April 2019 - Husniey Husain

Sunday, 28 April 2019

Iftar Ramadan Buffet di The Grand Renai Kota Bharu, Kelantan
28 April 12 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kurang lagi dua minggu kita semua bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini. Berkesempatan ini izinkan husniey berkongsi pengalaman ke The Grand Renai Kota Bharu pada minggu lalu untuk merasai keenakannya. Bagi tahun 2019 ini tema yang dibawakan “Kembara Ramadan”.


Orang ramai sekitar Kota Bharu amat dialu-alukan untuk bersama-sama menikmati hidangan berbuka puasa yang disediakan oleh chef yang diketuai oleh Chef Rajali Punong bertempat di Palm Terrace Cafe. Harga yang berpatutan berbanding tahun-tahun yang lalu, iaitu hanya pada harga RM 69 sahaja setiap seorang. Jika anda membuat tempahan sebelum 5 Mei 2019, anda akan menikmati tawaran harga istimewa iaitu RM 62 sahaja! Berpatutan bukan?

BACA SINI JUGA ARTIKEL MENARIK YANG LAIN: 

Fast Furious Delivery Shopping On Shopee

BAKAL BERCUTI DI KELANTAN? NAH, PILIHAN HOTEL

Anggun Srikandi | Minuman Kesihatan Bantu Bekal Tenaga, Masalah Dalaman Wanita 


Bersama Blogger Jemputan

Lokasi hotel yang agak strategik terletak di tengah tengah bandaraya Kota Bharu dan hanya mengambil masa 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Para tetamu boleh menikmati hidangan berbuka puasa dalam suasana tenang. Untuk makluman buffet akan tersedia dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Antara menu makanan yang bakal dihidangkan ialah Kambing Golek, Bubur Lambuk Daging Rusa, Ketam Masak Bercili, Sotong & Rebung Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Gulai Tempoyak, Daging Rendang Hitam, Kambing Vindaloo.

Kambing Golek - Menu popular 
Rojak buah-buahan, bubur lambuk dan pilihan bubur lainnya 

Ketam bercili, Sotong Rebung Masak Lemak Cili Api 

Daging Hitam dan Ikan Patin Masak Tempoyak

Daging Rendang serta Kambing Vindaloo

Menu istimewa bagi aneka kerabu antaranya ialah; kerabu taugeh ikan bilis, kerabu kaki ayam, kerabu mangga, kerabu sotong, kerabu suhon dan udang, kerabu perut, kerabu ikan keli serta kerabu daging. Tidak dilupakan juga aneka sambal yang anda boleh pilih untuk menjamu selera bersama nasi ialah; ulam-ulaman, sambal tempoyak, sambal pauh, sambal belacan, budu, solok lada dan lain-lain lagi.

Kerabu Sotong, Kerabu Perut, Kerabu Ikan Keli, serta Kerabu Daging

Kerabu Taugeh Ikan Bilis, Kerabu Pauh, Kerabu Kaki Ayam,
Kerabu Suhon dan Udang serta Solok Lada

Sambal Belacan, Sambal Pauh, Sambal Tempoyak, 
Uniknya disini anda boleh menikmati kek yang diperbuat dengan campuran buah kurma yang diberi nama; Dates Butter Cake dan Dates Chocolate Cake. Aneka kuih muih serta pencuci mulut (pastri, pai, buah-buahan).

Pilihan kek yang unik 

Pilihan makanan pastri yang tersedia

Pelbagai jenis minuman turut disediakan; Air Kelapa Laut, Air Soya, Peppermint Lemonade, Teh Tarik dengan Teh o. Terdapat juga gerai yang pasti memikat hati anda seperti gerai yang menyediakan rojak buah-buahan, kambing golek, mieng kum dan banyak lagii. Paling husniey suka ialah dengan aneka kerabu nya yang menarik dan unik. Sedap digandingkan bersama lauk pauk lain. Juga pilihan terbaik ialah aneka menu pastri seperti kek, roti, kuih muih.

Minuman yang bakal menyejukkan tekak anda

Roti ~

Aneka Kuih Muih Kelantan
Mieng Kum - First time husniey mencubanya.
Kalau warga Kelantan nak cuba boleh datang ke sini ~

Untuk makluman anda, The Grand Renai juga turut menyediakan Citarasa Chinese bagi Iftar Ramadhan Buffet pada tahun ini di Dynasty Restaurant (Aras 6), yang bermula pada minggu ke 2 Ramadhan. Harga lebih murah iaitu RM 59 sahaja,
bagi kanak-kanak pula RM 29. Buat tempahan awal untuk dapatkan harga diskaun hanya RM 53 SAHAJA! 

