Resepi Ringkas: Roti Sardin Bersalut Telur - Husniey Husain

Friday, 15 February 2019

Resepi Ringkas: Roti Sardin Bersalut Telur


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga sihat selalu. Husniey ada cadangan menu ni. Serius memang sedap dilayan untuk anak tekak ketika waktu pagi atau petang hari bersama minuman panas seperti kopi atau teh. Sebenarnya dah lama husniey buat menu ini dekat rumah menu roti sardin bersalut telur ni, tapi baru aje sempat nak share di blog. Maaf dipinta ya. Marilah kita bacanya sama-sama. 

Baca sini juga artikel best: 

Resepi Nasi Ayam Best Mudah Sedap
Resepi Spaghetti Carbonara Meatball Berempah 
Tips Untuk Anda Bercuti Ke Pulau Dengan Harga Berpatutan
Terapi Kulit Wajah Dengan Claigio LED Magic Eye Patch | Made In Korea




Bahan-Bahan Yang Diperlukan 


  1. Beberapa keping roti gardenia (Dipotong segi tiga)
  2. 1 tin sardin (tak kisah jenama apa) 
  3. 2 hingga 3 biji telur 
  4. Kepingan Cheese jika suka 



Bahan Untuk Buat Inti Sardin:


  • Bawang merah 2 ulas *
  • Bawang putih 3 ulas *
  • Halia 1 inci *
  • Cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • Cili boh sikit
  • Cili sos, sos tiram


Cara - Cara Menyediakan 


  1. Blend semua bahan bertanda *
  2. Tumis bahan blend sehingga naik bau sedap
  3. Masukkan sedikit sos cili dan sos tiram 
  4. Masukkan sardin yang dilumatkan dan kacau rata 
  5. Perasakan dengan garam juga sedikit gula 
  6. Masukkan 100ml air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir 
  7. Tunggu inti sardin jadi kering
  8. Siap inti sardin
Ye, letak macam ini je inti sardin dan cheese


Sapukan inti sardin pada roti. Selitkan cheese bersama roti. Dalam kuali sebelah, panaskan minyak masak dan celupkan roti berinti sardin itu ke dalam adunan telur yang telah dipukul. Gorengkan sekejap sekitar 3 minit. Tak perlu lama okayy. Dah selesai!

Rupa setelah siap digorengkan 

Yummyy ๐Ÿ˜

Haa boleh bayangkan tak dimakan pula bersama keluarga dan orang tersayang ketika masa lapang tambah pulak masa hari cuti. Hehee syok bukan? Semoga perkongsian husniey pada kali ini bermanfaat ❤


13 comments:

  1. Wah sedapnya bolehlah Buat nanti

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa, pekena dengan kopi. Fuhh :D

    ReplyDelete
  3. alamak sedappppp!

    BTW

    Jemput join GA saya ya!

    https://www.astraveller.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. Buat sendiri puas hati sebab boleh letak inti sardin byk2 kan... kak liez suka roti sardin mcm ni..

    ReplyDelete
  5. Favorite ana ni husniey. Tak cukup 2 keping sekali makan.

    ReplyDelete
  6. fuh terliur terus ase..
    mcm nk wat ptg ni..hee

    ReplyDelete
  7. Fuh, siqah tak dinner lagi nie. lapar pula dah haa,. Hii

    ReplyDelete
  8. uiii..ngancamnyaa nampak bila dah siap

    ReplyDelete
  9. adoiyaaai dala datang singgah tengah pagi butaaa ni.. hehe
    tengok recipe makanan pulak hehe..

    ReplyDelete
  10. Memang tipu kalau tak terliur tengok gambar roti sardin salut telur ni HH..
    Roti sardin kosong pun sedap apatah lagi letak sardin dan cheese, adoi mengancam!
    Pasti sis buat untuk breakfast nanti..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com