September 2019 - Husniey Husain

Sunday, 22 September 2019

Day 4 South Korea | Journey to Busan From Seoul By Train Mugunghwa
22 September0 Comments

Kemana lagi selepas explore di Seoul? BUSAN. Ya, Busan Korea. Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera. Meh kita sama- sama baca perkongsian husniey pada kali ini. Pada mula membuat itinerari husniey terfikir rasanya lebih lengkap perjalanan ke Korea kalau kita turut explore tempat menarik di Busan. Yelah duk baca di blog dan group travel di Facebook kebanyakanmya backpackers ke Korea tak habis banyak pun. Tak sampai dua ribu ringgit. Jadi keputusan dibuat dan husniey ke Busan jatuh pada hari keempat hingga hari kelapan. Lagi pun masa tu beli tiket balik Busan to KLIA2 dah lambat, nak balik dari Seoul kebanyakan tiket agak mahal maybe sebab peak season kot (Musim Bunga tengah peak).

Pagi itu sebelum check out sempat sekali lagi ke Gwangjang Market untuk membeli kain yang dikirim oleh rakan-rakan. Rezeki bila travel, jadi personal shopper. Macam inilah nak berjalan di negara orang bukan mudah nak cari duit. Boleh buat tambah duit belanja.

Bergambar kali terakhir dengan business owner Omega Textile, Gwangjang Market 

Check out dari K Guesthouse sebelum jam 12 tengahari. Selepas itu bergerak ke Seoul Station dengan menaiki bas (angkut semua beg, bagasi, barang yang dah shopping di Seoul). Berat jugalah weh mengangkut barang kehulu kehilir. Nasib terus ke Seoul Station. Tiket train nak ke Busan telah beli awal sehari. Tiba di Seoul Station menanti waktu untuk berlepas ke Busan pula. Dijangka jam 3 pm.

Sedikit info tentang Seoul Station ๐Ÿš‰ 

Seoul Station adalah terminal kereta api. Pelbagai jenis keretapi yang terdapat disitu. Kiranya macam berpusat di situ. Jenis keretapi yang ada seperti Gyeongbu (Seoul-Busan) KTX (Korea Train Express) serta kereta api Saemaul, Mugunghwa dan Nooriro. Ia juga berhubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon oleh AREX (Airport Express). Maknanya kalau anda dari Airport Incheon boleh direct ke sini. Centre dah nak kemana mana pun boleh bila dekat dengan kemudahan pengangkutan awam.


Department Store dan Lotte Mart Discount Store jadi tarikan bagi Seoul Station. Kemudahan yang terdapat di dalam Seoul Station seperti restoran, makanan segera, kedai roti, kafe, farmasi, dan banyak lagi.

Train ini agak panjang jenuh cari gerabak kami

Pukul 3pm kami dah menunggu di platform. 10 minit sebelum waktu jangkaan barulah kelihatan train Mugunghwa muncul di platform. Jadi apa lagi lekas kami mencari gerabak dan lihat nombor seat. Kalau tiket non reserved seat boleh duduk dekat tempat yang tiada penumpang. Jika jatuh weekend atau musim cuti sila beli tiket yang boleh reserved seat. Harga berbeza. Untuk tiket boleh juga beli secara online sila lihat di website



Perjalanan ke Busan amatlah panjang ya. Kena sediakan mental fizikal (agak bosan). Menaiki train Mugunghwa dari Seoul ke Busan memakan masa hampir 5 jam lebih.
Dah macam naik flight dari KL ke Seoul aje.