Selain itu The Grand Renai turut berkerjasama dengan Tahfiz Al Raudah di mana para pelajar pusat tahfiz tersebut akan mengalunkan bacaan ayat-ayat al Quran bermula dari jam 6 petang sepanjang bulan Ramadan nanti. Bagi tetamu yang ingin menunaikan solat terdapat Musalla disediakan di Aras 6. Nikmati pada harga diskaun cuma RM 62 sahaja / seorang. Buat tempahan sebelum 5 Mei 2019.

Maklumat Lanjut Untuk Rujukan:
Iftar Jamaie | Grand Ballroom |Aras 6 
Tempahan: 09-746-2233 ext 3327 Fitri: 012-707-9776

Iftar Ramadhan Buffet | Sepanjang Ramadhan 
Palm Terrace Cafe | Aras 1
Harga Biasa: Dewasa (RM 69) Kanak-kanak (RM 29) 
Tempahan: 09-746-2233 ext 3315 | 011-3137-3186 (Izhar) 

Citarasa Chinese | Minggu Kedua Ramadhan 
| Dynasty Restaurant | Aras 6 | 
Harga Biasa: Dewasa (RM 59) Kanak-kanak (RM 29)
Tempahan: 09-746-2233 ext 3327 | 012-707-9776 (Zuzuri)
Instagram: The Grand Renai Kota Bharu
Facebook Page: The Grand Renai Hotel

๐Ÿ“ Alamat: The Grand Renai Kota Bharu Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu Kelantan.
Reading Time:

Wednesday, 24 April 2019

Mengembara Ke Korea Selatan | Wajib Sewa Pocket WiFi Travel Recommends!
24 April 9 Comments

The Best Router Pocket WiFi | Travel Recommends. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Macam biasa, husniey mendoakan semoga semuanya sihat belaka ceria dan dimurahkan rezeki. Kali ini teringin nak bercerita pengalaman menggunakan pocket wiFi ketika travel di Korea Selatan. Untuk pengetahuan kalian, ini merupakan pengalaman kedua husniey ke luar negara (menyewa pocket wifi). Semasa kali pertama husniey mula mengenali pocket WiFi ini ialah semasa travel ke Osaka, Jepun pada tahun 2017 lalu. Yelah zaman sekarang kita sangat memerlukan internet bagi mencari maklumat dan untuk terus berhubung dengan keluarga, rakan² semasa mengembara. Jom baca sampai akhir entri, semoga artikel husniey pada kali ini memberi manfaat.

Sedikit Maklumat Tentang Pocket WiFi Travel Recommends

Anda boleh membuat tempahan secara online di laman sesawang Travel Recommends. Bagi urusan mengambil dan menghantar Pocket WiFi, korang boleh pickup sendiri di Level 2, Arrival Hall dalam Tune Store jika travel menaiki flight melalui lapangan terbang KLIA2. Manakala jika anda akan berlepas menaiki flight dari lapangan terbang KLIA boleh juga pickup disana. Untuk penghantaran sehingga ke pintu rumah anda akan dikenakan cas RM 20 sehala. Nak mudah pickup jelah. Rujuk kat bawah, senarai tempat yang korang boleh pickup Pocket WiFi yang disewa.

Langkah langkah cara menempah, mengambil dan menghantarkan portable wifi

Lokasi Mengambil dan Menghantar Pocket WiFi yang Disewa

  • KLIA, Departure Hall Level 5, Lot 13-D, Books and magazine Store (6AM to 12AM)
  • KLIA 2, Arrival Hall Level 2, L2-73A, Inside Tune Store (24 hours)
  • Penang Airport, Arrival Hall, Level 1, Hotlink Booth (6am - 11pm)
  • Johor Bahru Branch. No. D-1-3 Pusat Komersial Bayu Tasek, Persiaran Southkey 1,Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor. (Weekdays-9am to 5pm, Saturday - 9am to 12pm). 
  • Kota Kinabalu Branch. Lot 9, 2nd Floor, Block A, Damai Plaza Phase 1, Luyang, 88300. Kota Kinabalu, Sabah (Weekdays- 10am-4pm)


Dalam beg.. 

Semasa pickup diberi bersama sebuah beg dalamnya ada 1 pocket wifi bersama universal travel adaptor (anda boleh gunakan semasa travel, tiap negara tak sama plug dengan negara kita punya). 1 kabel USB untuk urusan mengecas, dan juga sekeping kertas untuk guideline cara menggunakan pocket Wifi (ada password).

