McDonald's Jalan Gambang | Fakta Menarik Mengenai Guest Experience Leader Yang Berumur 50an. Jom Lihat Fakta Menarik ini!

Mengenai McDonald’s Jalan Gambang McDonald’s Jalan Gambang, Kuantan, dibuka pada 15 April 2015 dan dikenali sebagai salah satu...



Mengenai McDonald’s Jalan Gambang

McDonald’s Jalan Gambang, Kuantan, dibuka pada 15 April 2015 dan dikenali sebagai salah satu lokasi persinggahan buat pengunjung yang datang atau pulang daripada Bukit Gambang Resort City. Restoran yang juga mempunyai McCafe, memberi kemudahan dan kelapangan buat pelanggan untuk datang pada bila-bila masa.
Lengkap dengan kemudahan pandu-lalu, bilik bayi, tandas, kemudahan orang kurang upaya dan juga ruang permainan untuk kanak-kanak, restoran McDonald’s Jalan Gambang sesuai dihadiri seisi keluarga dan mementingkan semua lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua.

Tempat pilihan kepada yang ingin mengadakan sambutan hari jadi kanak-kanak di McDonald’s Jalan Gambang, tentunya menjanjikan kegembiraan dan memori indah dilakar buat semua yang hadir. Sesuai juga untuk semua peringkat, tidak kira anda kumpulan remaja atau sebuah keluarga yang hadir di McDonald’s Jalan Gambang, staf-staf dan juga perkhidmatan terbaik menanti anda tidak kira masa!

McDonald’s Jalan Gambang 

Fakta Menarik Mengenai Guest Experience Leader (GEL) yang bekerja di restoran McDonald’s Jalan Gambang

  • Latar belakang
Nik Anisah binti Mohd Ibrahim seorang ibu kepada tiga orang anak. Umurnya yang kini mencecah 50 tahun bagaimanapun tidak menghalangnya untuk bertugas sebagai Guest Experience Leader (GEL) di restoran McDonald’s Jalan Gambang. Merupakan  contoh terbaik kepada wanita berumur di Malaysia yang memegang kepercayaan bahawa umur bukanlah penghalang bagi seorang wanita berkhidmat kepada masyarakat.

  • Tempoh bekerja di McDonald’s
Nik Anisah mula bekerja di McDonald’s Jalan Gambang pada 6 April 2015, menjadikan tahun ini tahun ketiga dia berkhidmat. 


Wajah ceria Nik Anisah dan rakan kerjanya

Walau bagaimanapun, dedikasinya sebagai pekerja menarik perhatian pihak pengurusan sehingga pada 1 Oktober 2015, hanya 6 bulan selepas bermulanya perkhidmatannya, beliau dinaikkan pangkat untuk menjadi GEL

  • Cerita disebalik bermulanya Nik Anisah bekerja di McDonald’s
Pada permulaannya, Nik Anisah ingin bekerja di McDonald’s hanya kerana ingin membantu menambah pendapatan keluarga. Penutupan syarikat perniagaannya sendiri memaksa beliau menjadi suri rumah sepenuh masa. Punca penutupan syarikat tersebut disebabkan masalah ekonomi dan ketiadaan projek. Nik Anisah selepas itu bertemu rezeki sebagai pekerja di McDonald’s Jalan Gambang

  • Pandangan Nik Anisah tentang persekitaran kerja di McDonald’s Jalan Gambang
Nik Anisah sentiasa berasa muda dan ceria di restoran McDonald’s tempat beliau bekerja. Beliau berkata ini kerana beliau berpeluang bertemu dan bergaul dengan setiap lapisan masyrakat Malaysia yang hadir di situ. Tidak kira peringkat umur, lapisan masyarakat ataupun status, semua pelanggan memberi kegembiraan dan pengalaman baru kepada beliau. Hubungan sesama pekerja direstoran juga tidak ubah seperti hubungan keluarga dan mereka sentiasa saling membantu antara satu sama lain.

  • Pengalaman Nik Anisah sepanjang berurusan dengan pelanggan
Nik Anisah menganggap pelanggan sebagai tetamu yang penting, kerana itu beliau mengambil inisiatif untuk berkenalan dan berkawan dengan mereka tanpa mengira bangsa, umur dan pangkat

Nik Anisah @ dikenali sebagai Mama 

Setiap hari bekerja, Nik Anisah sentiasa bersemangat dan teruja untuk melakukan tugasannya. Hobinya yang suka bersembang dan bercerita dengan orang lebih-lebih lagi membantu beliau ditempat kerja. Beliau berkata, dengan bercakap dengan ramai orang, kita sendiri akan mendapat manfaat dan banyak maklumat daripada mereka. Nik Anisah berkata ramai pelanggan yang datang ke restoran McDonald’s Jalan Gambang adalah daripada golongan muda dan bersekolah, dan mereka mesra memanggil Nik Anisah dengan panggilan ‘mama’.