Serius memang lama. Jemu menunggu waktu untuk tiba di Busan. Tidur bangun tidur bangun tak sampai lagi. Ini merupakan pengalaman pertama kali Husniey dan suami merasa naik train di negara orang yang makan masa sangat lama. Dicadangkan untuk anda download dan tonton movie ke apa sebab bosan kan lama dalam train. Dari jam 3 petang kami tiba di Busan Station jam 9 malam. View sangat cantik sepanjang perjalanan, nak nak pula masa tu tengah musim bunga. Awal April masa kami nak ke Busan di sesetengah tempat dah full bloom. Cantik sangat cuma tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak masa dalam train. Di Seoul lambat sikit full bloom. Hayati dan simpan kenangan dalam ingatan aje. Kemudahan tandas turut disediakan. Bersih tandasnya. Nak solat mungkin boleh aje dalam train cuma kena pandai cari sudut yang takde orang kot. Kalau ambil wuduk dekat sinki silalah lap balik di bahagian tempat terpecik air tu, sebab negara Korea diaorang jaga tandas tu kering.

Train to Busan in real. Hahaha



Train Mugunghwa ini turut berhenti di beberapa tempat seperti Busan Station, Dongdaegu Station, Sinhaeundae Station. Daejeon station banyak lagi lah stesen yan dia berhenti untuk turunkan dan naikkan penumpang. Busan Station merupakan stesen terakhir. Memang terasa betapa hujungnya Busan. Kalau anda menaiki train laju KTX lagi cepat sampai kot. Dari 5 jam mungkin akan jadi makan masa 3 jam sahaja perjalanan. Tapi agak mahal tiketnya beratus ringgit.

Setibanya di Busan Station terus husniey mencari tempat untuk menebus Baucer 'Busan Subway Pass', ia percuma. Busan Subway Pass ini husniey dapat setelah menjawab survey di website Korea Tourism Organisation (KTO). Malangnya dah lewat kan, pejabat dah tutup. Esok pagi tu baru kami datang balik ke Busan Station.

Tak sabar nak tahu more pasal cerita travel Husniey ni, boleh tonton video di Youtube Channel  ๐Ÿ‘‡ 


Jadi malam itu kami berkira nak ambil bas aje dari Busan Station ke Haeundae Beach. Bas akan berhenti di bus stop dekat Haeundae beach la. Malam pertama di Busan memilih untuk menginap di kawasan Haeundae Beach. Perjalanan dari Busan Station nak ke Haeundae mengambil masa 40 minit lebih kurang. Masa ambil bas tu risau juga kot tersalah bas atau tersalah tempat berhenti sebab tak berapa pasti kedudukan guesthouse dekat dengan bangunan apa. Yang tahu dekat je dengan pantai.

Our guesthouse while at Haeundae 
Menu simple malam itu. Sampai aje terus panaskan apa yang patut. Sambal nasi lemak emak bertahan lama betul. Hehe sebab cuaca sejuk kot lambat basi. Kami pack kecil kecil bawa travel. Sedapp weh makan time lapar. Nasi beli yang segera di CU.
Menu kami yang lain; Telur rebus, seaweed, dan kimchi! 

Nampak sedap kann. Rindu Kimchi ๐Ÿ˜ 

Alhamdulillah mudah saja urusan mencari guesthouse di Haeundae. Walaupun dah gelap malam tapi dipermudahkan. Lenguh juga sehari suntuk dalam keretapi menuju ke Busan. Selepas check in dah tak keluar kemana pun. Sebab dah lewat malam ni risau juga. Beli makanan dekat CU aje (macam 7Eleven). Untuk entri ini rasanya done setakat ini. Nanti husniey akan sambung di lain entri part jalan jalan di Busan dan review guesthouse. Kisah jalan jalan ke Busan bersambung nanti.

Kos Belanja Hari Keempat 

✓ Gwanghuidong - Gwangjang Market
= 1200+1200won (bas)
✓ Korean silk kain pasang 100k won
✓ Gwangjang Market - Gwanghuidong
= 1200 + 1200 won (bas no 7212)
✓ Eljiro -  Seoul STT = 1200 + 1200won Bas no (202) (Kos pengangkutan itu untuk dua orang)

Total 107,200 won exclude tiket train ke Busan, dah masukkan kos itu semasa hari ketiga. Baca di entri sebelum ini Hari Ketiga Di Seoul, Membeli Belah @ Gwangjang Market | Jalan - Jalan ke Itaewon. Jadi kos RM 374 itu tukaran terkini tapi rasanya masa husniey ke sana itu tukaran macam mahal sikit. Sekian saja entri pada kali ini moga bermanfaat ya.
Reading Time:

