Penuh Suka Duka | Throwback Kenangan Pahit Manis Tahun 2019 - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Sunday, 12 January 2020

Penuh Suka Duka | Throwback Kenangan Pahit Manis Tahun 2019


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga anda sentiasa sihat dan berbahagia di samping keluarga tersayang ya. Selamat menempuh tahun baru 2020. Tahun baru, umur baru azam baru. Semuanya baru lah ye? Izinkan husniey throwback panjang lebar kisah pahit manis pada tahun 2019. Dah lama tak menulis panjang begini.


2019; Mula Menulis Produk Kecantikan 

Kenangan manis tahun 2019 bila mula dapat beberapa job produk kecantikan. Terkejut, sebab tahu diri ini tak cantik. Tapi apa boleh buat, client suka kita on jelah kan. Bidang kecantikan merupakan bidang baharu diceburi bagi seketul husnieyhusain. Tak mudah nak mula menulis sesuatu bukan kebiasaan, namun tak susah juga kalau belajar dan terus belajar. Lebih mengejutkan bila client teruskan kerjasama sehingga beberapa bulan dari Januari - April. Lama kan? Alhamdulillah ♥️


Kenangan Pahit Buat Kami Sekeluarga 

Antara kenangan pahit di awal tahun 2019 ialah apabila pak saudara Husniey koma di Hospital Kemaman kemudian di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Lama juga dekat sebulan lebih di hospital,  ulang alik ke sana.


21 Januari 2019 - Pok Meran Accident
31 Januari 2019 - Transfer ke hospital kemaman
2 Februari 2019 - Stabil, celik mata


Latest January 2020 - Dah boleh bangun bergetak berjalan uruskan diri sendiri, makan minum. Alhamdulillah. Siapa sangka dari nampak macam tiada harapan tapi sekarang dah sihat. Sepanjang pak saudara sakit terlantar dia tak boleh nak uruskan diri memang pakaikan pampers minum susu. Najis besar dan ringan kaum lelaki tolong bersihkan. Bukan mudah ya dengan tak boleh nak bercakap, kesan operate tebuk pada leher. Banyak bulan keadaannya teruk tu, hampir setahun. Hujung tahun baru bebetul okay. Kalau balik ke kampung memang turut membantu apa yang patut. Susu kena berikan ikut jadual 3 jam sekali. Check bekas air kencing, buang. Mula mula geli lama kelamaan dah terbiasa. Ambilkan wuduknya dan banyak lagi.

2019 banyak kisah duka pahit manis kami sekeluarga. Mak ayah husniey busy dengan pelbagai urusan di kampung halaman. Bekerja, handle kebun sawit kutip buah sawit, handle pak sedara sakit dan lain-lain urusan. Sehingga tiada masa untuk kami sekeluarga bercuti bersama. Memang kesian tengok mak ayah. Rindu moment indah yang hanya boleh kira dengan jari. Mak pernah berkata semua ujian itu kena anggap ada pahala besar disebaliknya. Mudah-mudahan menjadi asbab untuk kami sekeluarga ke syurga berpimpingan tangan kelak.


March & April; Perancangan Bercuti Ke Korea Selatan Diteruskan 

Walaupun dalam keadaan diuji. Husniey, tuan suami dan adik bongsu tetap meneruskan perancangan untuk travel ke Korea Selatan. Semua persediaan dan tiket telah dibuat awal. Dari 2018 lagi sudah beli tiket flight semasa promosi berlangsung. Banyak kenangan manis ketika bercuti di Korea.


Alhamdulilah everything went smooth. Itu pertama kali husniey membawa adik bongsu bercuti bersama ke luar negara, kebetulan dia tengah tunggu result peperiksaan SPM. Mudah semuanya. 10 hari mengembara di Bumi Kimchi dengan bajet rendah. Menjadi impian husniey nak jejak ke negara 4 musim dan melihat keindahan pada musim berbeza. First time tengok bunga sakura, cantik sungguh. Baca di blog entri sebelum ini berkaitan percutian ke Seoul dan Busan Korea.


Kerjaya Baharu Tuan Suami Sebagai Pemandu Bas Ekspres 

Kami sedia maklum kontrak kerja suami akan tamat kebetulan pada tarikh balik bercuti. Suami usaha cari kerja lain. Kemudian balik dari Korea kontrak tamat, sekejap aje dia 'cuti berehat'. Alhamdulillah dapat kerja yang lebih baik. Masuk awal bulan 5, kebetulan mula berpuasa. Dia mula kerjaya sebagai pemandu bas atau dikenali oleh lelaki diluar sana as a Pilot Darat. Rasanya panggilan Pilot Darat ini perempuan tak biasa dengar, haha. Yelah nak bawa bas bukannya mudah. Kena yakin diri, perlu ada lesen besar then kena apply Lesen E terlebih dahulu dan baru boleh apply lesen PSV.


