Hidup Ini Penuh Dengan Kejutan - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Tuesday, 29 January 2019

Hidup Ini Penuh Dengan Kejutan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu hendaknya dan sentiasa dalam rahmat Allah. Dah lebih seminggu husniey tak update blog. Maaf ya bukan sengaja nak mendiamkan diri di sini. Blog dah umpama diari bagi husniey. 

Januari 2019 bakal melabuhkan tirainya dua hari lagi. Semoga baki hari yang ada ni kita akan lalui dengan baik dan lancar.. Setuju tak yang 'hidup ini penuh kejutan'? Semalam kita sihat, esok lusa belum tentu. Ada tak sesiapa yang boleh tahu tarikh 'kejutan tertentu' dalam hidup kalian? Tidak ada yang tahu kanIni semua rahsia Allah. Januari 2019 boleh dikatakan bulan yang agak mencabar. Ada rezeki yang datang tiba-tiba, husniey mula melibatkan diri dengan berkongsi tentang produk kecantikan. Yang mana elok, baik untuk husniey akan kongsikan disini. Harap makin cantik 2019.  Eh cantik nombor dua, husniey cuma idamkan kulit sihat dan tanpa cela. Hehe

Perkara kedua ingin husniey highlight bagi bulan Januari ini ialah apabila dapat tahu bapa saudara terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori. Kemalangan berlaku di kampung ayah, di Kerteh. Lebih menyedihkan, bapa saudara (Pak Meran) sedang koma. Masih belum sedar. Dekat seminggu dah Pak Meran di hospital. Dibawa ke Hospital Kemaman, tapi sebab di Hospital Kemaman tak ada banyak kemudahan jadi transfer ke Hospital Kuantan. Jarak antara Kemaman - Kuantan memakan masa 1 jam. Tangan dan kakinya patah, kepalanya cedera teruk juga. Tempurung kepala retak kena buang. Ada pendarahan dalam otak, dan darah beku telah selamat dibuang (operation). Masa kejadian kemalangan Pak Meran naik motosikal. Selalu pernah tengok dalam movie je orang koma, ini dah tengok sendiri depan mata. Allahu sayu sungguh. 



Berada di wad ICU hospital besar Kuantan. Lagi menyedihkan ialah Pak Meran hidupnya sebatang kara. Pernah berkahwin tapi dah lama berpisah. Atuk dan nenek husniey dah lama meninggal. Jadi apa saja kejadian, masalah dalam keluarga. Ayah husniey yang bertanggungjawab terhadap adik - adiknya. Ada sepuluh orang adik beradik ayah. November tahun lepas Pak Meran pernah jatuh sakit tetiba batuk berdarah dan kena angin. Berkat kesungguhan ayah bawa Pak Meran berubat dan jaganya di rumah kami di Kemaman. Dia sihat kembali.. Ayah husniey masih bekerja belum pencen. Umur ayah dah 56 bagi tahun 2019. Itulah kasih sayang ayah, payah nak jumpa orang jujur dan ikhlas kan. Padahal husniey sendiri tahu kondisi kewangan ayah. Ayah bukanlah orang kaya harta. Cuma ayah husniey punya kaya jiwa dan beliau terlalu menjaga tali persaudaraan antara keluarga. 

Wad ICU - Bila ramai kena bergilir gilir. Hanya dua orang boleh masuk untuk melawat. 

Husniey pun tak sanggup nak bayangkan keadaan kami kalau satu hari nanti Allah ambil pinjaman indah ini. Kebiasaannya ahli keluarga diuji dengan orang tua yang sakit kan? Berbeza dengan kami. Adik adik ayah (pak sedara) pula yang sakit. Satu persatu sudah pun pergi. Sedih sungguh.. Semoga Pak Meran kuat, sedar dari koma dan dipermudahkan urusan untuk terus perjuangkan hidup. Sayu tengok keadaannya. 