Tuesday, 17 September 2019

Bersantai di Pulau Warisan Kuala Terengganu, Makan Churros KT
17 September 11 Comments

Menikmati Churros Sedap Dekat Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian. Haritu kebosanan melanda lama tak keluar dengan adik Balqis, husniey call adik ajak keluar pergi jalan-jalan cari makan dekat sekitar Pulau Warisan. Alah dekat mana pula Pulau Warisan? Ia berdekatan bersebelahan dengan Kampung Cina. Selalunya disini ramai yang datang memancing dan bersantai. Dari sini juga anda boleh jalan-jalan ke Pesisir Payang.


Sudah makin ramai peniaga yang berniaga di Pulau Warisan. Terdapat pelbagai jenis makanan jalanan yang dijual disitu dan anda boleh cuba. Sekarang ini tak kira hari biasa atau hari minggu. Rasanya setiap malam ada aje orang berniaga disitu. Dah tak sunyi Pulau Warisan. Jarang dapat peluang hangout dengan adik Balqis kebetulan dia ada kat Kuala Terengganu dah masuk semester baru. Husniey teringin nak makan benda manis yang rangup lalu mencuba Churros dekat gerai Churros KT. Sedap ada bermacam jenis perisa. Love at first bite! ✨

Tengok banner ini maknanya betullah gerainya

Suka tengok.. 


Menu Churros KT -- Sekali Makang Nak Lagi

Churros Regular (Gula, Cinnamon, Strawberry, Blueberry, Chocolate, Susu Krimer, Pandan Kaya)

Churros Special (Krimer Manis, Chocolate Nestum, Chocolate Strawberry, Chocolate Oreo, Chocolate Chocolate, Chocolate Peanut, Chocolate Cornflakes, Chocolate Rainbow



Husniey jatuh suka dengan Churros berperisa cheese + krimer manis perisa chocolate, chocolate nestum, dark chocolate. Haih macam banyak juga perisa yang sedap lagi terbaik bila kita dapat makan churros yang masih panas. Dough Churros nya pula lembut dan terasa ranggup. Kalau anda datang jalan jalan ke Pulau Warisan serius korang kena try Churros dekat sini. Cari aje gerai yang tertulis Churros KT. Harga dari RM 3 bagi 5 pcs manakala RM 5 bagi 10 pcs. Murahnya bukan? 




Terdapat juga menu Churros special yang itu kena tambah RM 1. Itu yang husniey geram terus merasa banyak jenis perisa. Harga yang berpatutan. Saiz churros padan dengan harga. Ralit melihat menggunakan alat untuk keluarkan dough Churros lalu menggoreng di dalam kuali. Team Churros KT hebat dalam memastikan Churros yang dijual berkualiti, so memang ia masak molek ya. 


Churros KT juga turut mengambil tempahan untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, kenduri kesyukuran. Jadi jika berminat untuk merasai keenakan Churros, jangan lupa serbu gerai Churros KT ya. 

Churros KT
๐Ÿ“ Pulau Warisan Terengganu 
๐Ÿ“Waktu Urusniaga: 6 pm - 12 am
setiap hari buka kecuali Sabtu

๐Ÿ“ Phone Number 018-3934976

Reading Time:

Saturday, 14 September 2019

Rezeki Tak Disangka Menang Percutian ke Genting Highlands Dari AirAsia Big
14 September 14 Comments

Tak menyedari tentang kempen @ Contest dijalankan oleh AirAsia Big. Tiba tiba dapat email inform kita terpilih memenangi percutian percuma 2 days 1 night di First World Hotel, Genting Highland. Assalamualaikum semua, semoga ceria dan sihat selalu. Ya betul. Ini kenyataan. Masa itu husniey terima email dari pihak AirAsia Big rasa tak percaya, tapi tetap cuba aje lah submit details. Langkah lain yang perlu dibuat turut disuruh mendaftar akaun Genting Reward. Percuma aje daftar tu kira buat secara online aje.
Excited terkejut masa terima email
dari AirAsia Big 


Urusan nak booking hotel juga kena buat dekat website Genting Reward. Sudah dimaklumkan bahawa tarikh boleh kita tebus penginapan itu sehingga penghujung bulan June 2019. Kena pandai cari tarikh, kalau jatuh hujung minggu atau hari cuti sekolah agak mahal. 