Pengalaman dia masuk kerja dengan syarikat bas itu terus kena bawa bas double deck. Kali pertama buat suami, dengan bas yang sistem baru. Rezeki tuan suami melimpah. Baru masuk kerja dah dapat bonus sempena Aidilfitri. Gaji tangga okay sangat. Sebelum ini buat dua kerja baru dapat RM 2K, sekarang hanya satu kerja tapi gaji lebih tinggi. Nasihat kepada lelaki yang tak tahu nak kerja apa bolehlah bertukar angin bekerja bidang ini. Gaji lumayan. Tapi nak kena korbankan rasa rindukan isteri dan rumahtangga, hihi.


 Memang kami tak pernah berpisah jauh sebab kerja. Pada mulanya husniey tak yakin dengan kerjaya baru dia ni. Yelah tugasan di atas jalanraya, pergi Kuala Lumpur balik hari. Risau dia penat mengantuk. Makan cukup ke. Haa overthinking sungguh. Alhamdulillah bila tahu semuanya okay. Ada giliran memandu. Pernah dia kerja pulun tak turun cuti tempoh agak lama. Dalam 18 hari bekerja. Serius lah tak penat ke laki aku ni. Sejak itu banyak kena korban job blogger di luar daerah ditolak. Tapi okay je as long as tuan suami bahagia dengan pekerjaannya, I'm okay too.


Kemudian husniey direzekikan dengan pelbagai bentuk rezeki. Tiba tiba dapat menginap percuma di Genting Highlands, beraya bersama keluarga di kampung halamanBulan Ogos tiba. Birthday husniey menjelma tuan suami belanja makan di Seoul Garden. Ya Allah moga murah rezeki sokmo tuan suamiku. Dia tak kedekut bila bab makan. Kemudian ditanya nak hadiah apa. Husniey beritahu rasa nak hadiahkan untuk ayah. Tak nak hadiah apa apa pun. Belanja makan dah cukup mengemukkan sayang. Hadiahkan sebuah handphone untuk ayah. Kebetulan birthday ayah sama bulan dengan ambe, Ogos juga.Gantikan handphone ayah yang dah lama.. 



Awal bulan 9 ke Cherating Pahang. Seronok kau bercuti tanpa perancangan awal. Baca disini review penuh Royale Chulan Cherating. Dalam pada itu hujung bulan September tak disangka merupakan bulan terakhir tinggal di Flat Bukit Kecil Kuala Terengganu surat tuan rumah tidak membayar Pengurusan Strata. Banyak gila tunggakan. Dalam tempoh dua minggu akan dikenakan tindakan mahkamah. Akhirnya kami akur, lebih baik pindah sebelum terjerumus sekali dengan masalah ini. Bukan tak pernah maklumkan pada tuan rumah. Setiap bulan surat invoice strata itu diterima di pintu, akan berikan padanya. Harga sewa masa itu murah RM 350 sahaja. Nak pergi kemana pun dekat dengan bandar. Tapi itulah bila dah jadi macam gitu, terpaksa pindah.

Kata ayah dengan tuan suami takut nanti rumah itu kena sita masa tu kita susah nak pindah keluar barang dalam rumah. Tuan rumah ok tak pernah cerewet. Kalau terlewat bayar sehari dua dari kebiasaan tak pernah marah. Kawasan situ tak susah dengan kemudahan. Sedih memang ada. 5 tahun menetap di situ. Masuk Oktober 2014 keluar sepenuhnya rumah sewa itu awal Oktober 2019. Bukan senang nak move on dengan tempat tinggal lama. Menangis juga tak pernah ada masalah disitu. Dekat nak pergi beli belah. Nak ke terminal bas pun 5 minit saja. Cuma rumah agak kecil dan kena panjat tangga, huhu.


Episod baru berpindah ke rumah sewa baru saja siap di Sekati Manir Kuala Terengganu. Alhamdulillah rumah lebih selesa berbanding sebelumnya. Suka keluarga kami datang; mak ayah datang bantu yang patut. Rumah luas 3 bilik tidur 2 bilik air. Dapat selesakan diri nak makan bersama keluarga, bila memasak tak  ada dah berlaga di dapur, haha.

