VRAR Interactive Park: Aktiviti Gempak Luangkan Masa Bersama Keluarga Di Melaka - Husniey Husain

Sunday, 17 March 2019

VRAR Interactive Park: Aktiviti Gempak Luangkan Masa Bersama Keluarga Di Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga apa yang bakal husniey kongsikan ini bermanfaat buat semua yang membacanya.. Bersambung cerita jalan jalan ke Melaka haritu, haa datang Melaka tapi tak tahu nak buat aktiviti apa bersama keluarga? Biasanya orang lain pergi hiburkan diri di waterpark kan.


Kami sekeluarga pergi The Shore buat aktiviti untuk kenali dan hayati hidupan laut. Baca sini pengalaman masuk ke The Shore Oceanarium. Dengan pembelian tiket premium plus kami dapat explore dua tempat menarik. Dari pukul 11.30 am keluar jam 2.30 pm, kemain lama haa betapa riangnya hati dapat bermain permainan di VRAR Interactive Park.

VR itu bermaksud Virtual Reality dan AR itu pula bermaksud Augmented Reality. Permainan interaktif seperti ini telah mendapat perhatian sejak dua menjak ini. Kalau korang belum pernah merasai pengalaman bermain permainan interaktif bolehlah mencubanya di sini. Paling best dapat luangkan masa bergelak ketawa bersama keluarga. Mesra kanak-kanak pula tu.


1) KIDS VR ZONE 


Merupakan zon untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun bermain permainan disini, perlu menggunakan token. Masa diperuntukkan disini untuk kanak-kanak bermain tidak lebih 10 minit, sebab itu diberikan token risau mereka leka menghadap permainan disediakan di Kids VR zone ini.


2) EDUTAINMENT PAINT ZONE 


Disini kanak-kanak boleh menunjukkan kreativiti mewarna pada paparan skrin, memang seronok tengok kanak-kanak menghasilkan kreativiti masing-masing. Ada beberapa jenis imej yang boleh diwarnakan.


Masa ni lah nak tengok anak anda buh warna pink pada dinosaur.. Hehehe. Comel je gelagat mereka. Selepas mewarna, anda boleh lihat hasilnya di paparan skrin


3) DINOSAUR AUGMENTED REALITY ZONE



Banyak jenis gambar yang anda boleh snap dekat zon sini. Kebanyakan gambar bersama dinosaur.. Serius havoc gila masa kat zon ni.. semua pakat nak buat posing terbaik.


4) INTERACTIVE FISHING ZONE



Ini antara permainan yang disukai kanak-kanak, haa jangan terkejut yang dewasa pun mesti teruja bermain disini.. paling best sebab leka bermain disini, macam real je kami menangkap ikan. Pastu hilang stress , puas hati dapat banyak tangkapan.


5) AUGMENTED REALITY INTERACTIVE ZONE (FRUIT NINJA SLICE)
Ini permainan AR yang senang tapi syok, mesti korang akan teruja duk slice buah kat sini. Hehe sila ambil masa sepuasnya bermain dekat sini

6) VR CINEMA (RASAI KEUNIKAN SEPERTI DIVING KE LAUT DALAM) 


Pengalaman menyelam ke dasar laut. Haa yang ni korang pasti tak basah kuyup tau, sebab hanya perlu pakai alat dan tonton suasana dalam tu.. Serius rasa macam duk dalam laut.. Lepas tu ada beberapa scene yang mendebarkan, siap ada jerung datang seperti di alam realiti.



Confirm korang akan jerit punya, haha. Husniey repeat 2x masuk sini. Korang boleh bermain sepuasnya sebelum keluar tau, dah keluar memang tak boleh masuk.

7) BERGAMBAR DI DINDING CANTIK 
Jangan lepaskan peluang untuk bergambar sebanyak yang mungkin di dinding cantik yang terdapat di dalam tempat best ini. Wajib ajak keluarga dan anak-anak terokai tempat permainan baru di Melaka.



Promosi Hebat. Dua tempat menarik dengan harga berpatutan! 
Husniey kasi 4.5 bintang / 5 bintang! Kalau ke Melaka lagi pasti akan repeat masuk sini semula. Hehee 

Untuk maklumat lanjut sila rujuk dibawah ini;

Promosi Harga Tiket Premium Plus 
(The Shore Oceanarium + VRAR Interactive Park) 
๐Ÿ‘‰ Dewasa RM 40 | Kanak-kanak RM 30 | Warga Emas RM 30

Waktu Operasi: Buka pada Setiap Hari
Jam: 10.30 am – 9.00 pm
Facebook Page: VR Interactive Park 

6 comments:

  1. kalo tempat2 interaktif ni kena kretif kan ? kena guna imaginasi tinggi sket.
    hehe..

    ReplyDelete
  2. Ok Ana baru tau tentang ni. Boleh panjangkan pada en suami ni. Hehe

    ReplyDelete
  3. kat melaka byk tempat-tempat
    menarik,mmg terbaik

    ReplyDelete
  4. Wahh bagus sangat kalau bawak anak ni husni..

    ReplyDelete
  5. wow menarik ni.. satu lagi tarikan terbaharu kalau ke melaka :)

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com