Alhamdulillah rezeki ๐Ÿ˜

Masa dah suntuk, tengok tarikh juga terhad. Tinggal beberapa hari lagi masa untuk menebus. Risau juga kot tak sempat. Alhamdulillah berpeluang juga dapat buat tempahan. Memang percuma. Tiada cas tambahan semasa buat tempahan bilik di First World Hotel. Husniey tak sempat nak buat kajian tentang hotel ni, so tak tahu yang sebenarnya First World Hotel ini merupakan hotel terbesar di Asia Tenggara.

Hotel terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai 7000 lebih buah bilik. Tujuh ribu lebih tu, serius besar gila hotel ni. Patutlah semua urusan semasa mendaftar masuk atau mendaftar keluar kena buat sendiri oleh tetamu yang datang. Kalau anda nak juga check in di kaunter akan dikenakan cas. Pada mulanya rasa macam nak marah jugalah, dah la kami check in agak lambat dah nak maghrib baru tiba di Genting Highlands, jadi rasa nak cepatlah urusan check in. Tapi bila sedar tentang saiz keluasan hotel First World ini memang wajarlah pengurusan buat sistem untuk guest check in sendirian berhad, hehe.

Suasana di lobi hotel 

Nampak je dalam gambar ni lengang takde orang, hakikatnya penuh dengan manusia. Huhu ๐Ÿ˜…
Self check in. Ambil key room anda disini

Pada mulanya agak blur nak menggunakan mesin self check in tapi mujurlah tak susah nak paham. Caranya senang saja masukkan kad pengenalan. Nanti terus akan dibaca tempahan anda. Kemudian semasa tekan tu ada pilihan lain jika anda ingin menambahkan apa sahaja permintaan. Tapi mestilah ada surcharge ya. Antara permintaan tambahan yang boleh dipilih ialah connecting room, bilik berdekatan lif, nak tambah kemudahan seperti cerek elektrik dan lain-lain. Husniey cadangkan dekat tuan suami apa kata kita pilih bilik yang dekat dengan lif. Ternyata bebetul dapat bilik yang berdepan lif. 

Di tingkat 13 bilik kami

Twin bed diberinya. So malam itu kita rapatkan saf jelah. Hahaa
Tandas dan bilik air


Tak perlu kami menapak jauh. Kos dikenakan hanya RM 5. Bilik kami sangat basic. Dapat yang dua katil single. Queen bed dah tak ada katanya. Kemudahan di dalam bilik tak banyak sangat disediakan. Tapi masih okay, nak complaint lebih tak bolehlah kan dah dapat free stay tu kena bersyukurlah Puan Husniey oii . Dalam bilik tak ada kemudahan aircond ya, hanya kipas. Okay je sebab suhu waktu malam terasa sejuklah juga. Parking untuk tetamu yang menginap di hotel ada disediakan tapi dikenakan cas.




Pertama kali husniey menginap di hotel serba serbi ada cas tambahan. Sabar jelah. Waktu check out agak awal sebelum jam 11 pagi. Jadi kalau anda masih nak berjalan-jalan dekat situ husniey suggest boleh aje tinggalkan bagasi atau beg pakaian di Tempat Penyimpanan Bagasi Percuma yang disediakan oleh pihak hotel. Tapi jujurlah ada juga bahagian yang patut dipuji. Ya, tiada cas dikenakan untuk simpan barang anda. Ia percuma bagi tetamu hotel. Bagusnya bila ada kemudahan letak barang ni, kami dapat sambung jalan-jalan tanpa memikirkan mana tempat nak letak beg. Kos hangus untuk penginapan di First World Hotel hanyalah RM 5 sahaja.

