Syok Bercuti di Cameron Highlands Pada Raya Aidiladha 2018 - Husniey Husain

Friday, 30 November 2018

Syok Bercuti di Cameron Highlands Pada Raya Aidiladha 2018




AKTIVITI DI BOH SG PALAS
Aktiviti pada pagi hari kedua di Cameron Highlands ini dimulakan dengan lawatan ke Ladang Teh Boh Sg Palas, kami masuk pada pukul 11.15 pm. Rupanya dekat aje dengan tempat penginapan kami di Nova Highlands Residence. Lebih kurang 3.5 km untuk masuk ke BOH Centre. Dinasihatkan kepada anda yang nak ke sini, perlu hati hati kerana disini jalannya terlalu sempit dan curam. Husniey dan tuan suami hampir nak jatuh ke tepi pelik perangai orang kita ni jalan tak comel pun gelojoh jugak nak pandu laju. Ada beberapa jalan tak sesuai dilalui 2 kereta sekaligus sebab memang sempit, ada yang selekoh tajam. Fuhh pendekkan cerita memang seram nak masuk ke dalam tu. Terpaksa tekan hon kalau lalu selekoh tajam yang ada bukit menghalang pandangan, bahaya tu nampak kalau ada kereta dari arah bertentangan.


Tak perlu bayaran masuk untuk melawat ke sini. Parking disediakan pun tak diperlukan bayaran. Sangat dicadangkan untuk anda melawat BOH Centre dan ladang teh BOH ini. Paling best di BOH Centre boleh borong teh untuk buat souvenirs atau untuk tambah stok keperluan di rumah, hee. Jenis jenis produk teh yang dijual disini juga yang tak pernah dilihat di pasaran. Nampak macam semua sedap je. Rambang mata duk pilih.

View di BOH SG Palas


Pelbagai jenis teh dijual di BOH Centre

Produk teh yang unik di BOH Centre. Harga lebih murah jika dibeli disini. Apa lagi yang menariknya disini? Mestilah permandangan ladang teh yang terhampar seperti karpet kalau tengok dari atas. Cantik sangat! Tenang sungguh bila melihat kehijauan. Terdapat juga kafe untuk makan dan minum, kalau tak silap pernah tengok beberapa drama di kaca TV berlakon di sini. Musim cuti sekolah agak padat dengan pengunjung dan tak nampak cantik suasana di kafe. Husniey dan suami tak makan pun kat sini. Rasanya kalau nak makan kek harga lebih murah sedikit di Cameron Valley Tea House.

CAMERON VALLEY SESUAI UNTUK PHOTOSHOOT

Ini lagi senang tempatnya nak masuk tepi jalan. Cameron Valley bukan biasa biasa permandangan ladang tehnya. Husniey dengan tuan suami siap photoshoot lepas solat Aidiladha. Pada mulanya saja je nak lalu ke situ, rupanya Cameron Valley ini memang dibuka walaupun pada hari raya Aidiladha. 

Cameron Valley Tea House 


Menu best. Teh coklat dan kek disini semua sedap sedap! Total hangus makan semasa kali kedua disini RM 27.70


Permandangan indah. Nak masuk ke ladang ni kena bayar ye

Done bergambar di ladang teh

Untuk bergambar di ladang teh dikenakan cas bayaran masuk RM 2 seorang dewasa. Puashati bergambar disini sebabnya orang masih tak ramai masa kami mula masuk ke ladang. Makan kek di Cameron Valley, kek Chocolate Indulgence sedap. Coklat tea sedap kat sini. Ala teh tarik rasanya tapi rasa coklat dan teh tu sebati. Sedap dan unik! Dua kali kami makan dan minum disini. 

KUTIP STRAWBERI DAN BERGAMBAR DI CAMERON LAVENDER

Kalau anda punya banyak masa bolehlah meneruskan aktiviti ke Cameron Lavender, kawasan ini agak sibuk dan parking agak susah. Ada tempat letak kereta yang disediakan tapi adakalanya tidak mencukupi. Hati hati melintas jalan kalau ke sini, lokasinya terletak di tepi jalan utama. Kutip strawberi di kebun yang bersebelahan Cameron Lavender, banyak juga strawberi yang dah merah. Dekat sini juga ada tanaman bunga bungaan yang berwarna warni, boleh bergambar cuma dilarang masuk ke dalam kawasan kebun tu. Risau rosak pulak pokok tu nanti. So tak boleh lepas dari tali yang diikat pada kawasan sekitar kebun bunga tersebut.