  • Pengalaman manis Nik Anisah sepanjang bekerja di McDonald’s Jalan Gambang
Antara pengalaman manis Nik Anisah adalah apabila beliau dapat meraikan sambutan hari jadi dan Hari Kanak-kanak di restoran McDonald’s Jalan Gambang
Beliau teruja dapat melayani anak-anak yang riang gembira. Salah satu pengalaman manis Nik Anisah juga apabila beliau dinaikkan pangkat daripada seorang kru yang bertugas dilobi kepada GEL, walaupun beliau sudah berumur
Staf McDonald’s yang ceria sambil melakukan tugasan

  • Pekerjaan Nik Anisah sebelum bekerja di McDonald’s
Sebelum berkhidmat di McDonald’s Jalan Gambang, Nik Anisah menjalankan perniagaan kontraktor elektrik dan mekanikal. Nik Anisah malahan pernah menjalankan projek kerajaan dan swasta bernilai hampir RM1 juta.


  • Perbezaan ketara sebelum dan selepas bekerja di McDonald’s
Sebelum bekerja di McDonald’s, Nik Anisah tidak tahu betapa pentingya elemen ‘hospitaliti’ kepada tetamu di dalam sesebuah perniagaan. Beliau juga banyak belajar melayan pelanggan yang datang dari pelbagai bangsa dan umur

Pesanan kepada masyarakat berdasarkan pengalaman bekerja di McDonald’s Jalan Gambang
McDonald’s merupakan sebuah syarikat yang sentiasa memberi peluang kepada semua pekerjanya untuk membina kerjaya walaupun sudah berumur. McDonald’s juga sentiasa menjaga kebajikan perkerjanya. Sebagai contoh, baru-baru ini ramai pekerja Islam yang berkelayakan telah menerima zakat pada musim perayaan Aidilfitri. McDonald’s merupakan tempat makanan yang sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan selain memberi layanan yang bagus. Nik Anisah sebagai pekerja sentiasa menganggap pelanggan adalah VIP dan mengalu-alukan kedatangan mereka di restoran tersebut

  • Pengalaman Bergembira Di McDonald’s Jalan Gambang

Bersama dengan sebahagian Blogger Pantai Timur singgah sebelum bersurai program kembara kami iaitu #DiscoverGambang. Pertama kali menjejakkan kaki disini terasa kagum kepada staf McDonald's, mereka menyapa dengan sungguh ramah

Sebelum terlupa husniey ingin menambahkan sedikit info tentang Mama. 

Sebagai GEL, Nik Anisah atau Mama berperanan untuk berkhidmat sebagai duta khidmat pelanggan. Fokus beliau adalah untuk  memberi  pengalaman hebat kepada pelanggan McDonald’s. Termasuk memastikan pelanggan diberi layanan baik dan meninggalkan restoran McDonald’s Jalan Gambang dalam keadaan gembira dan berpuas hati dengan pengalaman  mereka sepanjang berada disitu. 


Menu kami 😍
Kanak kanak dapat Happy Meal, air milo


Burger Rio yang terbaharu di McDonald’s 

Suasana meriahnya di McDonald’s Jalan Gambang 

Memang terbukti peribadi Mama dan staf disini ramah dan servis perkhidmatan mereka terbaik yang pernah saya lalui. Mereka meraikan kesemua pelanggan yang datang, seolah menghadiri kenduri kahwin di kampung. 

Selesa sungguh bersembang dengan Mama. Siap beliau pesan kalau datang lagi singgah lah sini dan Mama pasti ingat kami semua.

Nah, kalau anda semua berpeluang melawat Kuantan dan berdekatan silalah berkunjungan ke McDonald's Jalan Gambang ini, seronok sungguh tengok anak - anak dapat layanan baik dan hadiah. Untuk anda yang bawa anak kecil akan dapat pelbagai saguhati, mainan, aiskrim, belon. Wahh kami yang dewasa ni pun rasa teruja


MAKLUMAT LANJUT | MCDONALD'S JALAN GAMBANG  

Waktu Urusniaga: 24 Jam
Telefon: 09- 536 2746
Alamat: No A29(Gf), Pusat Komersial Batu 3, 
Jalan Gambang, Pahang, 25150 Kuantan


Peta Ke Lokasi 




You Might Also Like

14 comments

  1. terbaik sangat servis perkhidmatan diorang! suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Aira, husniey pun suka.. 😍 bagus moga dikekalkan

      Delete
  2. Tempat yang paling best klu nak lepak makan2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, seronok suasana McDonald's jalan Gambang ni

      Delete
  3. best untuk tempat berkumpul. kalau macam ni semua mcd, memang awesome !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, seronok. Betul tu kalau semua mcd restoran fast food ada servis bagus mesti ramai orang

      Delete
  4. wahh ada cerita di sebalik insan yang bernama Nik Anisah tu kan, memang memberi inspirasi kepada semua.. seronoknya korangg... makan mcd hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ada kisah sebelum menjadi pekerja GEL MCDONALD’S tu.

      Delete
  5. Meriahnya husniey. Mesti best dpt hang out sesama geng dekat mcd kan. Ana dah lah hantu mcd juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah meriah sungguh.. Alhamdulillah.. 😍

      Kita geng,husniey hantu mcd juga ni..

      Delete
  6. Semoga Nik Anisah terus sukses dalam kerjayanya...

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.