USM, Ronald McDonald House Charities Cakna | Bakal Bina Rumah Untuk Keluarga Pesakit - Husniey Husain

Tuesday, 31 July 2018

USM, Ronald McDonald House Charities Cakna | Bakal Bina Rumah Untuk Keluarga Pesakit


'Memastikan Famili Sentiasa Bersama', itulah slogan bagi Ronald McDonald House Charities (RMHC). Persatuan Kebajikan Ronald McDonald pada 29 Julai 2018 bersama Universiti Sains Malaysia Kelantan menandatangani memorandum persefahaman.



Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM dan Azmir Jaafar, Presiden RMHC merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia semasa pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) sambil disaksikan oleh Yang Mulia Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Tengku Ariff, Ahli Lembaga Gabenor USM

MISI RMHC INGIN MERINGANKAN BEBAN KELUARGA PESAKIT

Idea pihak badan kebajikan Ronald McDonald House Charities ini menandakan mereka begitu cakna terhadap kesusahan dan orang yang kurang bernasib baik. Misi RMHC adalah untuk meringankan beban keluarga pesakit pediatrik dengan memastikan mereka mempunyai tempat tinggal sementara yang dekat dengan pesakit selama mana mereka menjalani rawatan perubatan di hospital. 

Azmir Jaafar, Presiden RMHC merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Yang Mulia Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Tengku Ariff, Ahli Lembaga Gabenor USM; Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM dan Profesor Madya Dr. Ariffin Nasir, Yang Dipertua Persatuan Pesakit Kanak-kanak Hospital USM (tiga dari kiri) bersama beberapa pesakit kanak-kanak yang bakal menerima manfaat dari sumbangan wang tunai yang diberikan oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald.

Selalunya kes-kes bagi pesakit kanser akan tinggal di hospital dalam jangka masa yang lama. Seseorang yang menanggung penyakit kronik sememangnya memerlukan sokongan padu dari keluarga mereka. Jadi RMHC tampil menghulurkan bantuan membina rumah kebajikan di kawasan hospital Universiti Sains Malaysia.

MERUPAKAN RUMAH KEBAJIKAN RMHC YANG KEDUA DI MALAYSIA
Untuk pengetahuan anda, pada tahun 1999 rumah Ronald McDonald yang pertama telah dibina di dalam kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pada masa itu ia merupakan yang pertama di Asia. Rumah tersebut telah dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Rumah tersebut menjadi rumah persinggahan lebih 850 keluarga pesakit pediatrik sehingga kini. 

TEMPAT TINGGAL SEMENTARA YANG DILENGKAPI DENGAN PELBAGAI KEMUDAHAN
Rumah ini akan dilengkapi dengan 18 bilik, yang boleh menempatkan 4 hingga 6 buah katil pada setiap bilik. Setiap bilik turut mempunyai bilik air sendiri. Pelbagai kemudahan yang disediakan untuk keluarga pesakit yang tinggal disini. Selain bilik keluarga rumah Ronald McDonald bakal menyediakan kemudahan seperti ruang makan, ruang tv, dan ruang istirehat, dapur, bilik mesin basuh, dan juga taman permainan. Ronald McDonald turut menyediakan Bilik Sensori bagi membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan bantuan peralatan deria khas.

Naib Canselor USM dan Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia Encik Azmir Jaafar ketika menyampaikan ucapan

Suasana ketika majlis di Auditorium Blok Pentadbiran HUSM 
Encik Azmir Jaafar yang merupakan Pengarah Urusan McDonald Malaysia serta beliau juga sebagai Presiden RMHC berkata, “MoU pada harini dengan USM merupakan satu lagi detik bersejarah bagi RMHC Malaysia dengan semua pihak yang terlibat. Pembinaan Rumah Ronald McDonald Malaysia dapat direalisasikan dan dijangkakan bersedia mengalu-alukan kehadiran keluarga pesakit pediatrik pada awal tahun hadapan. Kami komited untuk menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga dapat berada dengan anak-anak mereka.” 
Dalam ucapan tersebut Encik Azmir turut berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh Hospital USM, dan beliau percaya kemudahan yang bakal diberi dapat memberi banyak manfaat kepada keluarga pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital ini.