Cuma satu jelah, rumah dekat dengan sungai. Husniey agak penakut dengan haiwan. Hahaa mulalah terbayangkan perkara mengarut. Tak biasa duduk landed agaknya macam gitulah. Sebelum pindah dah tanam dalam mindset, pujuk hati kena terima keadaan tak sama dah macam dah duduk rumah flat tu. Di bandar lain. Kawasan kampung lain pula gaya hidup. 


Datang bulan Oktober, dikurniakan rezeki besar lagi. SubhanaAllah. Bercuti Ke Perth Australia tajaan Traveloka. Ini kes menang satu contest di Facebook. Maklumat lanjut sila baca di entri tersebut. Walaupun kewangan macam banyak keluar. Pindah rumah and so on tetap buat keputusan untuk pergi juga ke Australia. Peluang bukan datang selalu. Rezeki jangan ditolak.

November Disember penutup akhir tahun, macam biasalah di pantai timur tiba musim tengkujuh. Risau, sangat risau. Tak lena tidur malam bila musim tengkujuh. Rumah baru sewa pula dekat dengan sungai. Tapi tak banjir di kawasan rumah itu. Kampung berdekatan ada yang banjir. Musim banjir husniey tak travel ke mana. Jarang sangat keluar berjalan.



Dalam musim tengkujuh tetap mak ayah gigih nak pergi kutip hasil buah sawit. Kebetulan suami cuti, kami balik Kemaman tolong di kebun sawit. Buat kerja dalam hujan lebat. Dengan keadaan air dah naik di sesetengah tempat. Mujur tak tersekat. Itu kali terakhir kenangan 2019 husniey bersama ayah mak pergi kebun sawit buat kerja. Ayah dah tak sihat sekarang. Kesihatan kurang memuaskan. Tolong doakan segala penyakit kronik yang ayah tanggung dapat sembuh. 


Harapan bagi tahun baru 2020, hanya mengharapkan yang lebih baik dari segi kesihatan, kebahagiaan dalam keluarga. Tak reti nak mengharapkan banyak benda. Cukuplah bersyukur apa yang ada. Mudah mudahan dengan bersyukur, Allah tambahkan lagi banyak bentuk rezeki. Nak zuriat 2020 aje. Doakan kami sekeluarga semoga semua dipermudahkan, yang sakit jadi sihat, yang tertekan hidup bahagia, rezeki biar lancar bagai air sungai yang mengalir, jom aminkan.

Aaamiiinn ya Allah.

Love,
Husniey Husain

12 comments:

  1. sedihnya tgok pak sedara husniey terlantar sakit camtu.. ='(

    harap 2020 lebih indah utk kita sume.. =')

    ReplyDelete
  2. Aamiin.Aamiin.Aamiin.
    Yang duga moga itu menjadi asbab bertambahnya pahala kerana kesabaran.
    Yang suka moga ianya berterusan dan tidak menjadikan kita lupa bersyukur.
    Moga Allah kurniakan zuriat yang ramai..soleh solehah pada Husniey.

    ReplyDelete
  3. moga perjalanan hidup husniey di tahn 2020 lbh baik lagi dari sblm ni..aamiin

    ReplyDelete
  4. semoga tahun 2020 lebih menjanjikan kemanisan

    ReplyDelete
  5. Sebalik ujian banyak rezeki hebat untuk husniey. Stay strong dan semoga murah rezeki selalu.Amin....

    ReplyDelete
  6. suke tgk time akak travel sana sini

    ReplyDelete
  7. suka dan duka untuk tahun 2019. semoga tahun 2020 dipermudahkan segala urusan kehidupan oleh Allah Taala. aamiin

    ReplyDelete
  8. Semoga tahun ni ada rezeki lbh baik buat husniey sekeluarga. Amin.

    ReplyDelete
  9. tahun 2019 da jadi kenangan, tahun 2020 moga banyak lagi perkara manis berlaku dalam hidup husniey sekeluarga...ameen

    ReplyDelete
  10. aamin, in sha Allah Husniey.. moga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  11. semoga tak ada lagi kenangan pahit di tahun 2020 ini, biar tetap banyak menulis cerita di blog. Terima kasih selalu berbagi cerita.

    ReplyDelete
  12. biasa tu Husniey naik turun hidup kita ni. ada suka duka.. kadang kita rasa life orang suka sentiasa padahal perit2 dia kita tatau. ada orang kita tengok macam susah je tapi hakikatnya dia lebih bersyukur apa adanya. insyallah..

    yang baik2 saja untuk tahun2 mendatang k.. semoga sihat sentiasa dan bahagia.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.