Bercuti Dua Hari Satu Malam Di Royale Chulan Cherating Pahang - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Monday, 18 November 2019

Bercuti Dua Hari Satu Malam Di Royale Chulan Cherating Pahang


Bermalam di Royale Chulan Cherating Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu dan berbahagia di samping keluarga. Harapnya belum terlambat berkongsi kisah percutian husniey dan suami ke Cherating Pahang. Sejak tuan suami kerja luar daerah selalu ni dia akan keluar bekerja adakala paling lama sampai 3 minggu tak ada off day. Memang terasa rindu walaupun akan jumpa setiap dua hari sekali, quality time together juga berkurangan kalau tuan suami kena bertugas lama. Percutian ke Cherating Pahang adalah tidak dirancang rapi. Kebetulan kami belum sempat berjalan sempena birthday trip. So dapat pergi lepaskan mood nak bercuti pergi dekat ajelah mampu. [Baca lebih lanjut tentang percutian ke Kuantan Pahang]


Memilih Penginapan Royale Chulan Cherating

terrace /  chalet 

hujung sekali bilik kami 

Check in date pada 5 September 2019 yang lalu, hanya dua hari satu malam. Short Vacay. Dekorasi hotel Royale Chulan Cherating sangat cantik, moden dan ada elemen nature juga menggunakan kayu. Royale Chulan Cherating terletak di Kampung Cherating Lama, tidak susah mencarinya. Dekat saja dengan kawasan pantai. [Baca lebih lanjut tentang trip ke Pulau dengan pantai yang indah, Langkawi]. Untuk makluman, Royale Chulan Cherating ini terbahagi kepada dua jenis. Iaitu Chalet dan Villa. Jika anda punya bajet tinggi silalah pilih menginap di Villa.




Dalam bilik tidur 
Bilik yang diberikan ialah Chalet Double, sangat luas saiz bilik 31.3 sqm, boleh menginap sehingga 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Ruang dalam bilik ini berasingan, jadi macam feeling tidur dalam rumah. Pada mula husniey melihat bilik tersebut sudah rasa jatuh cinta pandang pertama. Haih suka betul dengan balkoni di depan bilik. Cantik. Menggunakan warna lembut dan pastel. Masuk aje ke dalam bilik ada ruang tamu berserta kemudahan televisyen, set sofa dan meja kopi. Saluran TV juga ada banyak, memang tak bosan kami duk melepak dalam bilik. Uniknya lagi dalam bilik ini ruang terlalu besar hinggakan ada dua buah penghawa dingin. Satu dalam bilik tidur dan satu lagi di ruang tamu. Selesa sungguh.


double bed -- selesa

Kopi, teh, gula? 


Ramai juga kawan-kawan bertanyakan pada husniey semasa sedang bercuti, "eh berapa rate ya stay sini.  Mesti mahal kan?" Ramai yang beranggapan mesti mahal kan menginap di Royale Chulan? Oh husniey masih waras ikut bajet dan bercuti mestilah ikut kemampuan. Kalau Villa lagi selesa dan mewah serta lebih privasi. Husniey memilih menginap di Chalet saja. Sebabnya itu jelah yang mampu. Itu pun dah rasa suka sangat. Semua kemudahan ada disediakan lengkap. Tak perlu risau kalau tertinggal tuala, mandian.

Banyak kemudahan yang ada disedia oleh pihak hotel Royale Chulan Cherating. Amenities yang tersedia dalam bilik air sangatlah meriah ada berus gigi, mandian syampu itu biasalah kan kita tengok di hotel lain. Tapi di Royale Chulan Cherating siap bagi sikat, cotton bud. Lengkap semua benda ada. Haa paling penting bagi wanita mestilah nak kena ada seterika kan? Iya ada tersediakan juga, boleh guna seterika dan diberi masa 30 minit sahaja kalau tak silap. Nanti dah siap guna kena tinggalkan di luar bilik. Dilarang peram di dalam bilik anda menginap. Oh ya kemudahan WiFi turut disediakan bagi keselesaan tetamu.

Dalam satu chalet ada ruang berasingan. 

Televisyen di ruang tamu. Itu dia peti sejuk juga ada ya kawan-kawan.
Nak simpan makanan minuman anda boleh sangat 

JEMPUT TONTON VIDEO DI YOUTUBE CHANNEL




Kemudahan seterika --- 

Lebih menarik petang itu lepas check in kami pergi bercanda di tepian Pantai Cherating. Suka dengan suasana pantai disini, tidak berombak kasar. Boleh mandi dengan tenang. Air nya jernih serta permukaan pantai yang landai, selamat nak mandi dengan anak-anak sebab tak dalam sangat. Paling suka bila menginap dekat hotel bila lengkap ada sarapan pagi. Menu agak meriah, ada nasi minyak mee goreng kemudian menu sarapan ala barat turut disediakan. Walaupun kawasan cafe nya ruang macam kecil sikit tapi okay je. Makan pagi kebanyakannya sedap - sedap. Alhamdulilah. Selepas breakfast hari kedua itu barulah kami ambil peluang mandi manda di pantai. 

kenangan manis kau dan akuuu... tetiba nyanyi

always love you



Seronok sungguh memula nak bergambar aje sambil layan bayu laut di pagi hari. Kemudian husniey celup celup kaki pula, lepas itu terus minta izin dengan tuan suami nak mandi boleh tak. haaha best dapat berendam air masin. Dah lama tak dapat peluang seperti itu. Yelah kalau di Terengganu bukan boleh mandi pantai sembarangan, kena ke bercuti ke pulau baru merasa. Overall husniey suka pada semuanya. Paling suka dekorasi Royale Chulan Cherating, simple tapi cantik. Servis dari hotel crew okay sangat. Kebersihan terjaga. Tak perlu meredah laut China Selatan untuk menikmati keindahan pantai & kejernihan airnya [Baca - Pengalaman ke Pulau Kapas Terengganu].


Layan permandangan indah, with love


Sebelum terlupa husniey nak bagitau jika anda memilih untuk menginap di Royale Chulan jenis chalet disini tiada kemudahan kolam renang disediakan. Hanya ada kolam renang di hotel berjenis Villa. Lokasinya bersebelahan aje. Tapi tak boleh masuklah. Villa itu private. Lagi pun ia terletak di atas bukit. Macam jauh juga jarak dua hotel ini. Takpelah kolam renang semulajadi sudah ada dekat situ, lagi best mandi pantai.

Rating: 4.8/5
Harga Satu Malam Menginap di Royale Chulan
Cherating (Chalet): RM 148 booking online melalui Traveloka
Alamat: Kampung Cherating Lama, Cherating Kuantan Pahang

5 comments:

  1. teringin nak pegi la.. best la tempat ni

    ReplyDelete
  2. masa decide nak cuti kat Cherating dlu tingin dok sini
    tapi tinggal bilik yang mahai2 sngt so cancel p hotel lain. cantik hotel ni..
    tatau bila nak repeat sana..

    ReplyDelete
  3. been planning to go there soon too. in shaa Allah

    ReplyDelete
  4. cantiknya kawasan luar dia tu.. ambil gambar mesti best

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.