HUSM MENYAMBUT BAIK KERJASAMA DENGAN RMHC: 
HUSM MENYEDIAKAN TANAH & RMHC MEMBINA RUMAH DENGAN KOS BELANJA DIANGGARKAN JUTAAN RINGGIT


Melalui MoU ini Hospital USM menyediakan satu ekar tanah di dalam kawasan hospital, untuk pembinaan rumah tersebut manakala bagi pihak RMHC pula akan membina rumah ini siap dengan kelengkapan yang dianggarkan menelan belanja kira-kira 4 juta ringgit Malaysia. Pembelanjaan mentadbir dengan operasi akan ditanggung bersama kedua-kedua belah pihak. 

Naib Canselor USM berkata, “USM menyambut baik kerjasama strategik ini bersama RMHC sebuah badan kebajikan berdaftar dengan objektif membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dari aspek pendidikan, kesihatan dan juga sosial”.

MEMBANTU MEMENUHI KEPERLUAN MASYARAKAT
Kerjasama yang baik ini membantu memenuhi keperluan masyarakat khususnya mereka yang dari kalangan B40 yang merupakan 80% pesakit yang mendapatkan rawatan di HUSM.
Sebagai contoh, dalam tempoh 6 bulan pertama (Januari – Jun 2018) HUSM menerima sejumlah 3015 pesakit di wad pediatrik yang kebanyakannya datang dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

MEMPERKUKUHKAN JENAMA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Kerjasama bagi projek yang murni ini mengukuhkan jenama USM amnya dan Hospital USM khasnya sebagai hospital pakar. Ia menjadi rujukan dalam pelbagai displin perubatan dan kesihatan di Pantai Timur. Selain itu juga membuka pelbagai pintu kerjasama yang lebih luas dan strategik bagi kedua-dua belah pihak. Hal ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan untuk menjadikan USM sebagai Universiti Pilihan.

Kata Naib Canselor USM iaitu Prof Datuk Dr Asma Ismail, “Kami kini dalam usaha ke arah mewujudkan kerjasama menerusi sokongan dana kewangan bagi projek perubatan komuniti seperti pembedahan sumbing bibir dan lelangit, selain peluang kerjasama sokongan dana bagi projek penyelidikan berkaitan kanak-kanak yang boleh diterokai bagi memberi peluang dan kehidupan yang lebih selesa kepada pesakit kanak-kanak di seluruh negara. Ini adalah seiring dengan visi USM ‘Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok,’


UPACARA PECAH TANAH DI TAPAK PEMBINAAN RUMAH RONALD MCDONALD

Di tapak pembinaan 
 Setelah Majlis Tandatangani MoU selesai, tetamu kenamaan serta pihak media dibawa melawat ke tapak projek. Di kawasan tapak projek juga diadakan Upacara Pecah Tanah. Majlis berjaya dengan lancar. Tahniah atas keprihatinan dua pihak ini terhadap golongan kurang bernasib baik. Semoga usaha membangunkan rumah RMHC ini dipermudahkan dan dapat disiapkan dalam masa yang dicadangkan. Sekarang ini cuma tunggu pihak Majlis Pembandaran Kota Bahru meluluskan pelan projek

Upacara Pecah Tanah yang dilakukan oleh Naib Canselor USM dan Pengarah Urusan McDonald’s 
Pihak yang terlibat bergambar bersama di Upacara Pecah Tanah

Bergambar sebagai kenang-kenangan ketika di majlis berkenaan 

Latar Belakang RMHC
RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald MvDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 28 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM16 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald yang baharu ini boleh berbuat demikian menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan lain-lain cara untuk membuat sumbangan sila layari;

https://rmhc-malaysia.my

http://h.usm.my/v3/


4 comments:

  1. Bagus idea badan kebajikan McD nie kan Husniey..

    ReplyDelete
  2. terbaik McD ni..dah lama tak dengar pasal rumah kebajikan McD selepas isu kena boikot tu..semoga ramai yang mendapat manafaat dari sini kan

    ReplyDelete
  3. Tahniah McD dan USM atas keprihatinan kesusahan keluarga pesakit. Semoga lebih byk projek mcm ni diadakan pada masa depan.

    ReplyDelete
  4. Semoga usaha macamni diperbanyakkan lagi oleh badan kerajaan atau swasta yang lain juga..alhamdulillah..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com