Berkelah di Tepi Sungai Kuantan
Dalam kesedihan ada juga cerita gembira. Kami kalau dah berkumpul mesti tak sunyi dengan gelak tawa. Orang nampak macam happy kan, dapat berkelah kat sungai. 
Itu hanya kebetulan. Sungai Kuantan tu bersebelahan je dengan hospital, jadi kami bawalah bekal lauk pauk dan nasi. Dah macam family day. Itu yang husniey kata hidup ini penuh kejutan, tiba tiba. Ada perkara kita tak rancang ia menjadi. 
Ada perkara kita dah rancang lama, tapi tak menjadi. 

Meriah bukan.. Lama betul tak berkelah bersama macam ni

Suasana berkelah di tepi sungai Kuantan 

Masih belum cukup korum. Ramai belum ada.
Dah macam budak asrama keluar outing. Teka mana se anak sedara yang mana satu mak sedara 😅

Ada moment kelakar masa kami menginap di homestay kawasan Indera Mahkota, Kuantan. Kebetulan pada hari kedua, kawasan perumahan kami duduk tu tak ada bekalan air. Nasiblah bangun awal pagi semuanya pergi mandi dan solat subuh di masjid kawasan Indera Mahkota. 


Suasana di homestay. Gigih mak masak nasi goreng, walau pagi tu takde air 😂
Yelah kalau makan kat kedai paroklah belanja. 



Masjid Indera Mahkota. Masjid ini ada kemudahan tandas dan bilik air yang banyak. 

Alhamdulillah. Memanglah rasa geram tak ada bekalan air, tapi inilah pengalaman kelakar dan mencuit hati bila ingat balik. 
Dalam masa sama, husniey duk bertahan sakit. Di ketiak ini ada naik ketulan. Hampir seminggu sakit. Perit. Masa sepanjang kena tu tak sempat nak ke klinik, terus balik kampung dan ke Kuantan. Pada firasat husniey mungkin panas dalam kot, hormon ke. Tak tahulah. Balik je ke Kuala Terengganu pergi check dengan doktor dekat klinik, katanya JANGKITAN KUMAN. Doktor kata mungkin kesan shave ke apa. 



Husniey tak rasa begitu. Sebab dia bukan lah kesan luka. Benjolan, ia dari dalam. Husniey redakan dengan letak bedak sejuk je sebelum ini. Menjadi. Tapi agak lambat sikit nak reda. Doktor beri ubat antibiotik, surut bengkak dan ubat sapu. Alhamdulillah ini makin surut dah.. 
Moga tak naik lagi dah ketulan macam ni  perit dan seram tiapkali nak gerak tangan rasa terbatas. Risau sungguh kalau ada kaitan dengan kanser ke 😌. Nauzubillah. 

Ya Allah apabila aku sakit, Kaulah yang sembuhkan. Moga yang baik baik aje buat kita semua. Moga kalian semua sihat walafiat dan dimurahkan rezeki. 


10 comments:

  1. moga pak meran dipermudahkan.
    urusan ayah husniey pun dipermudahkan ye.
    ada hati yg baik, menjaga saudara-mara terdekat. sillaturrahim.

    ReplyDelete
  2. semoga pak meran husniey cepat sembuh diberikan yang baik

    ReplyDelete
  3. insof wei. kita tak tahu esok kita gane. sejam lagi kita gane. allahu. smoga kita ni igt skmo ke allah dan allah lindungi kita. smoga pok sdare husniey cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. SubhanaAllah.Moga Pak Merah kembali sedar dan sihat seperti sebelum ini.Husniey juga..moga Allah lindungi dari penyakit yang berbahaya.Jaga diri..jaga keluarga.Perjalanan hidup kita kadang luar jangka...

    ReplyDelete
  5. Semoga diberi kesembuhan buat Pak Meran dan juga Husniey sekeluarga. Semoga Allah sentiasa melindungi kita hendaknya.

    ReplyDelete
  6. semoga pak meran husni segera sembuh dan sihat seperti sedia kala..

    ReplyDelete
  7. Semoga lekas sembuh dgn izinNya

    ReplyDelete
  8. Semoga bapa saudara cepat sembuh dan ketulan tu cepat surut ye

    ReplyDelete
  9. Semoga mudahlah segala urusan Husniey sekeluarga. seronok time di uji begini hubungan sesama keluarga akan lebih rapat. hikmah tersembunyi

    ReplyDelete
  10. semoga dipermudahkan segala urusan ❤

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.