Merah kan strawberi! 😍 

Geram tengok. Strawberi segar 

Ni dekat kebun bunga dalam kawasan sama dengan strawberi ni 


Sebelum terlupa tidak ada bayaran masuk dikenakan untuk masuk ke kebun strawberi ini. Kami dapat kutip 300 gram buah strawberi, dapat harga RM 20 sahaja. 100 gram bersamaan RM 6 kata pekerjanya. Murah dah sebenarnya kat tempat lain husniey pergi tanya dah mahal, buah pun tak banyak mana. 

JALAN JALAN DI LAVENDER GARDEN

Selepas kami habiskan masa bersama di kebun strawberi kami ke Cameron Lavender sebelahnya ni. Besar juga tempat ni. Agak padat masa musim cuti. Penuh orang, jenuh kami laki bini cari sudut terbaik untuk bergambar. View bunga cantiklah dekat sini, tapi kalau ramai orang musim cuti tak digalakkan masuk, tak cantik gambar korang kena photobomb hihi. Suasana sekitar Cameron Lavender cantik. Cas yang dikenakan bagi dewasa RM 10 dan kanak kanak RM 7. 

Husniey merasa aiskrim Lavender yang orang kita duk viral sangat tu, berharga RM 6 satu. Nasiblah beli satu je, rasa dia biasa je. Memula rasa aiskrim tu husniey rasa macam pelik dan macam tak sedap pun ya. Rasa bunga pun yer, haha dah nama pun aiskrim perisa lavender kan🀭

Bergambar dengan bunga bungaan

Gambar banyak sangat jadi kita cantumkan jelah senang. Haha πŸ˜‚ 

Bagi husniey kalau tak ada bajet mana tak perlu masuk pun. Lagi lagi kalau datang bawa anak ramai tu, kesian pula. Kalau mampu tak apalah. Setelah penat berjalan dan bergambar di kawasan kebun bunga ni husniey dan suami pergi ke dobi di Tanah Rata. Dah bawa siap dalam kereta baju kotor yang nak dibasuh di dobi layan diri. 


Sempat bergambar di tepi jalan sebelum pulang ke hotel. Balik ke bilik, rehat dan terlena lepas maghrib. Sedar pukul 10.30pm dah terus kejut suami ajak pergi makan. Dah lah esok raya haji kan berlapar kita nanti kalau kedai semua banyak tutup 😌



Tepi jalan je ni.. Lokasi wajib bergambar 

BAJET HANGUS DI CAMERON HIGHLANDS 21 OGOS + 22 OGOS 2018

  • Shopping di BOH Sg Palas RM 75
  • Petik strawberi sebelah Cameron Lavender (RM 20 bersamaan 300g)
  • Makan pagi @ Cameron Valley Tea RM 27.70 
  • Bergambar di ladang teh Cameron Valley RM 4 
  • Cameron Lavender RM 20
  • Aiskrim Lavender 1 RM 6
  • Minuman RM 3.80
  • Beli petai 2 ikat RM 15
  • Dobi Self Servis Basuh & Kering RM 15
  • Makan malam di Tanah Rata RM 22
  • 7 Eleven beli topup, minuman, snek RM 22.40
= RM 230.90 (Untuk 2 orang)

πŸ“ Jemput tonton video di YouTube 

9 comments:

  1. rindunya cameron.... warna purple tu sesuai dh ngan lavender... hehe

    ReplyDelete
  2. Seronok tengok ladang lavender tu..mesti aroma lavender tu semerbak kan Husniey.

    ReplyDelete
  3. Baru setahun tak naik CH tp bila tgk entri ni terus rasa nak naik lagi. Nak makan eksrem lavender.

    ReplyDelete
  4. Tak sabar akak nak pi Cameron lusa lepas baca ni..

    ReplyDelete
  5. Lama x g ladang teh ni...sejuk je lepak kat sini kan..dengan pemandangan hijau

    ReplyDelete
  6. tak pernah g lagi cameron.. dalam perancangan gak nanti insyaAllah

    ReplyDelete
  7. Cantiknya gambar2.. lama x xg Cameron Highlands

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com