Kelebihan Menggunakan Pocket WiFi Travel Recommends

Jika anda mengembara ke Korea Selatan, Jepun router Travel Recommends ini menjanjikan Unlimited Data. Haa best bukan? Memang syoklah husniey tak ada rasa terbatas pun hendak menggunakannya. Boleh disambung sehingga 5 jenis peranti. Husniey travel seramai tiga dewasa. Jadi ada 3 buah smartphone serta 1 tablet yang membuat sambungan guna router pocket wifi ni. Menariknya sebab korang boleh sambungkan ke laptop, tablet dan telefon bimbit. Okay je line smooth sungguh. Siap kami download movie la, senang nak update story di instagram, whatsapp. Mudah dibawa kemana saja, letak dalam handbag ke bagpack begitu saja. Saiznya sesuai masuk poket seluar atau jaket baju. 



Paling husniey suka ialah baterinya juga agak tahan lama. Pocket WiFi ini korang kena cas bila dah lama guna (mengikut pengalaman, lebih 7 jam penggunaan masih bertahan). Boleh tengok dekat situ bateri tinggal berapa bar lagi, serius terbaik penggunaan baterinya yang lama. Dah ready standby dengan powerbank tapi tak pernah guna untuk cas poket wifi sepanjang 10 hari di Korea. Kami keluar pagi balik ke hotel malam pun still on.


Lebih menarik, liputannya juga meluas dan agak laju. Semasa mula tiba dekat Incheon Airport terus mencuba switch on dan gunakan ia, tak susah pun dah terus boleh connect internet dan terus berhubung dengan keluarga di Malaysia! ๐Ÿ˜Š Kemana saja kami pergi, mana arah ingin dituju, nak gunakan Google maps arah nak ke tempat menginap, perlu naik pengangkutan apa. Alhamdulilah, berkat usaha menyewa pocket wifi Travel recommends urusan kami semasa mengembara jadi mudah. Harga pelan yang ditawarkan berpatutan, korang jangan lepaskan peluang yang ada sekarang dengan serendah RM 8.40 / sehari!

Harga berbeza mengikut destinasi. 

Untuk maklumat lanjut sila layari pautan di bawah ini:

Reading Time:

Friday, 19 April 2019

Rutin Penjagaan Kulit Menggunakan Pencuci & Pelembap - Aloe Ac Clean Bubble Cleanser + Aqua Whitening Cream By Hansaegee Nature
19 April 9 Comments

Assalamualaikum, Hai. Tak lama lagi dah mula nak berpuasa bagi tahun 2019. Mesti dah ada yang sibuk dengan persiapan bagi berpuasa dan beraya untuk tahun ini kan? Tak kurang juga ada yang misi nak kulit cantik mulus. Yelah kan pada hari raya nanti mesti nak tampil cantik depan pasangan, keluarga, sanak saudara. Perempuan kan, normal teringin nak nampak cantik. Husniey juga ada berangan nak kulit mulus cantik macam gadis Korea, hehe. Jom baca sama-sama skincare dari Korea yang best di bawah ini 


Rutin Harian Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser 

Sejak mula mengenali dan menggunakan Bubble Cleanser ni, terus husniey jadi tersuka tanpa sengaja. Tak sangka rupanya tekstur ia jenis Foam Cleanser (Berbuih).

Jenis Produk: Pencuci Muka Jenis Buih
Kegunaan: Seluruh Wajah
Tekstur: Soft Bubble Cleanser 
Saiz: 150ml 


Pembersih muka ini boleh membersihkan kulit dengan secara mendalam ke dalam liang, dan yang paling penting adalah lepas guna ia akan rasa effect lembap tidak kering, selepas membersihkan muka, berasa bersih dan lembut, kelembapan berpanjangan dan tidak berasa kering pada kulit..๐Ÿ˜


Bahan utama yang terdapat di dalam cleanser ini ialah; 

Aloe Barbadensis Leaf Juice (Ada aloevera, which is baik untuk menyejukkan kulit wajah, merawat kulit berjerawat, mengurangkan sunburn dan lain-lain lagi.

Tea tree leaf oil. Membantu melembutkan kulit, mengurangkan cela pada wajah, membersihkan, rawat kesan jerawat dan banyak lagi khasiatnya. Kalau google je pasal bahan semulajadi ni mesti rasa kagum.