Terima kasih banyak kepada AirAsia Big kerana memberi peluang kepada Husniey memenangi 2D1N Free Stay at First World Hotel Genting Highland. Kalau tak kerana ini mungkin sampai sekarang masih tak sampai lagi ke Genting Highlands. Pertama kali ke Genting bersama dengan tuan suami. Last pergi ke sana sebelum ini masa kecil dulu ada rombongan sekolah. Sekian perkongsian kali ini semoga ada manfaat dari tulisan ini.

Love,
Husniey Husain

Reading Time:

Saturday, 7 September 2019

Kek Tema Hari Merdeka By Dnialicious Kuala Terengganu
07 September 8 Comments

Saban hari pasti ada saja hari istimewa yang akan disambut. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Bersambung lagi kisah nak dikongsikan disini pasal Gathering Blogger Ganu di D'Rumoh Pata haritu pada penghujung Ogos.

Kali ini nak tulis tentang Dnialicious Cake House Kuala Terengganu. Kedai kek Dnialicious ini semakin popular di kalangan warga Terengganu sebab harga ditawarkan mampu milik harga bajet sungguh, dekorasi pula cantik dan boleh custom ikut kemahuan pelanggan. Terima kasih kepada Blogger Huda Halid sebab sudah buat tempahan kek comel yang bertemakan hari kemerdekaan.





Lokasi kedai ini berdekatan saja dengan rumah husniey dalam 5 minit saja. Kedainya terletak di Pasir Panjang. Manakala rumah husniey di Bukit Kecil. Senang nak parking, ada tertulis reserved disediakan khas untuk pelanggan yang datang. So pada hari majlis diadakan husniey pergi pickup di kedai dan bawa ke lokasi yang dijanjikan. Alhamdulillah tahan kek dari Dnialicious. Dekat sejam lebih juga terbiar di luar. Sambil tunggu rakan rakan blogger yang lain tiba. Kek by Dnialicious ini sedap tak terlalu muak rasanya. Okay je rasanya walaupun cream cake.

Birthday girls ๐Ÿ‘ญ 


Tonton video di Youtube Channel 

Cute kan kek kami tema merdeka, baru nampak semangat patriotik! Blogger Ganu yang lahir pada bulan Ogos ialah; Blogger Huda Halid, Sis Gee, Shahada Fauzi, dan juga seketul Husniey Husain. Dekat situ husniey paling muda tapi terlihat nampak tua kan sebab hakak hakak ni semuanya awet muda you all. Anak 4,3,2 semua maintain kekal cantik. Nak tahu rahsianya kena pergi private message diaorang la ye, hahaaha. Macam Husniey pula mungkin faktor matang awal kot, kahkah okay gurau je ๐Ÿ˜‚



Dnialicious Cake House menyediakan servis menerima tempahan kek custom made, gubahan bunga dan coklat, pelbagai hiasan birthday party seperti belon helium dan suprise delivery di sekitar Kuala Terengganu. 




Bagi anda yang berada di kawasan Kuala Terengganu, tak tahu nak beli kek dimana bolehlah walk in ke Dnialicious. Nak lebih  selamat sila buat tempahan awal, sebab kalau nasib tidak baik tetiba korang walk in tengok kek dah habis. Macam haritu la Husniey ke kedai nak tengok kek dalam chiller tapi semua dah licin. Laku keras weh. Jomlah bersama menyokong perniagaan orang Islam Melayu.



Sangat sesuai bagi anda yang buat persiapan untuk sambut birthday ke, untuk tempahan majlis ke. Tak tahu nak design macam mana? Pergi terus ke Facebook page Dnialicious screenshot gambar yang berkenan dan terus whatsapp pihak Dnialicious ya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk dibawah.

