Restoran Chinese Muslim Abdullah | Tempat Makan Wajib Rasai di Ipoh - Husniey Husain

Monday, 10 December 2018

Restoran Chinese Muslim Abdullah | Tempat Makan Wajib Rasai di Ipoh


Jika bercuti ke tempat menarik dalam Malaysia pasti kita akan tercari-cari tempat makan best yang boleh dinikmati ketika bercuti. Setiap tempat ada makanan best yang perlu kita cuba, pendek kata kalau tidak mencuba seperti tidak sempurna percutian itu. Ketika percutian pendek bersama team blogger pantai timur, husniey berpeluang makan malam di Restoran Chinese Muslim, berdekatan saja dengan Taman Tema MAPS. Selepas selesai maghrib di surau dalam MAPS terus ke sini. Tak sampai 5 minit dah pun tiba di depan lokasi letaknya restoran menarik di Ipoh ini.


Menariknya di restoran ini, husniey suka pada servisnya. Ia dibuka untuk pelanggan mencari hidangan makan malam, selalunya masalah juga kalau nak cari tempat sesuai untuk makan malam. Menu disediakan merupakan masakan ala cina. Ini pertama kali husniey mencubanya tapi dah jatuh cinta. Selalunya kita cuma pernah dengar char kuey teow, kuey teow kungfu ke kan. Ini ada lauk pauk ala chinese style.

Menu istimewa yang terpapar di kaunter restoran 


Suasana di restoran ini santai, tenang sebab makan dalam restoran yang disediakan penghawa dingin. Masuk je ke dalam restoran anda boleh lihat di kaunter depan ada menu istimewa yang dipaparkan. 

Tuan suami, Izzat dan owner Encik Aiman Loh

Oh ya paling penting anda tak perlu risau ialah restoran ini halal dan owner nya Chinese Muslim. Suka tengok owner yang ramah mesra tidak lokek senyuman. Muda lagi tapi hebat orangnya. Encik Aiman Loh namanya.

MENU MAKAN MALAM YANG DIRASAI DI RESTORAN CHINESE MUSLIM ABDULLAH

  1. Nasi putih bersama;
  2. Spring onion squid 
  3. Tofu pumpkin 
  4. Chicken chop Lemon 
  5. Daging Bawang Halia 

Menu yang tersedia. Rujuk pada gambar ye

Menu di meja husniey dan sis zarini ~
Syok semua best

Meriah kan ini di meja sis awadah dan sis sheila

Tofu pumpkin dan onion squid. Nice combo

Ramai juga yang datang makan malam di restoran ini, full house malam tu. Servis okay tidak terlalu lama menunggu. Tidak dapat nak luahkan dengan perkataan, husniey suka ke semua menu. Onion squid tu rasanya ada masam pedas dan manis pada sos nya. Unik. Paling unik menu Tofu Pumpkin, husniey ingatkan macam tauhu kosong je bersama kuah kuning tu kan, rupanya tofu ini ada isi telur kat dalam, ya Allah tempting betul! Kuah nya pekat tapi sedap berkrim. 

Daging bawang halia dan chicken lemon 

Ini kalau nak cuba masak kat rumah, mesti tak menjadi. haha kena menuntut ilmu dengan guru memasak yang betul arif! Chicken chop lemon juga tak kurang hebatnya, sedap juga tapi kuahnya lebih rasa masam. Sesuai kalau anda sedang demam tidak ada selera. Menu tofu pumpkin ini kata owner disitu ia asli dari Hong kong. Uihh unik sungguh, untung orang Ipoh tak perlu susah kalau sesekali ingin merasa selera ala chinese. Pada husniey harga juga berpatutan. 

Alhamdulillah rezeki.. Thank you atas layanan baik dari pihak Restoran Chinese Muslim Abdullah 

Jika husniey bercuti lagi ke Ipoh memang akan datang ke sini lagi untuk menikmati makan malam. Sesuai sangat sesekali bawa keluarga makan kat sini ketika pay day. Ingin membuat tempahan boleh hubungi terlebih dahulu pihak restoran. Pendek kata makanan kat sini terbaik! Rating yang diberikan 4.9/5 ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ. Selamat Maju Jaya dan semoga murah rezeki selalu. 

✔️ Halal Restaurant
Waktu Urusniaga: 4.30 pm - 12.00 am
Alamat: No. 5 & 5a & 5b, Jalan Meru Bestari A14, 
Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh Perak 

Restoran Muslim Chinese Abdullah
Facebook | 
Official Number: 05-5252350

22 comments:

  1. Bagi yang berhajat mahu mencuba menu atau citarasa Chinese Muslim boleh la ke sini.Nampak sedap-sedap menunya.
    Kak PC belum pernah mencuba lagi makan di mana-mana restoran Chinese Muslim.

    ReplyDelete
  2. Mesti sedap kan :) sebab pernah jugak makan dekat one of muslim chinese restaurant ni... memang sedappp masakan dia... thumbs up!

    ReplyDelete
  3. sedapnya husniey ,, tempting2 semuanya ..tofu pumpkin tu first time dengar.. hii.. menu semua best2

    ReplyDelete
  4. cantiknya gambar! sedap sedap nih, bila nak lunch niiii

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni dah banyak restoran China Muslim macam ni dan makanan mereka pun semua sedap-sedap nanti datang sana boleh lah cuba sini tengok tempat menarik...

    ReplyDelete
  6. Hari tu dah ke sini tapi makan di tempat lain. Menarik menu yang disediakan. Singgah ke ipoh nak Kena cuba

    ReplyDelete
  7. Masih teringat-ingat kesedapan diaaa

    ReplyDelete
  8. sedap nya ! biasa memang chinese food sedap. diaorang expert dlm nasi ayam macam ni

    ReplyDelete
  9. Diah pun suka makanan la chinese ni.. sedappp

    ReplyDelete
  10. Lamanya tak makan chinese food. Tgk gambar2 tu lapar terus dibuatnya.

    ReplyDelete
  11. Aien suka mencuba makanan lebih² chinese food ni. Tadi pun dari jalan² kat youtube how to cook chinese food. Haha

    ReplyDelete
  12. Wow nampak sedap semua lauk Tu meleleh air liur

    ReplyDelete
  13. menu chinese food ni memang sedap-sedap. kak ana ni nama je orang Perak, Ipoh ni tak berapa pandai sangat.. perkongsian yang menarik dari HH, kak ana follow sini kay, happy blogging

    ReplyDelete
  14. saya pernah makan sekali chinesee food kat puchong selangor. tapi masa tu macam tak kena dengan selera tekak. mungkin sebab ngah alahan pregnent. hehe

    ReplyDelete
  15. lapar pula tgok makanan tu. padahal dah makan je tadi. haha

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap tu.terliur pulak rabia tengok ni.pantang tengok makanan.

    ReplyDelete
  17. Tgk pun dah tahu sedap belum rasa lg tu..ntah ntah owner ni chef yg ambik kos kulinari ๐Ÿ˜ฌ

    ReplyDelete
  18. Yummy! Tapi jauhnyaaaa. Rasa nak ajak hubby jenjalan cari makan jelah malam ni.. Haha.

    ReplyDelete
  19. Sedap tengok menu dia.. Aduhhh terliur la pulak tengok ni hahaha.. Pernah pergi pergi perak tak pernah sampai sini lagi

    ReplyDelete
  20. antara feveret aida - makanan chinese muslim.
    sgt suka. selalu aida makan di bangi.
    di Melaka, tak jumpa yg sedap di tekak :)

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com