Bagaimana Hendak Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser 



Pertamanya, tekankan pada botol pencuci tu dengan jumlah bubble yang mencukupi, pastikan tangan anda basah. Kedua, urut muka perlahan dengan bubble tu, dan membuat urutan di sekeliling muka. Akhir sekali, basuh muka dengan menggunakan air suam.

Review Menggunakan Pencuci Muka Jenis Foam 

Hasil pembacaan dan sedikit kajian rupanya pencuci muka jenis foam cleanser ni sangat sesuai untuk buat rutin 'double cleanser'. Patutlah husniey rasa kulit muka bersih betul lepas cuci. Terasa seperti mencuci hingga ke lapisan dalam. Buihnya itu ringan, lembut je bila urut pada muka. Serius best ๐Ÿ˜





Gebu betul tekstur cleanser ni kan?


Husniey suka pada bau nya, bila tekan keluar semerbak bau ekstrak tea tree. Wangi dan tenang. Kulit yang tegang, kulit berminyak dan meradang akan berkurangan. Kulit muka husniey jenis agak kering dan berminyak sedikit di kawasan T zone tapi bila gunakan pencuci muka jenis buih ni, nampaknya makin serasi. Oh ya pencuci muka ini sesuai untuk semua jenis kulit (kulit berminyak, kulit kering). 


Konsisten Menggunakan Aqua Whitening Cream 

Setelah selesai rutin mencuci muka, husniey akan lap muka dengan tuala yang bersih. Lalu apply toner. Kemudian, next step husniey tak lupa untuk apply moisturiser. Alhamdulillah sejak konsisten menggunakan krim pelembap muka ini husniey dapati banyak perubahan. Yes, memang kena selalu pakai baru hasil terbaik.




Paling suka fakta tentang krim pelembap ini ialah bukan saja berfungsi melembapkan kulit, malah ada fungsi menarik iaitu membaiki sel kulit yang break out serta turut memutihkan (ada bahan Niacinamide). Ia bagus untuk kulit kering & kulit sunburn. 

Love it!
Sejuk je kulit kita bila pakai ni. Paling suka bila sapu perlahan akan ada kehadiran water drop. Yes dah nama pun Aqua Whitening Cream kan. Aqua sungguhlah teksturnya. Fungsi waterdrop itu memberi kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit.

Selepas beberapa saat sapu perlahan..
Nah, look at the waterdrop effect ๐Ÿ˜


Kandungan bahan semulajadi seperti Camelia Japonica Seed Oil tidak menyekat liang pori. Ia juga turut membaiki kulit yang rosak dengan baik. Manakala kandungan "Niacinamide" - memperbaiki tona kulit yang tidak rata, mencerahkan. Anda boleh menggunakannya pada waktu pagi sebelum make up dan pada malam sebelum tidur. Itulah rutin pemakaian krim pelembap husniey. Sebelum makeup ia akan buat kulit jadi lembap dan makeup lebih smooth.

Aqua whitening cream ini senang dibawa travel :)

Semasa di Seoul, Korea

Semasa bercuti di Korea Selatan tempoh hari, husniey memang ingatkan diri untuk bersedia bawa pelembap dan sebab ada terbaca juga tips untuk travel di luar negara ni penting juga kita apply moisturiser sebelum keluar. Suhu sejuk memang best tapi kulit kita bakal 'shock' dan meradang. Tuan suami husniey, kononnya ingat tak penting pakai moisturiser.. sekali dia mengalami perubahan kulit kering yang teruk juga. Gatal-gatal jadinya. Sehingga mengelupas. Nasiblah husniey memang bawa krim pelembap dari Hansaegee Nature ni, so bagi suami guna juga. Alhamdulillah cepat okay.



Lega sebab kenal dengan produk dari Korea ini yang semakin menempa nama. Kualitinya yang terbaik menggunakan bahan ekstrak semulajadi, kesannya pun positif. Semakin serasi. Banyak perubahan husniey alami. Repurchase? Yes ~

Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari:

๐ŸBrand: Hansaegee Nature 
๐ŸWebsite: www.hansaegee.com/shop
๐ŸInstagram page: www.instagram.com/hansaegeenature/

Reading Time:

Thursday, 18 April 2019

Jom Jadi Pemandu Yang Berhemah!
18 April 9 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Penulisan di blog pada kali ini husniey nak ceritakan pasal pemanduan yang selamat.
Penting tak sebenarnya memandu cara yang selamat? Mestilah penting. Mencecah umur 16 tahun husniey terus buat lesen motor dan kiranya sempatlah bawa motor pergi sekolah. Power jugaklah kan masa tu padahal baru budak sekolah dah bergaya bawa motor, hehe.