DNIALICIOUS KUALA TERENGGANU 
๐Ÿ—“ Buka setiap hari
⏰ 9.30 am - 9.30 pm 
[Jumaat rehat 1230-230] 
๐Ÿ“Jalan Pasir Panjang, Sebelah Farmasi

๐Ÿ“ฑWhatsApp | 017-9087745 
(soalan / tempahan)
๐Ÿ“ž Kedai | 096221163
 (untuk ready stock)
Reading Time:
Gathering Blogger Ganu Lokasi Kedai Makan D'Rumoh Pata Terengganu
07 September 6 Comments

Kalau anda ke Terengganu mesti akan terpukau dengan keindahan pantai di sepanjang jalan. Jika tercari-cari tempat makan best santai kena baca entri ini sehingga ke akhirnya. Sudah penat berjalan di sekitar Kuala Terengganu semestinya kita akan pergi ke restoran best yang dicadangkan oleh ramai orang bukan?

Pada 31 Ogos 2019 baru ini, husniey bersama rakan-rakan Blogger Ganu menyambut Hari Lahir yang mana jatuh pada bulan Ogos bertempat di D'Rumoh Pata, Batu Rakit Terengganu. Kawasan restoran cantik ini terletak lebih hampir dengan daerah Kuala Nerus. Kalau dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dekat sikit nak ke sini.



Ini merupakan kali kedua husniey ke sini. Pelanggan sentiasa penuh. Kalau nak suasana santai sila datang awal ye. Restoran D'Rumoh Pata ini mempunyai banyak pilihan tempat untuk anda duduk santai sambil menjamu selera. Ada port tepi pantai, dan dibawah kanopi yang cantik dengan lampu serta pilihan di dalam restoran berbumbung boleh berlindung dan makan dengan nyaman ketika hari hujan. Suasana senja cantik sungguh. Kami bernasib baik cuaca pada majlis sambutan hari lahir diadakan cuaca cantik sangat, so dapatlah pilih port tepi pantai. Sangat selesa makan sambil layan bayu Laut China Selatan :)


Suasana senja 

Kesemua yang dapat hadir pada majlis tersebut


Terdapat dua jenis hidangan yang dipesan. Ini antara menu makanan kami: Siakap Kengsom, Ayam Bawang Putih, Tulang Goreng, Kailan Ikan Masin. Manakala hidangan kedua ialah Siakap Tiga Rasa, Sup Sayur Udang, Ayam Bawang Putih dan Tulang Goreng. Sungguh enak dimakan panas - panas bersama nasi putih. Manakala menu makanan bagi kanak-kanak pula ialah Mee Hoon Goreng putih, Sosej, French Fries, Nugget, Sate Ayam.






Jemput Tonton Video Di Youtube Channel 


Jika anda teringin nak merasai keenakan pencuci mulut pelbagai jenis wafer juga turut di jual disini. Ada beberapa vendor yang berniaga di laman restoran tersebut. Sate juga sedap dicadangkan mencuba. Kesemua menu boleh dikatakan sedap belaka. Paling unik menu tulang goreng itu. Belum pernah jumpa lagi dekat tempat lain.  Tulang lembu di goreng memang sedap. Ngam dimakan bersama kuah siakap kengsom dan sayur kailan ikan masin. Rasa makanan secukup rasa.

Dalam pinggan husniey

Meriahnya kan

Kemudahan surau lelaki dan surau wanita 

Cantik suasana malam

Yang bagusnya D'Rumoh Pata ada menyediakan kemudahan surau. Sudah tak perlu risau mana nak cari masjid jika tiba waktu solat. Boleh gunakan kemudahan yang ada. Untuk anda yang ingin membuat tempahan awal bagi majlis kecilan, maklumkan dahulu kepada pengurusan D'Rumoh Pata. Alhamdulilah akhirnya berjalan lancar majlis kecil - kecilan kami seperti yang diharapkan. Semoga lepas ini dapat gathering lagi, dan harapnya ukhuwah sesama kita berpanjangan.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk di bawah
Alamat: Lot 8163 Kampung Tanjung Gelam 
Mengabang Telipot, 21030 Kuala Terengganu 
Contact | 012-9848844

Reading Time:

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com