantal dan tilam cukup lengkap siap disediakan tilam lebih tau 😍

Unik kan siap ada wardrobe besar 






TV dan Wi-Fi pun ada disediakan. Bagus betul pihak pengurusan Victoria Home ini. 
Permandangan dari apartment memang cantik, nampak kemeriahan bandar



Check in dah lewat petang, solat.
Adik adik ajak mandi pool dekat rooftop
Permandangan sini memang cantik. 

Mengadap dengan KLCC dan Menara KL. Mewah betul rasanya. Gembira dapat spend time dengan keluarga.





Kemain syok adik adik mandi di kolam renang. Yang perempuan, kena pakai pakaian renang. Yang muslimah punya pun dibolehkan. 






Kolam renang untuk kanak kanak pun ada disediakan. Mandi kolam dah lewat petang,
maghrib balik ke bilik. Bersihkan badan, solat, bersiap keluar makan. Memang lapar teruk, semua belum makan nasi. Makan dalam flight tu apalah sangat, 

Kami buat keputusan nak makan masakan panas kata receptionist boleh cuba makan di Kg Baru.. Selalu je dengar pasal Kg Baru banyak kali sampai KL tak pernah singgah pun. Rupanya dekat je dengan banguna Platinum Suites ini 



View dari luar bangunan



Tak jauh dari tempat kami menginap ni, berjalan kaki beberapa ratus meter 300m macam tu. Menu cuma beberapa minuman, nasi goreng, nasi putih 3, tomyam buat 2 hidangan, sayur, ayam. Total : RM 70

Malam tu lapar lagi, nasiblah ada beli Korean Ramen Samyang dan Maggie asam laksa semasa singgah di Family Mart di KLIA2 siang tu. 



🌸 Hari Kedua 28 September 2017 

Sempat ke pool, adik adik mandi lagi sebelum check out. 





Majestic View! 😍

Sementara itu husniey dan tuan suami pergi ke Gym dan Library.. Terletak sebelah kolam renang tu je.. Sama level. Seperti mana yang husniey bayangkan, memang cantik. Elegan. 


Gambar dari website je ada
Lupa nak snap. 
Sama seperti dalam web


Ruang membaca. Sesuai nak cari ilham dan siapkan kerja disini 



3D.. Dikelilingi cermin

Kemas barang. Check out jam 12 tengahari
Naik GrabCar ke Masjid Negara
Tambang RM 19
kali ini dapat kereta Alza

Jalan jalan cuci mata, sambil tunggu masuk waktu zohor. Terus solat di masjid. 


Dari Masjid Negara ke Sogo. Naik Grabcar juga, tambang RM 12. Suka betul guna aplikasi Grabcar di KL, pantas tiba di lokasi 

Jalan jalan di Sogo, makan tengahari di food court. Naik LRT ke Taman Maluri.
Singgah di Jusco Taman Maluri shopping sikit je. Husniey tak shopping pun
Lama jugak di Jusco ni, baru je nak bergerak hujan lebat pulak. Lama pulak tu
Dari Maluri ke TBS (LRT)
Bersihkan diri, solat dan makan di TBS sebelum balik.. 

Jalan jalan kami berakhir di TBS. Balik ke Kuala Terengganu menaiki bas SP Bumi jam 10.30 malam.. Alhamdulilah selamat pergi dan balik. Berjaya misi Husniey nak bawa keluarga mertua menaiki kapal terbang, menginap di apartment mewah dari awal tahun husniey dah rancang. Itu jelah yang mampu buat masa ni.. 

Bagi yang tertanya tanya..
Harga apartment mewah yang husniey menginap tu RM 226 sahaja!
Tempahan dibuat melalui online melalui Airbnb


Total payment pada tanda anak panah tu
Husniey dapat tolak referral credit RM 55


Sepatutnya RM281.30 tapi telah ditolak credit RM 55. Thank you Airbnb! 

Jika suka bercuti wajib sign up akaun Airbnb. Di Airbnb ada banyak pilihan homestay / apartment yang selesa dan mewah, paling penting harga yang ditawarkan di Airbnb sangatlah berpatutan!😍

Ingin bercuti di rumah mewah, nah daftar Akaun Airbnb Percuma


11 comments:

  1. ya allah serius lawa sangat apartment mewah tu,lagi-lagi view! cantik! best boleh buat orang sekeliling kita happy kan :D

    ReplyDelete
  2. Murah je rupanya ye harga apartment tu. Besar bukan main. Nampak mewah sungguh. View pun cantik.

    ReplyDelete
  3. bestnyeeeee.

    jmput la join n meriahkan GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  4. wahhh view kat pool tu cantik sangattt

    ReplyDelete
  5. Wah seronok juga ya dapat rehat dan bercuti kat sini..

    ReplyDelete
  6. wahh bestnyaaa dpt holiday. busyra lama dh ni tak holiday. hehe

    ReplyDelete
  7. Fuhhhh tekun LZ baca trip HH dari awal hingga akhir..
    Best pengalaman HH.. LZ pun tak rasa boleh organize trip spt HH..
    Thumbs up!

    ReplyDelete
  8. seronoknya husniey.. best la. macam rumah dahh

    ReplyDelete
  9. Wahhh...nak try jugak la. Cantik je tempat tu

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com