Umur mencecah 18 tahun selepas tamat persekolahan (SPM) husniey pergi belajar memandu dan dapatkan lesen kereta, duit hasil bekerja sementara sebelum menyambung pelajaran di peringkat tertinggi. Memula dapat lesen tu husniey hanya berani bawa kereta di bandar Kemaman dan paling jauh masa tu hanya berani drive sampai ke Dungun je, hehe. Satu jam lebih dari Kemaman.

Masalah yang sering dihadapi ketika berada di jalan raya

Menyentuh tentang perkara yang tidak sepatutnya dilakukan di jalan raya ialah memandu secara berbahaya. Banyak pengalaman husniey yang lihat rakyat Malaysia ni. Kalau memandu di kawasan bandar, yang sepatutnya had lajunya 60km/jam tapi kebanyakannya suka sangatlah pecut sampai 100km/jam lebih. Ada jugak pemandu yang berada di lane kanan,  tapi pandu kereta perlahan. Haa, bengang jugak kalau kena macam ni.

Tahukah korang bahawa kajian mendapati bahawa 40.7% kemalangan adalah disebabkan oleh kelajuan! Rasa peliklah dengan manusia yang berjiwa kelajuan ni. Tak sayang nyawa ke atau mungkin mereka ingat nyawa boleh dibeli di bengkel alat ganti kereta tu ke? Huih sabar jelah dengan karenah pemandu di Malaysia ni. Gaya pemanduan yang betul akan dapat menyelamatkan nyawa kita sendiri dan juga nyawa orang yang kita sayangi. Jom lah kita ubah sikap dan cara memandu yang selamat, sama-samalah ada sikap toleransi ketika di jalan raya. ๐Ÿ˜Ž


Nah jemput tonton video ini

Liberalisasi Insurans/ Takaful Motor

Tahukah anda sejak 1 Julai 2017, Bank Negara Malaysia telah meliberalisasikan premium insurans/sumbangan takaful motor? Untuk makluman, Tarif adalah senarai set harga tetap di mana syarikat insurans/takaful tidak dibenarkan untuk mengubah harga yang dikenakan ke atas polisi insurans/sijil takaful. Ia bertujuan untuk menentukan harga premium/sumbangan takaful motor yang lebih adil serta penyediaan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada pengguna.

Harga premium insurans/sumbangan takaful motor kini ditentukan oleh setiap syarikat insurans dan pengendali takaful berdasarkan penilaian profil risiko pemandu dan kenderaan. Jadi, harga premium/sumbangan takaful motor mungkin berbeza bagi dua kenderaan yang serupa dari segi model dan tahun pengeluarannya. Anda juga boleh mendapat akses kepada pilihan produk insurans/takaful motor yang lebih luas dan pelan produk perlindungan tambahan untuk memenuhi keperluan pada harga yang bersesuaian.

Tips untuk menikmati manfaat liberalisasi

Rekod pemanduan yang bersih akan menjadikan profil risiko anda bertambah baik. Jadi, amalkan tingkah laku berikut untuk menikmati faedah yang ditawarkan apabila membeli atau memperbaharui perlindungan insurans/takaful motor anda :

-    Patuhi had laju yang ditetapkan setiap masa
-    Patuhi peraturan trafik
-    Jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu kerana ia mengganggu fokus pemanduan anda.

Anda boleh menikmati lebih faedah ketika membeli insurans/ takaful dengan menjadi seorang pengguna bijak, pemandu yang berhemah dan pemilik kenderaan yang bertanggungjawab. Jangan selalu tertarik kepada polisi insurans yang paling murah kerana ianya tidak semestinya mempunyai perlindungan yang terbaik. Gunakan hak anda sebagai pengguna, pilihlah syarikat insurans / Takaful atau polisi yang paling sesuai dengan keperluan dan mengikut bajet anda. 

Untuk keterangan lebih jelas sila layari laman sesawang:
Reading Time:

Monday, 15 April 2019

Bawa Adik Umur Bawah 18 tahun Travel Ke Luar Negara Tanpa Ibu Bapa
15 April 8 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebelum husniey terlupa perkara penting yang perlu dikongsikan disini, selalunya akan cepat cepat catat di planner. Bila dah catat maka mood malas macam mana sekali pun mesti paksa diri untuk siapkan. Alhamdulilah perancangan untuk bercuti ke Korea dipermudahkan dengan izin Allah. Ramai yang tak tahu husniey bercuti kali ini membawa adik bongsu, Che Engku Hidayati (Adik Ida) berumur belum cukup 18 tahun.



