Ramadan Preview Buffet @ Summit Hotel KL City Centre - Husniey Husain

Sunday, 24 February 2019

Ramadan Preview Buffet @ Summit Hotel KL City Centre

Moh Iftar @ Benteng 2019 | Jom Tempah Awal Buffet Ramadan Berbuka Puasa Selera Kampung Citarasa Perak. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuanya. Alhamdulilah baru ini rezeki bermusafir Husniey dan tuan suami dapat berpeluang untuk merasai kemeriahan serta keenakan Preview Buffet Ramadan di Summit Hotel KL City Centre yang menyajikan masakan kampung bertemakan Selera Kampung Citarasa Perak. Haa jom kita baca sampai habis apa menu menarik yang tetamu bakal jamu semasa bulan ramadan nanti. Tetamu semua boleh menikmati suasana di dalam Bazaar dengan 8 gerai makanan yang menyajikan hidangan Ramadhan.



Para Chef di Summit Hotel KL City Centre telah menyediakan pelbagai jenis masakan dan hidangan lebih 100 menu seperti; Nasi Kabsah, Ayam Bakar Percik Sumbat Pucuk Ubi, Udang Masak Kelio, Kambing Kerutub, Daging Dengdeng, Kari Kepala Ikan Batu Gajah, Gulai Nenas Ikan Masin Pangkor, Masak Lemak Gulai Pisang Parit.


Ayam Percik, so delicious

Daging Dendeng dan Udang Masak Kelio. Keduanya husniey suka! :)
Kambing Kerutub best dan terbaik


Manakala, gerai-gerai menghidangkan Kambing Golek Pasir Salak, Lempeng Tradisi Tok Anjang, Popia Basah Ipoh, Rendang Tok Perak, Murtabak Teluk Anson, Laksa Sarang Bota, Young Taufu Ulu Kinta dan tidak lupa juga minuman best seperti ABC Tanjung Malim.

Pujaan hati ramai orang, kambing golek! :D
Antara stesen yang terdapat di Restoran Benteng, Summit Hotel 

Stesen laksa 

Stesen ABC. ABC syiok juga bulan puasa nanti. Jangan risau topping dekat sini meriah betul
Minuman yang disediakan. Suka, mostly sedap. Air soya juga ada tau

Turut disediakan pelbagai hidangan pencuci mulut seperti Bubur Keladi Kak Limah, Bubur Kacang Hijau, Kasidah, Cakar Ayam, Kuih Bangkit, bahulu dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga pilihan pembuka selera dan salad yang meriah disediakan di Restoran Benteng, Summit Hotel. Antara menunya ialah Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Kerabu Udang Celon, Pecal Kampung, Acar Betik Muda, Pais Udang, Ikan Masin Goreng, Ulam-Ulaman.
Aneka kerabu, menarik bukan?

Ulam-ulaman 
Sambal best untuk digandingkan bersama lauk pauk

Antara hidangan yang buat husniey jatuh cinta dengannya ialah; Ayam Percik Sumbat Pucuk Ubi, Udang Masak Kelio, Kambing Kerutub, dan juga Daging Dendeng. Aneka sambal turut menjadi pelengkap hidangan husniey semasa majlis tersebut. Lauk pauk kat sini semua cukup rasa, perfect je. Pedass. Lidah melayu yang rindukan kampung halaman sesuai sangat pilih berbuka puasa disini. Tidak ketinggalan pujaan hati ramai orang ialah Kambing Golek, haa dekat Summit Hotel ia diberi nama Kambing Golek Pasir Salak. Kejap je dah licin kambing golek. Sedapp tu. Banyak lagi menu best disediakan bagi buffet ramadan nanti. Di bawah ini aneka buah-buahan tempatan dan pencuci mulut yang disediakan. Semua sedap dan menarik.




Stesen yang menyediakan salad
Kuih muih tradisional 


Jemput tonton video disini ya ~

Istimewa lagi ada Persembahan Ghazal tau.. Meriah suasana dengan makanan yang terbaik. Perfect combination. Summit Hotel KL City Centre kini menawarkan Baucer Pembelian Awal “Early Bird” pada harga diskaun berharga RM 50.00 bersih (Dewasa) dan RM 38.00 bersih (Kanak-Kanak 4 hingga 12 tahun). Manakala untuk tempahan korporat atau berkumpulan adalah seperti berikut;


RM 78.00 (Dewasa)
RM 58.00 (Kanak-kanak)
Minimum: 50 orang
Maximum: 300 orang


Harga Asal: RM 68 / Dewasa 
RM 48 / Kanak-kanak. Available dari 8 May 2019 hingga 02 June 2019 - 

Untuk maklumat lanjut rujukan anda: 
Website: summithotelkl.com.my
Telefon: 03- 26148000 |
Email: sales@summithotelkl.com.my 
Alamat: NO.12, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur 

8 comments:

  1. dah mula eeeyh review ramadhan. bestnya =D

    ReplyDelete
  2. alahai..smuanya menyelerakan..yummy..:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.Dah tak lama lagi nak puasa kan Husniey.Lebih kurang dua bulan lagi inshaAllah.Ni bulan 2 pun dah penghujungkan.
    Kerutub kambing tu nampak sedap je..

    ReplyDelete
  4. semua menu nampak menarikkk!!!

    ReplyDelete
  5. pelbagai sangat dia punya menu husniey weihhh !. klu ad rzeki sampai kl bulan pose ni, buleh arr try

    ReplyDelete
  6. alahai lapo plak tgk gambar2 makanan sedap2 tu

    ReplyDelete
  7. wah meriah betul makanan. sekejap je nak masuk Ramadhan dah kan

    ReplyDelete
  8. Terkenang2 popia dengan balutan kubis ala ala Vietnamese roll tu. Sedapnya.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com