Cadangan Menu Bersertakan Resepi Lauk untuk Iftar 2018

Assalamualaikum dan Salam Syaaban serta Salam Jumaat yang indah. Harini husniey mengambil ruang untuk menulis sedikit cadangan menu, ...



Assalamualaikum dan Salam Syaaban serta Salam Jumaat yang indah. Harini husniey mengambil ruang untuk menulis sedikit cadangan menu, sedikit sahajalah.
Ada menu masakan yang hanya diimbas kembali. Hehe

Jom kita lihat senarai cadangan menu bersertakan resepi yang husniey sediakan dibawah ini. Okay, mungkin tak banyak pun sebab dalam masa sebulan tu akan ada berbuka di masjid, makan buffet di mana mana hotel, dan akan berbuka bersama keluarga di Pantai Batu Buruk, balik berbuka di kampung Kemaman. Haaa begitulah setiap kali tiba Ramadan.
Meriah kan.. Tak sabar nak merasai kehangatan Ramadan 😍



Nasi Ayam Simple dan Sedap |

Ini antara menu wajib husniey masak, tiap tahun mesti buat nasi ayamlah. Kalau tak nasi ayam pasti nasi lemak.. hehe. Sudah pernah berkongsi di blog ini resepinyaa, nah klik bawah ini




Kari Ikan

Kari Ikan dihidangkan bersama kobis goreng kunyit, sambal belacan |

Ya Allah, menu ini faktanya sangatlah sedap. Nampak sahaja dalam gambar macam lauk tu biasa je kan, tapi percayalah anda mesti tak sedar akan menambah nasi untuk kali keduanya.. Pula tu perut berkeroncong setelah seharian berpuasa, hee 😂

Turut pernah berkongsi resepinya

Ketam Masak Lemak Padi

Ketam Masak Lemak Cili Padi | 

Ini kiranya masakan signature Chef Husniey di rumah. Tu dia kemain kan tetiba tambah chef kat depan, hahaaha okayy ni cerita serius tau, bukan main main husniey memang budak kitchen dulu. Praktikal pun dekat hotel. Selalulah pakai baju chef tu kehulu kehilir siapkan order, bantu siapkan buffet tengahari dan makan malam. Kelam kabut di dapur hotel kalau ada group banyak dalam sehari. So kiranya chef jugalah tu kan, walaupun sekarang hanya bekerja sebagai chef di rumah. Hihi, okay itu dia cerita selingan 😂

Nak tahu resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi  >> baca disini <<




Ikan Goreng Blackpepper 

Ikan Goreng Blackpepper

Menu ini baru cuba masak haritu. Tagline husniey dalam menyediakan makanan kepada tuan suami ialah mesti 'Senang Dan Sedap'. Haha jadi selalunya masak yang senang dan simple jelah. Duduk pun berdua je. Nak meriah sangat pun tak boleh juga kan 😂

Resepi Ikan Goreng Blackpepper 

4 hingga 5 ekor ikan selayang
Bawang Merah 3 ulas
Bawang putih 3 ulas
Cili Hijau (Suka pedas letaklah banyak, husniey letak lebih dari 5 )
Sedikit belacan

Cara - Cara Menyediakannya 

Ikan disapukan serbuk kunyit dan digoreng terlebih dahulu.
Blend semua bahan di atas (mak cik bawang, pak cik bawang tersebut). 
Tekstur bahan blend akan bertukar jadi hijau, husniey suka bau semasa menumis. 
Macam biasalah, kena tumis bahan diatas sehingga naik bau ya

Masukkan sedikit sos tiram, 1 sudu tsp. Masukkan kicap bebanyak. Nak suruh warna jadi sedikit gelap kan. Plus tadi ditambahkan cili agak banyak so nak bagi rasa pedas tu tak melampau. Masukkan Serbuk lada hitam 1 tsp memadai. Kacau rata. Jika kuah kering sangat, tambahkan sedikit air (selalunya dia akan kering dan bau macam nak hangit sebab kicap kan ia jadi caramelised.. Tu dia terkeluar terma chef) 😂

Last but not least. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula. Hidangkan! Senang je kan?
Itu sahaja menu husniey bersertakan resepi yang nak dikongsikan pada kali ini.
Sikit sangat kan.. Boleh baca senarai 20 menu yang husniey cadangkan pada tahun 2017
Entri yang tahun lepas ini menjadi carian top di google search. Hee, alhamdulillah 

Klik bawah ini untuk membacanya


Akhir kata, terima kasih membacanya dan semoga entri ini bermanfaat bagi yang memerlukan 😊

You Might Also Like

15 comments

  1. Sedapnya ketam masak lemak cili api. Suka tapi malas nak makan ketam. Makan kuah jadilah. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Itu cabaran kalau makan ketam, husniey pun tak berapa suka mulanya tapi sebab fav suami dan dia pandai makan dengan licin kita minta tolong dengan dia jelah kopek kan kulitnya keras tu 😂

      Delete
  2. sedapnya nasi ayam.my fav food tu..mmg request dh nasi ayam tu.my mum masak nasi ayam mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak husniey pun suka nasi ayam.. Wah macam best je mak Rabia buat, kan sedap kalau dapat merasa

      Delete
  3. ikan goreng blackpepper tu tak pernah cuba lagi.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  4. wahhh rezeki sedap-sedap nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Hans.. Menu tu yang sedap, tapi kalau tak kena cara masakkan tak jadi sedap juga 😂

      Delete
  5. Ketam lemak cili api tu favorite Ana. Sedapnya. Selamat belum puasa =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah favourite husniey jugak, berlemak molek isi tu kalau buat masak lemak cili.. 😍

      Delete
  6. Woooo semua sedap belaka.. Harapnye puasa nanti lebih rajin la nak memasak.. hadoii.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaha harapnya husniey pun rajin jugak memasak puasa nanti.. Bukan boleh percaya ni kadang mari mood malas ke kedai jela senang, hehe

      Delete
  7. waaaa~ dah keluar dah resepi untuk iftar. semua sedapnyaaaa... <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dah keluar, tapi husniey buat sikit aje cadangan menu tahun ni 😂

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.