Semasa mengetahui tentang promosi AirAsia Free Seat pada bulan September tahun lalu, husniey nekad kali ini teringin nak explore Korea Selatan. Lalu teringatkan Adik Ida yang masih lagi bersekolah dan belum pun SPM waktu itu. Husniey tanyakan padanya “adik Ida nak ikut tak kak long pergi Korea tahun depan?”. Masa tu husniey dah pun beli tiket promosi sehala KLIA2 ke Incheon, Seoul untuk dua orang sahaja. Beberapa hari juga tunggu jawapan adik Ida sebab minta izin mak ayah, lama tu dia jawab nak ikut jugak. Sempatlah sambar tiket promosi untuk dia. Husniey ingatkan padanya, nanti lepas exam adik kerjalah kumpul duit sempatlah jalan-jalan musim bunga nanti. Yes alhamdulilah dia dapat kerja, dah dekat 3 bulan kerja. Gaji pun okay. Husniey belanjakan dia tiket penerbangan ke Seoul. Tiket balik, perbelanjaan, penginapan dia tanggung guna duitnya sendiri.




Masa itu adik dah tanyakan pada mak ayah, dah minta izin semua. So trip on jelah bila dapat lampu hijau dari orang tua. Pada hujung Disember tahun lalu, tibalah masa untuk adik Ida buat pasport. Yelah nak travel ke luar negara ini memang wajib kena ada pasport. Kebetulan husniey balik Kemaman masa tu, ada kerja di Kuantan. Alang-alang tu bawa adik pergi UTC Kuantan untuk urusan pasport.

Niat dihati tak payah dah adik pergi dengan ayah. Setibanya dekat pejabat Imigresen, kami dimaklumkan oleh kerani kaunter disitu remaja berumur bawah 18 tahun tak dibenarkan datang buat pasport berseorangan, WAJIB ditemani ibu atau bapa. Masa itu husniey dah siap bagitau dekat orang kaunter, kalau datang dengan kakak pun tak boleh ke? Haih susah juga macam ni. Kami baliklah semula dengan hampa. Esoknya tu adik pergi dengan ayah je buat pasport di Kemaman. Settle urusan pasport. Alhamdulilah lega satu bab. Duit pun adik dah simpan setiap kali gaji.


Ini antara maklumat tentang Pasport Malaysia Antarabangsa. Bagi yang tak tahu menahu langsung, bolehlah baca dekat bawah ini. Nanti nak jalan-jalan keluar negara sekurangnya dah maklum kan?


Berumur 13 hingga 59 tahun. 
Pemohon biasa. Dikenakan RM 200. Pasport sah hingga 5 tahun. 

Syarat pemohon pasport bagi bawah 18 tahun

Beberapa hari sebelum kami bertolak ke Seoul, tetiba husniey terfikir risau pulak adik ni lepas ke tak nanti dekat Imigresen Korea. Yelah mana tak risau, adik buat pasport pun nak kena ditemani ayah. UMUR BELUM CUKUP 18 TAHUN. BOLEH KE TRAVEL KE LUAR NEGARA , paling rumit bila terfikir TANPA IBU BAPA IKUT SEKALI. Dalam kepala ini ligat dengan pelbagai persoalan, siap google dengan pelbagai keywords, tapi tak jumpa sebarang maklumat jelas yang boleh meyakinkan husniey. Cuma husniey ada lah terbaca dari website AirAsia. Umur 16 tahun ke atas dikira dewasa. Itu jelah yang boleh melegakan husniey. Baca
 sini terma syarat pengangkutan dan penerbangan. Dari laman web AirAsia.





Tiba hari bertolak, husniey dah pesan dekat adik Ida. Muka kena confident, senyum relax. Kalau ditanya jawab je dengan jujur. Husniey risau kalau dah landing disana nanti je. Sebab ada je kes orang dewasa pun kena tahan dan disoal siasat dengan pelbagai perkara, imigresen sana ingat kita bukan datang nak melancong.. Haaa ada kes gitu tau, siap kena tahan dan hantar balik ke Malaysia.

Bila dah tiba masa untuk urusan dekat imig, alhamdulillah lega tak ada soalan pun ditanyakan. Semua dokumen husniey memang dah siap sedia untuk setiap orang. Itinerary, maklumat tiket balik, print out tempahan penginapan dan lain-lain. Paling penting kita kena isi arrival card dengan lengkap. Nama, Alamat Penginapan lengkap dengan nombor bangunan, nama jalan semua tu, pekerjaan. InsyaAllah dipermudahkan bila niat kita betul.



Walaupun pertama kali adik keluar jalan-jalan ke negara orang, ke Korea pula tu. Serius lega bila semuanya okay okay je. Langsung tak ada soalan dari pegawai sana. Mungkin teruklah husniey overthinking tapi ini semua sebenarnya persediaan. Tiap perancangan kita tak boleh terlalu gembira dan yakin, kena ada sedikit kerisauan. Kenapa husniey nak sangat bawa adik bongsu tu? Dah tahu mencabar itu jugak kau nak buat. Adik husniey ni dia seorang Kpopers. Minat sangat dengan band-band sana, dan jenis layan drama Korea jer. Itu yang bawa dia, lagi satu dia lagi banyak informasi pasal negara tu, pandai juga sikit-sikit berkomunikasi.

Untuk Makluman: Jika anda tak mahu pening kepala ingin travel ke Korea, boleh menggunakan servis dari ARBA TRAVEL. Pakej percutian ke Korea yang mampu milik harga yang ditawarkan super jimat, bajet dan premium pun ada. Yang best tak susah untuk mencari makanan Halal, sebab pihak Arba Travel akan bawa anda ke tempat makan yang tidak diragui. ARBA Travel juga berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, anda selamat dari sebarang penipuan. Rating 4.8/5 star di Facebook. Harga Pakej Budget RM 3097 / Pax termasuk tiket penerbangan pergi dan balik. 

Maklumat lanjut sila klik pautan di bawah;

~ PAKEJ PERCUTIAN KE KOREA 5H 4M BAGI TAHUN 2019 / 2020 ~



Mestilah sebagai kakak yang baik, rasa legalah kalau bawa adiknya. Nanti jadi ralat pula kalau tak bawa. Kebetulan dia dah habis sekolah dan dah pandai cari rezeki sendiri so inilah waktu yang sesuai. Cukup setakat ini perkongsian husniey. Lagi cerita seterusnya pasal melancong ke Korea, bakal cerita di lain entri ya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pencerahan kepada yang memerlukan.

Reading Time:

Thursday, 11 April 2019

Cara Menaiki Bas di Bandar Seoul / Busan, South Korea
11 April 6 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, moga korang sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah 8 April haritu maka berakhirlah trip ke Korea Selatan. Dari 30 March 2019 husniey berada di Korea. 10 hari. Paling lama setakat ini. Duit pun dah kering. Hahaa. Kali ini mari mulakan kisah mengembara ke Korea dengan informasi tentang pengangkutan bas. Haa molek lah tulis sementara ingatan masih segar lagi ni.


Bila kita mengembara ke negara maju, antara perkara paling penting ialah mengetahui cara hendak berjalan dari satu tempat ke tempat lain. Perkara ini merupakan asas bagi traveller. Seeloknya sebulan dua sebelum mula mengembara anda perlu bersiap sedia dengan melakukan kajian serba sedikit tentang public transport di Korea. Ada banyak information yang kita boleh dapat bila buat research di Google.

Antara Pengangkutan Utama di Korea

Kalau tahun 2017 husniey travel di Jepun dengan menaiki keretapi. Manakala kini di Korea, husniey mencuba menaiki bas awam pula. Terdapat sangat banyak jenis bas dapat dilihat jika anda ke Korea. Husniey mula buat perbandingan kelebihan dan kekurangan naik bas, nampaknya menaiki bas di Korea juga pilihan terbaik dan efisien selain bergerak dengan menaiki metro (subway). Bas akan berhenti terus di hadapan destinasi kita nak pergi. Kalau naik subway kena gigih sikit banyak guna tenaga untuk naik turun tangga.. ๐Ÿ˜‚


Bas di Korea ini berjadual dan sangat tepati masa. Boleh dikatakan kurang 10 minit pasti muncul bas di setiap hentian bas. Tak perlu nak angkat tangan macam kat kita, di Korea bas pasti berhenti pada hentian. Dari Seoul ke Busan dan juga ke wilayah lain pasti ada pengangkutan bas awam. Rakyat tempatan Korea juga menggunakannya.

Baca disini artikel menarik:

Rutin Penjagaan Kulit Menggunakan Pencuci dan Pelembap dari Hansaegee Nature (Made In Korea) 

Cara Menjadi Pemandu Berhemah

Pengalaman Bawa Adik Umur Bawah 18 Tahun Travel Ke Luar Negara Tanpa Ibu Bapa

Langkah Menaiki Bas di Korea:

Pertama sekali, penting bagi anda memiliki kad T- MONEY (ia seperti kad touch n go). Boleh dibeli kat convenient store seperti CU, 7E, GS25 bila anda tiba di Korea. Dalam airport ada juga kedai macam ni. Macam husniey dapat kad T Money itu secara percuma sebab menjawab survey Discover Korea Your Way, yang dikelola oleh Korea Tourism Organization, (KTO). Nak bayar tambang bas secara tunai pun boleh, tapi guna kad T MONEY tu lagi senang, juga lebih murah tambang bas.



Kedua, anda perlu tentukan destinasi yang menjadi arah tujuan. Sila gunakan khidmat google maps untuk melihat penunjuk arah. Setelah membuat carian di Google maps pasti anda akan lihat beberapa pilihan bas berserta nombor bas. Semasa buat carian itu juga ada memberitahu bas akan berhenti dimana dan pada jam berapa ia bergerak, berapa hentian. So anda boleh selidik betul-betul semua tu penting untuk diambil tahu.

Contoh carian menggunakan Google Maps

Pergi ke hentian bas. Tunggu di perhentian bas. Untuk memastikan bahawa, ia betul ke tidak, rujuk pada nombor bas yang tiba. Anda juga boleh bertanya pada orang awam. Di Korea setakat pengalaman husniey mengembara bersama suami, ramai orangnya cuba membantu bila kita bertanya arah. Siap ada yang cuba bantu searching juga, walaupun perbualan antara kami agak terbatas. Dah macam ayam itik bercakap ๐Ÿ˜‚. Kalau orang tua (ahjussi ahjumma) yang berumur sikit macam takut takut nak bantu. Orang muda okay. Oppa Noona sporting! ๐Ÿ˜

Informasi pasal perjalanan bas ikut nombor

Haa satu lagi tiba je di hentian bas, sila rujuk pada information board dekat situ. Nota kaki, jangan tertukar bas. Adakalanya kita tengok betul dah nombor 507, tapi bila naik dia menghala ke lain. Maknanya itu route yang berlawanan. Kalau jadi situasi seperti itu, sila cepat turun dan ke hentian bas yang bertentangan jalan.


Bila bas tiba, imbas T Money dahulu di mesin dekat pemandu. Kena cepat dan standby kad dah di tangan, kalau baru tercari cari kad masa naik tu, mahu kena pandang sinis.. Pemandu bas memang kejar masa. Dia akan tengok setiap orang dah bayar belum. Heee. Untuk bayar hanya imbas sekali je. Kalau tengok K Drama ada juga yang imbas kad T money masa nak turun bas tuh kan, itu hanya untuk check balance ๐Ÿ˜Š

Semasa dalam bas, sila dengar pengumuman yang dibuat dalam bas tentang destinasi seterusnya yang bakal dia berhenti. Sesetengah bas tidak ada translate dalam bahasa Inggeris. So kena bersedialah buka Google maps dan rujuk. Kena try and error, lama kelamaan pasti cekap! Seronok tengok karenah Korean dalam bas. Dapat juga layan permandangan sekitar bandar.

Permandangan di Gamcheon Cultural Village

Sedikit maklumat penting. Husniey difahamkan bas di Korea ada banyak warna. Paling murah bas berwarna biru. Bas yang berwarna hijau serta berwarna merah (selalunya pergi lebih jauh dan tambang agak mahal sedikit). Yang nak pergi dekat ni selalunya warna biru. Tambang bermula sekitar 1,200 won sehala. T Money boleh ditambah nilai di semua convenience store. Anda boleh tambah nilai ikut kemampuan. Husniey selalu tambah nilai 5,000 - 10,000 won. Kalau dari airport Incheon tu nak ke tengah bandar, tambah nilai 10,000 won sekejap je guna, dah nak habis.

Rumusan? Best ke husniey naik bas. Tak renyah ke. Best je. Kalau korang pernah rasa naik bas rapid. Macam bas bandar tu, haa sama je konsepnya. Tak susah pun. Cuma kena study jelah sikit. Baru mudah urusan dan kurang buat silap. Semoga perkongsian ini bermanfaat.. Doakan husniey mood okay dapat siapkan entri cerita travel ke Korea secepat mungkin ๐Ÿ˜‚

Reading Time:

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com